Daripada Dilema Melayu (1970), oleh Mahathir Bin Mohamad, diterjemahkan oleh Dr. Ibrahim Saad. Versi ini dimuat turun daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Dilema_Melayu"
Di Malaysia, atau lebih tepatnya di Tanah Melayu, orang Melayu sedang menghadapi suatu masalah peribadi. Masalah ini adalah mengenai perasaan hati mereka yang sebenar terhadap Tanah Melayu dan Malaysia, terhadap berkongsi bumi orang Melayu dengan orang-orang lain. Masalah itu juga berkaitan dengan harapan mereka apabila kemerdekaan tercapai dan terhempasnya beberapa harapan mereka apabila berhadapan dengan realiti.

Inilah kedudukan berbahaya yang tidak mahu dinyatakan oleh siapa jua di khalayak ramai oleh kerana beberapa sebab. Orang-orang Cina dan India berpendapat bahawa orang Melayu sedar bahawa mereka menghadapi masalah yang membingungkan, dan perbincangan umum mengenai masalah ini mungkin akan menimbulkan reaksi yang kait-mengait dan tidak terkawal serta membawa bencana.
Orang Melayu sendiri mengelakkan kenyataan terbuka mengenai masalah ini sebab masalah itu memalukan mereka dan memalukan orang-orang lain juga. Merekalah yang terutamanya bertanggungjawab memendam masalah orang Melayu yang khusus ini.
Pada zahirnya, sengaja mengelakkan perbincangan ini nampaknya baik. Perbuatan itu menjaga suasana tenteram yang disalahertikan sebagai keharmonian kaum di Tanah Melayu. Suasana ini menjadikan pentadbiran berjalan dengan baik. Ia menggalakkan pelaburan modal dan pembangunan. Namun, keadaan sebenarnya di sebalik ketenangan dan keharmonian yang zahir ini penuh dengan bahayanya. Tiap-tiap kaum, sama ada Cina, India mahupun Melayu berpegang teguh pada kesetiaan kaum, akan terus membangkitkan masalah Melayu ini. Dan oleh kerana sesuatu golongan tidak mengetahui akan kekuatan pihak yang lain dan betapa hebatnya perasaan yang terlibat maka persaingan ini cenderung ke arah ketegangan yang mungkin meletup.
Jikalau hal ini berlaku dan ada kemungkinan besar hal ini akan berlaku, maka kekurangan pengetahuan bersama akan menyebabkan tidak mungkin berlaku kompromi. Keadaan itu mungkin tidak terkawal lagi, dan akan terjadilah malapetaka. Apa yang terjadi di Nigeria akan menimpa Malaysia pula.
Kecualilah bagi orang yang faham sifat orang Melayu, adalah satu paradoks bahawa orang-orang Melayu sendirilah yang lebih banyak menekan masalah ini. Oleh kerana itu perlulah diketahui keadaan orang Melayu yang khusus ini. Sifat ini adalah sebahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada masalah ini. Sebenarnya sifat ini menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih besar dan lebih kompleks.
Orang Melayu bersifat sopan-santun dan tidak suka menonjol diri. Dunia mereka penuh dengan golongan bangsawan dan mereka tidak pernah jauh daripada raja-raja dan pembesar-pembesar. Mereka lebih suka mengalah dan memberi hormat. Berbuat begitu adalah tanda bersopan. Perbuatan itu bukanlah hina. Sesungguhnya kelakuan itu adalah asuhan yang baik. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu untuk undur ke tepi dan memberi jalan untuk orang lain lalu. Bukan sahaja mereka berundur ke tepi, malahan mereka juga menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Orang Melayu yang menerima penghormatan ini juga akan menunjukkan latar belakang pendidikannya yang baik dengan tidak mengambil sepenuh kesempatan yang diberikan. Sambil memberi jalan dia juga akan menunduk.
Tiap-tiap seorang mengharapkan budi bahasa ini daripada yang seorang lagi. Tetapi harapan ini akan putus sebaik sahaja pihak lain itu bukan orang Melayu. Orang bukan Melayu itu dikecualikan. Dia tidak tahu. Dia tidak patut disalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan. Dia tidak diharapkan menyesuaikan diri. Dia boleh berkata atau berbuat perkara-perkara yang dianggap kurang ajar atau kuragn sopan bagi orang Melayu. Malahan dia boleh berkelakuan paling tidak sopan dari pandangan orang Melayu di depan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu, dan tiada siapa jua yang akan berkata apa-apa. Hakikat bahawa orang Melayu bersedia memaafkan dan membiarkan sahaja orang bukan Melayu berbuat begitu tiap-tiap kali sudah adalah dia mendapat asuhan yang baik. Memalukan tetamu adalah suatu perbuatan yang buruk dan orang bukan Melayu itu selalunya dianggap sebagai tetamu oleh orang Melayu, tetamu di negaranya.
Malangnya, amalan yang dianggap sebagai sopan-santun yang baik oleh orang Melayu telah disalah-ertikan oleh orang orang bukan Melayu. Pihak British menganggap sifat memberi hormat dan sentiasa mengalah orang Melayu itu sebagai bukti kelemahan dan rendah diri orang Melayu. Kebiasaan orang Melayu memanggil mereka `tuan' dianggap oleh mereka sebagai penerimaan bahawa orang-orang Eropah adalah `tuan' kepada orang Melayu.
Malahan salah sebuah kamus Bahasa Melayu-Inggeris ka rangan Winstedt secara keterlaluan menyatakan bahawa cara yang betul bagi orang Melayu, termasuk raja-raja, memanggil orang Eropah ialah dengan meletakkan kata hormat `tuan' di depan nama mereka. Jika kesombongan ini tidak pernah ditentang secara terbuka ataupun jika kesalahan ini tidak pernah dibetulkan maka sebabnya adalah orang Melayu menganggap tidak sopan membetulkan kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh orang asing.
Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara-negara yang penduduknya sangat ramai tidaklah begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan-santun. Dalam kehidupan mereka, kemuliaan yang selalunya dikaitkan dengan asuhan tidak pernah wujud. Yang mereka hormati hanyalah umur dan kekayaan semata-mata. Orang-orang Cina dan India tidak pernah faham akan kebiasaan mengalah diri oleh orang Melayu. Mereka tidak melihat amalan ini sebagai suatu petanda yang membayangkan asuhan yang baik. Mereka tidak terasa kagum dan tidak pula pernah mereka merasa perlu menirunya.
Bagaimanapun, mereka dapati kebiasaan itu betul-betul menguntungkan mereka. Mereka dapati bahawa mereka tidak perlu mematuhinya, dan mereka boleh berbuat apa sahaja tanpa dicela. Mereka mendapati sangat beruntung kerana mereka dapat melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang Melayu. Sesungguhnya mereka dapati bahawa di bumi Melayu ini mereka mempunyai kedudukan istimewa.
Sifat orang-orang Melayu yang sopan dan suka merendah diri itu hanyalah salah satu aspek daripada watak orang Melayu. Perasaan sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu ke atas diri sendiri bukanlah suatu kelaziman. Selalunya ada pergelutan dalam hati sanubari orang Melayu, iaitu satu pertelingkahan, dan pertelingkahan ini dinyatakan dalam pelbagai cara. Akibat pertama dan paling penting adalah dia menjadi pendiam dan mengongkong dirinya kepada kaumnya sendiri. Dia tidak pernah berterus terang kecuali dengan orang-orang yang simpatinya betul-betul dapat dipercayai. Dan dia betul-betul dapat mempercayai hanya bangsanya sendiri. Oleh kerana itu pendapat-pendapat yang dilahirkan kepada orang-orang yang bukan sebangsa dengannya berbeza daripada pendapat-pendapat yang dilahirkan kepada orang-orang sebangsanya.
Sudah barang tentu perbezaan ini lahir hanya apabila perkara yang hendak dinyatakan itu sesuatu yang tidak baik dan tidak menyenangkan. Sekiranya pendapat yang sebenar tidak menyebabkan apa-apa yang tidak baik atau kemarahan, maka dia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan pendapatnya itu kepada masyarakat sendiri dan juga kepada masyarakat lain. Oleh kerana itu adalah salah kalau orang Melayu diterima pada lahirnya sahaja. Lebih baik jika sopan-santunnya dan perasaan jijiknya terhadap perkara-perkara yang tidak baik difahami betul-betul. Pertelingkahan dalam dirinya itu sangat berbahaya dan sentiasa sahaja mencari jalan untuk lahir.
"Amuk" adalah sepatah perkataan Melayu. Perkataan ini sekarang difahami orang di seluruh dunia. Tidak ada sepatah perkataan lain yang dapat memberi huraian mengenai `amuk'. Dan sebabnya nyata sekali — kerana `amuk' itu menerangkan satu lagi sifat Melayu. `Amuk' merupakan curahan perasaan jasmaniah mengenai konflik yang terdapat dalam diri orang Melayu yang timbul disebabkan pematuhan yang terus-terusan terhadap undang-undang dan peraturan dalam kehidupannya.
Mengamuk adalah akibat daripada kegetiran dalam hatinya yang meluap-luap dan melimpah ruah.Mengamuk merupakan putusnya ikatan yang mengikatnya. Itulah pelepasan diri yang terakhir dan yang selengkapnya dari segi latihan dan pertimbangan akal fikiran. Tekanan dan kongkongan terhadap dirinya dilepaskan, maka dia sudah tidak mempunyai tanggungjawab lagi. Tidak ada suatu apa yang penting. Dia bebas lepas. Ikatan dengan masa lampau sudah putus dan masa depan tidak mempunyai apa-apa makna. Yang pentingnya hanyalah sekarang. Dengan pengertian biasa dia naik darah. Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia menyerang secara membabi-buta. Sifatnya yang pemalu, merendah diri itu berubah. Dia sekarang menjadi harimau — kejam, tidak berperasaan dan mahu memusnahkan semua. Akan tetapi, peralihan dari orang Melayu yang sopan-santun dan merendah diri kepada pengamuk itu selalunya adalah proses yang sangat perlahan. Proses ini tersangat perlahan hinggakan kadang-kadang peralihan ini tidak berlaku langsung. Dia mungkin akan mati sebelum pergolakan dalam dirinya ini meletus.
Sekarang mengamuk hanyalah menjadi legenda. Peradaban menundukkan orang Melayu. Dia masih menyimpan pera saan dendamnya tetapi dia dapat mengawalnya dengan lebih baik. Dengan itu, dia sudah menjadi orang yang lebih baik kerana sifat itu. Namun begitu, sifat ini masih menjadi sebahagian penting dari peribadinya, satu sifat asas dalam perwatakannya. Ada lagi segi-segi lain sifat orang Melayu. Buat masa ini segi segi itu tidaklah mustahak. Semuanya ada hubungan dengan masalah orang Melayu, tetapi ciri-ciri ini lebih bersangkut paut dengan soal menyelesaikan masalah tersebut, bukannya memahami kemungkinan bahaya masalah itu. Ciri-ciri ini akan dibincangkan kemudian nanti.
Kajian ringkas mengenai beberapa aspek sifat orang Melayu hanyalah sekadar untuk menunjukkan bahawa masalah mereka adalah lebih berbahaya daripada bukti-bukti yang ternampak berkenaannya. Tujuannya adalah memusatkan perhatian kepada sifat `keanehan' orang Melayu memendam perasaan tidak puas hati mereka. Sekarang dapatlah difahami mengapa sepanjang panjang sejarah orang Melayu nampaknya berpuas hati berundur selangkah demi selangkah ke belakang. Nampaknya secara lembut mereka telah menyerahkan setiap kuasa dan kekuasaan di tanah air mereka.
Pihak berkuasa British mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara yang tidak disedari dan seolah-olah dengan kerja sama orang Melayu, dari Sultan hinggalah kepada orang kampung biasa. Pembunuhan seorang Residen British sedikit pun tidak mengganggu proses ini, malahan perbuatan itu menyebabkan pihak British lebih bermuslihat dan licik. Mereka mulai mengerti arus tidak puas hati yang terpendam dalam kalangan orang Melayu selama ini, dan pertelingkahan antara perasaan ini dengan kesopanan semulajadinya. Mereka belajar cara melembutkan hati orang Melayu. Tahulah mereka sejauh mana mereka dapat bertindak. Semenjak itu dan seterusnya usaha mereka untuk mengambilalih kuasa secara beransur-ansur tidak lagi mengalami peristiwa-peristiwa yang kurang menyenangkan.
Kemasukan pendatang, pada mulanya hanya menitik-nitik sudah menjadi arus sewaktu pemerintahan British, telah mengetepikan orang Melayu, seolah-olah tiada tentangan dari mereka.
Sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua sudah terdapat tanda-tanda bahawa orang Melayu telah sedia untuk memecahkan belenggu kelemahan yang mereka kenakan ke atas diri mereka sendiri. Kesatuan Melayu Muda sudah hampir berselisih secara terbuka dengan Residen British apabila Jepun menyerang. Jabatan Perisik British tahu akan hal ini tetapi pihak Westminster tidak tahu. Demikianlah rancangan Malayan Union telah disusun oleh Kerajaan British yang tidak mengetahui keadaan di sini. Rancangan ini bertujuan merampas segala kekuasaan dan kedudukan orang Melayu yang masih ada pada mereka di Tanah Melayu. Seorang pegawai perkhidmatan awam yang bongkak telah diberi tugas untuk merancang usaha pura-pura mematuhi kehendak undang-undang, walhal se benarnya tindakan telah pun diambil bagi pelaksanaannya. Sekali lagi perasaan tidak puas hati yang terpendam di kalangan orang Melayu mengancam untuk meletup. Orang Melayu yang menganggap diri mereka hanya sebagai rakyat kepada raja-raja di negeri masing-masing secara tiba-tiba bersatu padu untuk menghadapi bahaya yang menggugat mereka. Sekali lagi pihak British, yang sensitif dan sedar akan peristiwa-peristiwa lalu, mengalah secara terhormat. Sifat budiman orang Melayu sedar akan tindakan tersebut. Orang yang budiman telah bertindak seperti yang sepatutnya dilakukan oleh orang budiman. Kedua dua pihak berbaik semula. Sesungguhnya perasaan hormat kepada pihak British semakin tinggi.
Setelah diberi jaminan dan ditenteramkan, orang Melayu sekali lagi menjadi budiman yang sopan. Tetapi tidak lama kemudian nyatalah pihak British hendak mencubanya sekali lagi. Perjuangan menentang prinsip-prinsip Malayan Union belumlah selesai. Orang Melayu mulai sedar akan tindak-tanduk yang akan digunakan oleh pihak British. Mereka kini sentiasa berhati-hati dan meneliti keadaan sesudah diperlakukan begitu rupa dalam peristiwa Malayan Union dahulu. Dalam keadaan sentiasa waspada, mereka menentang tindakan British itu dengan cara tidak langsung. Sampai setakat ini kita sudah melihat bahawa pihak British pandai mengendalikan orang Melayu. Setiap kali apabila keadaan nampaknya tidak terkawal maka mereka lazimnya akan berundur secara terhormat. Orang Melayu yang berada lega ini kemudian berdepan pula dengan tindakan-tindakan baru yang lebih bijaksana. Kesimpulan dari segala-gala itu orang Melayulah yang rugi.
Semasa pihak British berada di Tanah Melayu mereka menjadi penampan antara orang Melayu dengan pendatang-pendatang Cina dan India. Perhubungan antara kedua-dua kaum pendatang ini dengan orang Melayu dikekalkan ke tahap paling rendah, baik dari segi pentadbiran mahupun dari segi sosial. Kehadiran Pelindung-pelindung British bagi orang Cina dan agen-agen untuk orang India bererti bahawa masalah kaum-kaum pendatang itu terletak di luar bidang kuasa pegawai-pegawai Melayu. Pengasingan dan perbezaan bahasa dan budaya menyekat perhubungan sosial. Akibatnya pendatang-pendatang ini tidak begitu mengetahui tabiat dan sifat orang Melayu dan mereka langsung tidak tahu bagaimana hendak berurusan dengan orang Melayu.
Tetapi dengan kemerdekaan British tidak lagi menjadi penampan. Tiba-tiba sahaja perhubungan dimulakan bagi semua peringkat antara orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu. Keadaan beransur-ansur menjadi lebih tegang apabila orang Melayu, dengan sopan-santun lamanya dan keengganannya memalukan orang lain, berhadapan dengan orang-orang yang tidak menghargai sifat-sifat ini dan tidak pula tahu bagaimana berurusan dengan mereka. Mujurlah ada cukup ramai pemimpin bukan Melayu dalam teraju Kerajaan yang tahu akan masalah orang Melayu dan cara-cara British mengelakkan pergaduhan yang mungkin berlaku itu. Tetapi setelah bertahun-tahun semenjak Merdeka bilangan pemimpin pemimpin yang bijak ini tidaklah ditambah. Pemimpin pemimpin bukan Melayu dan generasi yang baru hanya dapat melihat orang Melayu sebagai penghalang kemahuan kaum mereka untuk maju tanpa sekatan. Mereka melihat sifat sopan santun dan perasaan takut orang Melayu kepada huru-hara sebagai kelemahan yang hams dipergunakan, bukan difahami.
