Sedih ! Atuk 99 Tahun Ceraikan Isterinya 96 Tahun Setelah 77 Tahun Bersama
Antonio C dari Italy menemui surat cinta isterinya yang bertarikh 60 tahun lalu dan merasa kecewa dengan hubungan cinta curang isterinya itu. Walaupun isterinya Rosa 96 tahun merayu agar memaafkan dirinya atas cerita lama yang dah berusia 60 tahun, Antonio tetap tidak menerima segala permohonan maaf tersebut dia menceraikan juga isterinya yang telah dikahwini selama 77 tahun.
Begitulah orang lelaki kalau dah terasa jauh hati. Antonio mungkin tidak dapat menerima kejutan dan tidak percaya isterinya yang dikahwini selama ini pernah berlaku curang padanya.
Sebelum ini saya ada mendengar cerita sepasang atuk yang bercerai setelah lama berkahwin. Semua anak-anak mereka telah besar belaka dan sebaik sahaja mereka melepaskan anak perempuan terakhir mereka yang berkahwin, sang ayah terus menceraikan isterinya dengan talak tiga tanpa sedikitpun merasa menyesal.
Cerita ini disampaikan oleh kawan saya seorang ustaz di sebelah utara tanahair. Ustaz mengenali pasangan tersebut. Dia bertanya pada si laki tidakkah dia merasa menyesal dengan tindakannya sampai menjatuhkan talak tiga. Ringkas saja jawab pakcik itu, dia menunggu saat ini dah berpuluh tahun, cuma anak-anak saja yang menghalangnya berbuat demikian. Sekarang semuanya sudah selesai dan anak-anak mereka sudah dilepaskan. Entah apa kesalahan isterinya tidak siapa ketahui.
Berbalik kepada cerita atuk Antonio di atas, jika anda berada di tempatnya agaknya adakah anda akan melakukan perkara yang sama?
No comments:
Post a Comment