Dalam sebuah hadis riwayat daripada Muslim,daripada Abdullah bin Umar,dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda:Dunia ini laksana perhiasan dan perhiasan yang terbaik ialah wanita solehah.
Hadis dari Abu Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Bagi orang mukmin sesudah dia bertakwa kepada Allah,tidak ada yang lebih baik daripada mempunyai isteri yang solehah,di mana isteri itu,apabila diperintah melakukan sesuatu,dia taat,apabila dilihat menyenangkan,dan apabila diberi janji,diterima olehnya dan apabila ditinggalkan pergi,dia menjaga dirinya,juga harta suaminya dengan baik.-Hadis riwayat Ibn Majah.
Di antara tanda-tanda kebahagiaan seseorang menurut sebuah hadis riwayat daripada Hakim,dia mempunyai isteri yang soleh.Apabila dilihat,dia menyenangkan hati dan apabila ditinggalkan dia berupaya menjaga dirinya juga harta yang ditinggalkan.
Tanda kedua ialah kuda yang jinak,menurut,lagi cepat larinya yang berupaya membawa tuannya menyusul teman-temannya dan tanda ketiga ialah rumah besar yang banyak didatangi tetamu.
Tiga tanda kecelakaan ialah isteri yang dilihat menyakitkan hati,kalau ditinggalkan pergi,tidak ada rasa yakin dia dapat menjaga dirinya dan hartanya.
tanda kecelakaan kedua ialah kuda yang lemah,biarpun dipukul atau disebat malah menyusahkan dan kalau dibiarkan maka lebih teruk dan tidak berupaya membawa tuannya untuk menyusul teman-teman,manakala tanda kecelakaan ketiga ialah rumah yang sempit,lagi jarang didatangi tetamu.
No comments:
Post a Comment