Jurang ini semakin lebar. Toleransi digantikan dengan kesetiaan yang sempit. Masalah ini membesar hari demi hari dan konflik dalam diri orang Melayu sendiri semakin memuncak. Sopan-santun dan keinginan mengelakkan keadaan yang tidak diingini bertembung dengan keperluan memelihara diri sendiri. Berapa lamakah sopan-santun dan asuhan akan terus diutamakan? Sejauh manakah masalah Melayu dapat digelembungkan sebelum meletus? Jawapannya tentulah terletak pada orang orang Melayu, Cina dan India. Kita mestilah mempelajari taktik British. Kita hams belajar memahami masalah ini. Kita harus mengetahui asasnya, besarnya dan dasar kebenarannya. Perkara yang menyakitkan hati orang-orang Melayu mestilah dileraikan. Satu penyelesaian haruslah dicari, satu penyelesaian adil yang memberi segala sesuatunya kepada orang lain tetapi dalam pada itu memberikan kepada orang Melayu tempatnya di bumi Tanah Melayu ini.
Masalah orang Melayu itu haruslah dinyatakan, dianalisis dan dinilai supaya kita dapat mencari penyelesaiannya. Masalah ini haruslah dihadapi dan dihadapkan sekarang juga, iaitu sebelum terlambat.
Secara tiba-tiba sedarlah orang Melayu bahawa dia tidak boleh menganggap Tanah Melayu sebagai tanah airnya. Tidak ada lagi Tanah Melayu — tanah air bagi orang Melayu. Dia sekarang sudah jadi orang lain, orang Malaysia, tetapi orang Melayu Malaysia dengan kuasanya di Tanah Melayu — tanah airnya — sekarang bukan sahaja diperkongsikan dengan orang lain, malahan diperkongsikan secara tidak sama rata. Tambahan pula dia sekarang diminta supaya melepaskan lebih banyak lagi pengaruh yang ada padanya.
Inilah pendirian asasi orang Melayu yang ditentang oleh kaum-kaum lain. Orang Melayu mendakwa Tanah Melayu sejak dahulu hinggalah sekarang adalah tanah air mereka. Jika kewarganegaraan hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang telah menetap dan menjadikan Tanah Melayu ini tempat tinggal mereka, maka terserahlah kepada orang Melayu untuk menentukan bentuk kewarganegaraan, keistimewaan dan tanggungjawab mereka. Setelah menjadi warganegara, orang orang bukan Melayu bukan sahaja sama-sama berkongsi Malaysia dengan orang Melayu tetapi juga syarat-syarat bagi seseorang warganegara dan syarat-syarat kewarganegaraan itu sendiri. Ini termasuklah perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditukar oleh warganegara yang baru itu.
Apakah Tanah Melayu tanah air orang Melayu? Sesung guhnya orang Cina dan India pun telah berada di sini begitu lama dan mereka juga mempunyai hak menuntut yang sama serupa dengan orang Melayu. Lagi pula orang Melayu bukanlah penduduk pertama di Tanah Melayu. Orang-orang Asli sudah tinggal di sini sebelum orang Melayu. Jika orang Melayu dapat mengambil tanah ini daripada orang Asli maka orang Cina dan orang India pun boleh berbuat begitu. Oleh kerana itu orang orang Cina dan India haruslah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Melayu. Kempen yang halus untuk menafikan hakikat yang telah lama diterima tentang hak asasi orang Melayu ke atas Tanah Melayu bermula dengan konsep gagasan Malayan Union yang dianjur oleh British. Kempen ini juga tenggelam timbul seiring dengan perubahan politik Tanah Melayu. Akhirnya yang menjadi kemuncaknya ialah kenyataan sangat terkenal yang dibuat oleh Perdana Menteri Singapura Encik Lee Kuan Yew, sebelum Singapura menarik diri dari Malaysia, yakni `kami (orang Cina) berada di sini kerana hak'. Dengan lain-lain perkataan orang Melayu tidak mempunyai hak yang lebih terhadap Semenanjung Tanah Melayu daripada orang-orang Cina atau India.
Siapa yang memiliki negara mana sudah menjadi punca peperangan dan pertelingkahan sejak permulaan zaman lagi. Pihak pihak yang terlibat dalam pertelingkahan ini tidak pernah mencapai persetujuan biar apa jua kebaikan yang dikemukakan atau akibat pertempuran atau peperangan. Rasanya sia-sialah mencuba memberikan sebab-sebab dakwaan orang Melayu di sini. Tetapi mujurlah ada pula negara-negara yang mempunyai masalah seperti di Tanah Melayu dan penerimaan dunia terhadap dasar kewarganegaraan dan tokoh-tokoh antarabangsa telah menyediakan asas bagi memperkuatkan tuntutan orang Melayu. Salah satu contohnya ialah Australia. Orang-orang British yang menetap di Australia hanya baru beberapa kurun yang lalu telah secara sepihak membahagi-bahagikan tanah orang-orang Asli Australia itu sesama mereka. Tetapi sekarang tidak siapa pun secara sungguh-sungguh menganggap bahawa orang putih Australia tidaklah begitu berhak memerintah Australia seperti penduduk peribuminya. Orang-orang Australia diterima oleh persetujuan antarabangsa sebagai bangsa Australia.
Penerimaan dan pengiktirafan antarabangsa sangatlah penting bagi menegakkan identiti kebangsaan. Pengiktirafan ini berlaku dalam berbagai bentuk. Bentuk yang paling konkrit adalah perwakilan diplomatik, tetapi apabila tidak ada wakil ditauliahkan, kerajaan ataupun pihak yang berkuasa bagi jajahan yang mana negara-negara asing berunding, membuat perjanjian dan berdagang, menjadi kaum ataupun pemerintah yang sah bagi kawasan berkenaan. Hakikat bahawa seluruh dunia berunding dan berurusan dengan orang-orang Australia dan bukan dengan kaum Asli Australia mengukuhkan peng iktirafan bahawa Australia adalah hak kepunyaan kaum pendatang Australia.
Kita tahu yang pendatang Australia yang pertama adalah dari keturunan British. Kemudiannya datang pula penduduk yang berketurunan Eropah lainnya. Tetapi menjelang datangnya kaum-kaum lain, orang Australia telah diiktirafkan sebagai personaliti antarabangsa. Dia bercakap Inggeris, mengamalkan adat yang pada dasarnya adat resam Inggeris dan menganuti agama Kristian. Dia menerima hubungan dengan Raja British dan malahan apabila negaranya merdeka sekali pun, dia masih memelihara hubungan tersebut. Penegakan identiti ini bermakna bahawa pendatang-pendatang Eropah yang datang kemudian dan pendatang-pendatang Asia juga patut mematuhi identiti ini. Jikalau mereka gagal mematuhi identiti ini bermakna mereka gagal memperolehi kedudukan yang sah sebagai rakyat Australia. Hakikat bahawa penduduk bukan British telah memutuskan semua hubungan dengan negara asal mereka dan tidak berniat hendak meninggalkan Australia, tidaklah secara automatik menempatkan mereka sebagai rakyat Australia. Penduduk tetap Australia menentukan bila pendatang baru boleh menyebut dirinya rakyat Australia. Sekiranya dia mematuhi syarat-syarat yang lazim untuk menjadi rakyat Australia maka barulah dia memperoleh status yang sah dan keturunannya akan menjadi rakyat Australia. Bagaimanapun, haknya dan hak anak-anaknya sebagai rakyat Australia tidak melampaui hingga menuntut definisi tentang rakyat Australia itu diubah supaya bahasa, adat resam dan tradisi sesuai dengan bahasa, adat resam dan tradisi negara asalnya.
Orang Australia dari keturunan Rusia tidak akan menuntut agar bahasa dan adat resam Rusia patut dijadikan bahasa dan adat resam Australia kerana dia mempunyai hak yang sama dengan orang-orang Australia lainnya. Orang Cina Australia tidak akan meminta supaya kebudayaan dan bahasa Cina diterima sebagai kebudayaan dan bahasa Australia.
Dengan lain perkataan, oleh kerana personaliti antarabangsa Australia telah ditegakkan, dan oleh kerana orang Australia sendiri ingin memelihara identiti tersebut, maka tidak ada orang Australia yang boleh mengubahnya mengikut tafsirannya sendiri. Orang-orang Australia yang datang terdahulu dan yang bercakap Inggeris tidak akan mengizinkan tindakan seperti itu dan mereka akan mengambil langkah-langkah untuk mencegah agar kedudukan mereka tidak akan menjadi lemah. Mereka akan menyingkirkan orang-orang neo-Australia dan mencegah kemasukan pendatang-pendatang seperti itu.
Sesungguhnya, seluruh dasar imigrasi, pentadbiran dan pelajaran direncanakan untuk terus mengekalkan keperibadian orang Australia sebagai orang kulit putih, bercakap Bahasa Inggeris, adat resam Inggeris dan menganuti agama Kristian pada dasarnya. Imigrasi dikawal sedemikian rupa hingga senantiasa terdapat cukup orang Australia tetap untuk mengurangkan pengaruh pendatang-pendatang baru ini.
Amerika adalah sebuah lagi negara dengan sejarah dan dasar yang serupa dengan Australia. Walaupun orang-orang Red Indian Amerika mempunyai organisasi yang lebih baik dan lebih maju daripada orang-orang Asli Australia tetapi mereka tidak pernah dianggap sebagai pemilik Amerika Syarikat dari sudut antarabangsa. Orang-orang yang menetap di berbagai bahagian yang sekarang ini disebut Amerika Syarikat bukanlah semua berketurunan Anglo-Saxon, malah semenjak dari mulanya. Ketiga-tiga belas koloni itu ialah koloni British. Ramai orang Belanda menetap di New Amsterdam yang kemudiannya dinamakan New York. Lousiana di Selatan dihuni oleh orang Perancis. Oleh kerana bilangan mereka yang besar dan melalui peperangan dan perundingan, keturunan Anglo-Saxon yang berbahasa Inggeris itu telah menguasai Amerika dan mem bangunkan imej tetap orang Amerika. Arus pendatang Eropah yang berturut-turut datang selepas itu akhirnya mengatasi jumlah bangsa British tulen, tetapi, kerana begitu ketat peraturannya maka bahasa dan kebudayaan Inggeris tetap menjadi asas keperibadian Amerika.
Di Amerika sekarang ini terdapat kelompok-kelompok orang yang masih menggunakan bahasa negara asal mereka dan sedikit sebanyak adat resam dan agamanya. Orang-orang Yahudi, Itali, Puerto Rico dan malahan orang Cina juga tinggal dalam masyarakat yang tersendiri dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Malahan mereka mempunyai surat khabar sendiri. Mereka masih memelihara ikatan dengan `negara' lama mereka. Tetapi sebagai orang Amerika, mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris dan tidak mencuba mengusahakan agar bahasa dan kebudayaan mereka sendiri diiktirafkan sebagai bahasa dan kebudayaan Amerika Syarikat.
Sesungguhnya sesudah mereka mencapai pengiktirafan umum mereka pun cuba melupakan bahasa dan negara asal mereka, cuba keluar dari kawasan meleset atau ghetto dan memulakan hidup bare sebagai orang biasa Amerika. Mereka kemudian menjadi lebih `American' daripada orang Amerika, dan dengan penuh cemburu mereka mengawal undang-undang imigrasi, dasar pelajaran dan lain-lain jentera kerajaan agar konsep Amerika yang diterima ramai itu terus kekal.
Lebih dekat dengan tanah air kita ialah Negeri Thai dan Vietnam. Negeri Thai mempunyai salah satu masyarakat minoriti Cina yang terbesar. Menurut anggaran kasar kira-kira tiga juta orang Cina terdapat di negara itu yang mempunyai 25 juta orang penduduk. Tambahan pula sebahagian besar daripada orang Cina ini telah berkahwin dengan orang Thai dan dianggap sebagai orang Thai. Imigrasi Cina ke Negeri Thai bermula pada masa yang sama sewaktu orang Cina memulakan kembara mereka ke kawasan-kawasan yang masih mereka sebut kawasan Selatan.
Negara-negara di tanah besar Asia Tenggara dianggap sebagai negara taklukan Maharaja China dan perwakilan diplomatik Cina lebih dahulu diberi tauliah daripada sebarang negara lain. Akhirnya hasrat mereka untuk berniaga dan memperolehi kekayaan telah menyebabkan semakin bertambah orang Cina pindah dan menetap di negara-negara Asia Tenggara. Orang Cina ini tidak ingin menuntut kerakyatan negara tempat mereka menetap sehinggalah sejak akhir-akhir ini.
Negeri Thai menyedari bahayanya hegemoni ekonomi orang Cina semenjak awal-awal lagi. Tidaklah diketahui dengan tepat bilakah orang Thai sedar bahawa masyarakat Cina yang besar dan yang tidak diserap itu mungkin menjadikan Negeri Thai sebuah negara taklukan Maharaja China. Dalam hal ini perlu pula disedari bahawa Negeri Thai terlalu dekat dengan negeri China. Akan tetapi yang pasti ialah semenjak awal-awal sejarah Negeri Thai, peraturan untuk menghalang pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah daripada menjejas kan identiti kebangsaan dan antarabangsa orang Thai telah dikenakan secara sewenang-wenangnya. Kahwin campur dan penyerapan kebudayaan, bahasa dan agama Thai digalakkan melalui sekatan-sekatan pekerjaan dan perniagaan yang di kenakan ke atas orang Cina tulen. Pentadbiran dipelihara dengan tegas supaya kekal di dalam kekuasaan orang Thai ataupun dalam tangan orang berketurunan Cina-Thai yang patuh kepada keperibadian Thai. Dalam sejarah Negeri Thai tidak pernah terjadi pertelingkahan mengenai siapa yang lebih berhak terhadap Negeri Thai. Walau apa pun masyarakat asing yang datang menetap di Negeri Thai, namun orang Thai yang tetap inilah yang mempunyai kata putus mengenai siapa yang berhak menjadi warganegara. Hakikat bahawa sekarang ini ada tiga juta orang Cina yang mempunyai taraf penduduk tetap Negeri Thai tidaklah bererti mereka mendapat hak menyebut diri mereka sebagai orang Thai dan menuntut agar kebudayaan dan bahasa mereka diterima sebagai bahasa dan kebudayaan Thai.
Pada asalnya orang Cina berada di Vietnam sebagai pemerintah. Orang Cina tidak pernah diserapkan sepenuhnya di Vietnam. Semasa pemerintahan Perancis orang Cina hidup ber asingan dari orang Vietnam. Tidak pernah timbul keraguan tentang siapa yang memiliki Vietnam. Orang Vietnam mewarisi Vietnam dari Perancis. Mereka kemudian mengambil langkah menyekat orang Cina, yang berjumlah lebih kurang 2 juta, dalam masyarakat mereka. Keturunan Cina yang datang sebagai penakluk dan juga pedagang Cina yang datang kemudian adalah dianggap sebagai orang asing tanpa hak kerakyatan. Orang Cina lebih lama tinggal di Vietnam daripada di tempat-tempat lain di Asia Tenggara. Negara mereka berjiran, agama mereka sama dan nama mereka pula hampir hampir tidak dapat dibezakan. Tetapi bangsa Vietnam berkeras mengatakan bahawa merekalah yang memiliki Vietnam dan mereka sahaja yang boleh menentukan siapa dan apa dia orang Vietnam.
Di tempat-tempat lain di Asia Tenggara orang Cina sudah tinggal lama seperti lamanya rnereka tinggal di Malaysia. Tetapi di mana-mana pun, mereka tidak pernah mendakwa ataupun diterima sebagai penduduk peribumi negara berkenaan.
Pokok perbincangan saya ialah bahawa orang Melayu adalah pemilik Tanah Melayu yang sah. Jadi jika sekiranya kerakyatan hendak diberikan kepada kaum-kaum lain yang bukan keturunan Melayu maka pemberian itu patut dibuat berdasarkan persetujuan orang Melayu. Persetujuan itu bersyarat.
Kesimpulan kita yang pertama dari kajian mengenai negara negara lain ialah bahawa kehadiran penduduk peribumi sebelum negara itu diduduki oleh kaum-kaum lain tidaklah bermakna negara itu diiktirafkan dari sudut antarabangsa dimiliki oleh penduduk peribumi. Orang asli terdapat di Australia, Taiwan dan Jepun, sekadar beberapa contoh, tetapi mereka tidak pernah dianggap sebagai orang tetap di negara berkenaan. Orang-orang tetap adalah mereka yang mula-mula membentuk kerajaan dan kerajaan inilah pula yang diiktiraf oleh negara-negara lain dan dengan kerajaan inilah negara-negara lain itu menjalankan segala urusan rasmi dan mengadakan perhubungan diplomatik.
Ada pula satu syarat lain. Orang-orang yang mula-mula membentuk kerajaan yang berkesan dan warisan-warisan mereka yang sah mestilah senantiasa lebih ramai jumlahnya daripada puak-puak orang asli yang ada di dalam sesuatu negara itu. Beginilah halnya di negara-negara yang saya sebutkan, tetapi di Afrika Selatan, Kenya dan Rhodesia (kini Zimbabwe) orang asli lebih ramai jumlahnya daripada kaum-kaum yang membentuk kerajaan berkesan yang pertama.
Kita tahu sikap dunia moden terhadap keadaan di negara negara ini. Walaupun kerajaan kulit putih di Kenya adalah kerajaan pertamanya yang berkesan, tetapi pendapat moden ber keras mengatakan bahawa orang-orang kulit hitam Afrika yang asal sepatutnya membentuk kerajaan dan dianggap penduduk tetap Kenya oleh sebab jumlah mereka lebih besar daripada jumlah orang kulit putih dan oleh kerana merekalah orang asal tempat tersebut. Lama-kelamaan, disebabkan tekanan pen dapat-pendapat dunia maka keadaan telah berubah di Kenya. Alasan-alasan yang sama juga boleh digunakan bagi Afrika Selatan dan Rhodesia meskipun terdapat hakikat bahawa pendu duk kulit putihlah, di kedua-dua buah negara ini, yang mem bentuk kerajaan berkesan yang pertama dan telah diterima sejak lama dahulu di kalangan antarabangsa sebagai orang tetap, namun mereka diminta supaya mengalah kepada orang-orang Afrika kulit hitam yang jumlahnya jauh lebih besar daripada jumlah orang kulit putih itu dan merekalah juga dari segi etnik ada kaitan dengan kawasan-kawasan tersebut.
Tidak dapat dinafikan bahawa di Tanah Melayu orang Melayulah yang mula-mula sekali membentuk kerajaan yang berkesan. Negeri-negeri Melayu telah diiktiraf di kalangan antarabangsa sejak permulaan sejarah Tanah Melayu lagi. Perniagaan, perjanjian dan perwakilan diplomatik dengan negara negara lain dirundingkan dengan kerajaan negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu yang diperintah oleh orang Melayu. Orang Melayu selamanya menjadi orang tetap di Semenanjung Tanah Melayu. Orang-orang asli tidak pernah diberi pengiktirafan seperti itu dan mereka sendiri pun tidak pernah mendakwa bahawa mereka ada menerima pengiktirafan seperti itu. Tidak pernah diketahui adanya kerajaan orang asli ataupun negeri yang diperintah oleh orang asli. Lagi pula jumlah mereka tidak pernah melebihi jumlah orang Melayu pada bila-bila masa pun. Adalah nyata, bahawa jika sekarang ini ada empat juta orang asli, hak orang Melayu untuk menganggap Semenanjung Tanah Melayu sebagai milik mereka akan dipersoalkan oleh dunia. Tetapi sesungguhnya orang asli itu berjumlah hanya beberapa ribu orang sahaja. Kerajaan Maharaja China menerima upeti dari beberapa buah negeri Melayu. Perbuatan ini dengan sendirinya meru pakan satu bentuk pengakuan Negeri China terhadap wujudnya negeri-negeri Melayu dan sahnya kerajaan Melayu itu dari segi undang-undang. Oleh kerana itu, jika amalan antarabangsa dijadikan ukuran, maka orang Melayu adalah orang tetap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pemerintah yang asal dan sebenar dan pemilik Tanah Melayu.
Tidak ada sebarang kaum lain yang mempunyai alasan untuk membantah hakikat ini. Sejarah, terutama sejarah baru-baru ini, tambah memperkuat kan lagi tuntutan orang Melayu ini. Segala urusan dengan kerajaan-kerajaan dan orang asing dibuat dengan raja-raja Melayu sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut. Tidak ada siapa lagi yang pernah mengaku dirinya mempunyai hak untuk mengadakan perjanjian atau persetujuan bagi pihak Semenanjung Tanah Melayu. Melaka dirampas oleh Portugis daripada orang Melayu. Kemudiannya, negeri itu terlepas dari Portugis kepada Belanda dan dari Belanda kepada British. Pulau Pinang pula dipajakkan kepada British oleh Sultan Melayu Kedah, kemudian Seberang Perai ditambahkan pula kepada jajahan British Pulau Pinang, juga dengan perjanjian dengan Sultan Kedah. Daerah Dinding dan Pulau Pangkor dipajakkan oleh Sultan Melayu Perak. Apabila kedua-dua daerah ini sudah tidak berguna lagi kepada British maka daerah-daerah tersebut dipulangkan kembali kepada Sultan Negeri Perak. Tidak ada apa-apa soalan yang pernah dibangkitkan sama ada rakyat jajahan British di kedua-dua kawasan seharusnya mewarisi jajahan itu. Malahan pendapat mereka tidak pernah diminta. Dan tidak ada bantahan atau hasutan yang berlaku apabila daerah Dinding dan Pulau Pangkor dikembalikan kepada Perak.
Berkenaan dengan Singapura, pihak British menipu Maharaja Johor. Nyatalah bahawa seandainya tidak terjadi penukaran sultan di Johor, secara rahsia diatur oleh pihak British, maka Singapura tidak mungkin diserahkan kepada pihak British. Bahawa semua ini perlu dilakukan menunjukkan bahawa pihak British mengetahui dan mengakui hak orang Melayu ke atas pulau Singapura.
Dalam sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu selepas itu, orang Melayu dan raja-raja Melayu sahajalah orang-orang yang diminta pendapatnya dan yang diakui oleh British sebagai orang tetap di Tanah Melayu. Di Negeri-Negeri Selat, pihak British memerintah dengan tidak mempedulikan orang Melayu. Hal ini mungkin kerana raja-raja Melayu tidak dapat membantah. Sultan Kedah memang berusaha untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang tetapi mengalami kekalahan teruk di tangan askar upahan British. Sesudah kejadian ini maka dirasakan lebih baiklah British dibiarkan sahaja.
Nyatalah kepada orang Melayu bahawa apabila kawasan-kawasan di pajakkan kepada pihak British, maka mereka akan bertindak bukan sebagai pemajak malah sebagai pemilik yang sah ataupun sebagai tuan tanah. Kalau tidak ada angkatan tentera yang boleh mengalahkan kuasa British maka sebarang percubaan untuk memaksa pihak British mengubah takrif mereka tentang perkataan `pajakan' itu akan sia-sia sahaja.
Di tempat-tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu, pihak berkuasa British memerintah melalui orang Melayu. Memang diakui pula bahawa orang Melayu tidak mempunyai pilihan kecuali mengikut sahaja perintah pihak British. Terdapat kepalsuan perkataan-perkataan yang ditulis dalam berbagai perjanjian dengan British dan menurut perjanjian-perjanjian tersebut raja-raja Melayu `mesti menerima nasihat Penasihat penasihat British apabila nasihat diberikan'. Ini sudah tentu akan memalukan semua orang lain kecuali pihak British. Cara ini membolehkan British melakukan apa sahaja yang mereka suka. Dan yang mereka suka tidak ada hadnya. Antaranya termasuklah memecat raja-raja dan mengubah undang-undang penggantian waris mereka.
