Syabas Anwar ! Anda Bijak Memerangkap Musuh Anda !!!
Cerdik nya Anwar berjaya menjerat musuhnya!!! baca dan sebarkan kenapa
perlu BEBAS ANWAR 901 oleh : Mohamed Hanipa Maidin.
Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk
Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk
membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga
saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut. Saya akui
awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut.
Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa
tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan
perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi
perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian
perbicaraan yang adil .
Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan
opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu. Musuh
Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan
nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas
oleh pendakwaraya.
Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau
memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh
Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah
tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam
bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?
Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana
sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi
keterangan bersumpah.
Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi
keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah
bukan indikator keberanian seseorang. Kedudukan Anwar sebagai
pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful.
Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang
sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan
sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan
tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atauhanya berdiam diri.
Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh
secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana
seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa
sebelum membuat keputusan.
Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat
nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut
untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.
Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal
melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar
yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah
dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar
malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.
Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah
mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh
yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam
perbicaraan yang tidak adil.
Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian
perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya.
Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam
kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat.
Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku
dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan
peguambela Anwar. Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada
pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti
Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain.
Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan
yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh
pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan
peguambela apabila dipanggil untuk temubual.
Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini
boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak
mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.
Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim
yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh
memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar. .
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa
seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada
apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya
pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan
apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang
enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).
Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah
sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk
memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah
iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi
di mahkamah.
Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis
'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan
Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar
kepada kelengahan perbicaraan .
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan
bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan
kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh
mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti
dua perbicaraan beliau yang terdahulu.
Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan
saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful'
..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran
Anwar. Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal
oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya
tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'.
Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh
musuh-musuhnya . Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka
bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku.
Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel
ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem
kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan
Anwar.
Syabas Anwar !
No comments:
Post a Comment