Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Thursday, January 12, 2012

Nasihat Rosmah kepada Chong Wei

Wa gelak kekek2 baca nasihat nih..Baik punye nasihat..Jangan lihat wajah die,lihat wajah Rosmah jer..hahahahah

‘Jangan lihat wajah dia’

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan semua pemain badminton negara supaya sentiasa menunjukkan semangat juang dan mempersembahkan permainan terbaik seperti dilakukan Datuk Lee Chong Wei.
Beliau yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu semua pemain mencontohi Chong Wei yang berjaya membuktikan serta berupaya mengalahkan musuh ketatnya dari China, Lin Dan dalam Kejohanan Terbuka Korea 2012, Ahad lalu.

“Saya ingin nasihatkan pemain (badminton) lain supaya mempunyai semangat dan keupayaan seperti Chong Wei. Jangan ingat sebab Chong Wei menang, maka saya nak jumpa dia saja....tidak begitu, sebab yang lain pun saya nak jumpa nanti.
“Cuma, lebih utama saya mahu mereka ada semangat dan konsisten,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Chong Wei dan rombongan dari BAM di kediamannya di sini, semalam. Turut hadir Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengurus Pasukan, Datuk Norza Zakaria, Penolong Pengurus, Lee Weng Keong dan dua jurulatih, Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

Rosmah turut meniupkan kata semangat kepada Chong Wei supaya mempertahankan kedudukannya sebagai juara Kejohanan Terbuka Malaysia yang bermula semalam.

“Saya selalu berkata bahawa Chong Wei berupaya mengalahkan Lin Dan dan ini terbukti di Korea Open tempoh hari, malah beliau boleh mengalahkan sesiapa juga lawannya.

“Nasihat saya, secara psikologi, jangan lihat wajah Lin Dan (jika bertemu pada mana-mana perlawanan)... main saja sebaik mungkin. Pasti boleh menang. Saya harap semua peminat badminton boleh beri sepenuh keyakinan kepada Chong Wei.

“Saya percaya beliau akan beri persembahan terbaik dan akan menang walaupun bertemu Lin Dan sekali lagi,” katanya mengenai Chong Wei yang diramalkan bertemu Lin Dan pada perlawanan akhir kejohanan Terbuka Malaysia hujung minggu ini.

Hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment