Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Friday, January 27, 2012

Pengalaman mendewasakan diri.

Citer nih dah lama tapi ade maksud yang tersirat yang baik untuk diambil pengajaran.


Pengalaman mendewasakan Bell



BELL bersama isteri, Nur Farhana dan anak sulung mereka, Nasfazril.
BIASALAH orang muda, cetek pengalaman dan selalu melakukan kesilapan. Semuanya itu, membuatkan saya lebih dewasa dan matang.''
Itu antara kata-kata yang diluahkan oleh pelakon Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell saat diajak berbicara mengenai rumah tangganya.
Pernah berhadapan dengan cabaran sehingga membuatkan rumah tangga yang dibina goyah seketika, Bell mengakui, kehidupannya ketika ini semakin bertambah baik.
Ditemani isteri, Nur Farhana Mahamad Fauri dan dua anak, Nasfazril, dua tahun serta Nasfarisya (lima bulan), Bell yang mula berlakon sejak kecil itu menganggap segala yang dilalui adalah pengalaman dan pengajaran.
Dikurniakan dua cahaya mata juga dilihat Bell sebagai perlambangan untuknya bekerja dengan lebih keras bagi memastikan kehidupan sekeluarga bertambah baik.
"Sudah tiga tahun saya mendirikan rumah tangga. Dalam jangka masa itu, saya sendiri tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
"Melalui perjalanan hidup untuk tempoh tersebut, ia memberi pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
"Anak sudah ada dua. Saya perlu kerja lebih keras untuk menyara keluarga,'' kata Bell yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Jidin di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.
Bell dan Nur Farhana diijabkabulkan pada 30 Mac 2007. Namun, rumah tangga yang dibina tidak terlepas daripada ujian.
Tanggal 24 November 2008, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan jatuh talak satu berhubung lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Bell kepada Nur Farhana.
Mengakui kesilapan diri, Bell kemudiannya merujuk semula Nur Farhana.
Kata Bell, selain mematang dan mendewasakan dirinya, ujian dalam rumah tangga membuatkan fikirannya diketuk agar rasional dalam melakukan apa jua perkara.
Berfikir sebelum bertindak adalah satu pengajaran yang diperolehinya di sebalik kemelut yang melanda.
Tanpa perlu menoleh ke belakang, lumrah bagi setiap insan yang pernah diselubungi 'sejarah hitam', hidup perlu diteruskan dan seharusnya dilalui dengan penuh berhati-hati.
Begitu juga dengan Bell, memilih landasan yang betul adalah jalan selamat untuknya berbahagia bersama keluarga di masa mendatang.
Ditanya mengenai punca kegoyahan rumah tangga sebelum ini adakah akibat kehadiran orang ketiga, Bell menafikannya.
Meminta semua pihak memahami sikapnya, jelasnya, dia adalah seorang yang peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja.
"Mungkin itu membuatkan orang lain salah faham terhadap sikap saya. Janganlah salah faham,'' pintanya.
Anak permata hati Bell
Berkenaan anak-anak pula, Bell berkata, mereka adalah permata hatinya yang memberikan sinar dalam hidupnya dan isteri.
Saat diaju persoalan andai ada anak-anak yang mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan, pelakon berusia 30 tahun ini menjelaskan, dia tidak akan menghalangnya.
"Saya tak kisah kalau ada yang mahu ikut jejak saya. Lagipun, Nasfazril sudah pun berlakon untuk drama Chef Jo dan Puteri Aurora yang disiarkan di TV3 sebelum ini,'' jelasnya.
Sudah bosan bersedih?
Sementara itu, jelas Bell, selepas berpuluh tahun hidup sebagai insan seni, ada satu ketika dirinya mengakui cukup letih untuk meneruskan karier sebagai pelakon.
Baginya, bekerja perlukan keseronokan dan dia harus mencari sesuatu yang baru untuk menjana semula tenaganya di bidang tersebut.
"Dahulu, saya banyak berlakon untuk cerita-cerita yang sedih dan muram. Saya sudah tidak mahu bersedih lagi. Sampai satu tahap, saya sudah cukup letih untuk meneruskan karier ini.
"Sebab itu, saya kini banyak berlakon drama komedi. Ia memberikan saya kesegaran untuk terus bekerja,'' katanya.
Jelas Bell, lakonan yang statik membuatkannya rasa bosan dan dirinya perlu mencari kelainan termasuk berkecimpung dalam penulisan skrip serta bidang lain.
Tentang lakonannya di dalam Jidin, Bell memberitahu ia adalah drama yang menggabungkan elemen serius dan komedi.
"Saya memegang watak sebagai Dazur dan bos saya adalah Antar yang dilakonkan oleh Fauzi Nawawi,'' tambahnya.

No comments:

Post a Comment