Akan tetapi hakikatnya masih juga pihak British yang meme rintah Tanah Melayu melalui orang Melayu dan bukan melalui orang lain.
Memanglah benar bahawa badan-badan penasihat perundangan mengandungi beberapa orang bukan Melayu, tetapi tugas badan-badan ini sedikit sekali kena-mengena dengan kuasa eksekutif. Badan-badan ini dapatlah dikatakan sebagai semata-mata untuk menebus malu British. Orang-orang bukan Melayu yang dilantik menjadi ahli dewan perundangan di negeri-negeri Melayu sebenarnya adalah `pak turut' semata mata. Semua perubahan yang utama, seperti membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan cadangan sebuah Kesatuan Kastam yang meliputi semua negeri di Tanah Melayu, dirundingkan secara langsung dengan sultan-sultan sebagai ketua eksekutif yang sebenarnya bagi tiap-tiap negeri.
Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun tidak mengubah kedudukan raja-raja Melayu. Jepun membiarkan mereka sebagai sultan, walaupun Kerajaan Tentera Jepun merasa tidak perlu meminta nasihat mereka dalam hal ehwal pentadbiran atau dasar. Semasa peperangan sedang melanda Asia Tenggara, Jepun telah memindahkan keempat-empat buah negeri Melayu di utara kepada pemerintahan Thai. Negeri Thai memerintah negeri-negeri ini melalui gabenor tentera tetapi mereka tidak pun menghapuskan kedudukan raja-raja. Sesungguhnya pula sultan-sultan itu lebih istimewa kedudukan mereka di bawah pemerintahan Thai daripada di bawah pemerintahan Jepun.
Kekalahan Jepun diikuti dengan beberapa perubahan di dalam pentadbiran wilayah-wilayah yang dahulunya terletak di bawah naungan British. Raja Brooke di Sarawak dan Syarikat Borneo Utara British telah diminta menyerahkan kekuasaan mereka di kedua-dua wilayah itu kepada Kerajaan British. Mereka tidak mempunyai pilihan lain.
Apabila salah seorang anggota keluarga Brooke membantah maka tindakan yang diambil terhadapnya membayangkan keazaman British mengenai hal ini. Malahan pembunuhan Gabenor British di Sarawak pun tidak menghalangi pihak British.
Di Tanah Melayu, rancangan British mengetepikan bagi kali pertamanya amalan-amalan yang sudah-sudah, iaitu berunding dengan raja-raja Melayu yang memerintah negeri ini. Kerajaan Buruh di Britain pada waktu itu, kerana kurang pengetahuan atau tidak mempunyai pengetahuan tentang negara ini, merasakan sultan-sultan Melayu itu tidaklah begitu demokratik. Oleh itu, mereka hendak diturunkan kepada ketua agama semata-mata dan pentadbiran negara akan diambil alih sepenuhnya oleh British. Tambahan pula semua orang yang tinggal di Tanah Melayu akan dijadikan warganegara dan mempunyai hak yang sama seperti orang Melayu. Memanglah kalau mengenai soal membahagikan harta benda orang lain pihak British bersikap dermawan. Misalnya di Palestin, seluruh negeri itu diambil dari orang Arab dan diberikan kepada orang Yahudi.
Bagaimanapun, sikap mahu merasmikan sesuatu masih kekal pada pihak British. Walaupun mereka mempunyai kuasa dan kekuatan untuk mengenepikan sultan-sultan dan orang Melayu, namun mereka masih mahu memperolehi persetujuan yang rasmi dari para sultan untuk gagasan Malayan Union yang di cadangkan itu. Sesuai dengan itu seorang pegawai dari Palestin telah dipilih untuk menjalankannya. Secara tergesa-gesa per setujuan itu diperolehi secara paksa dari kesembilan raja Melayu setelah mereka diancam bahawa mereka tidak akan diiktiraf jika mereka berdegil. Perkara yang hendak ditekankan di sini adalah bahawa sekalipun pada waktu paling genting dalam per¬hubungan di antara orang Melayu dan British, pihak British masih mengakui secara rasmi kuasa sah yang dipegang oleh sultan-sultan Melayu di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu. Ini diperkukuh lagi apabila British telah memulihkan status raja-raja Melayu selepas berlaku tentangan dan rusuhan hebat oleh orang Melayu. Ini telah memaksa British menarik balik rancangan mereka untuk membentuk Malayan Union.
Sejak dari itu dan seterusnya segala perubahan yang berlaku sehingga tercapai kemerdekaan Tanah Melayu dalam tahun 1957 dibuat dengan perundingan dan persetujuan sepenuhnya daripada raja-raja Melayu dan juga dengan bangsa Melayu diwakili oleh parti politik Melayu yang terbesar, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Maka jelaslah bahawa sehingga mereka menyerahkan kuasa mereka pada Hari Kemer dekaan dalam bulan Ogos tahun 1957, British mengakui bangsa Melayu sebagai satu-satunya bangsa yang perlu dirujuk untuk mendapatkan persetujuan mereka sebelum sebarang perubahan dilakukan di Tanah Melayu. Kaum-kaum lain juga dibawa berunding tetapi sebarang cadangan yang ditentang oleh orang Melayu tidak akan lulus sama sekali.
Sejak Merdeka timbul berbagai pendapat lain mengenai tuntutan persamaan hak orang Cina dan India dengan orang Melayu terhadap Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara mereka sendiri. Tuntutan-tuntutan ini mengetepikan semua kejadian yang dapat dijadikan tauladan dan fakta sejarah. Salah satu dakwaan yang agak menarik ialah bahawa orang-orang Cina dan India adalah orang-orang yang telah memajukan Tanah Melayu dan menjadikannya makmur. Dakwaan ini nampaknya memberikan hak kepada para pemaju sebagai pemilik tanpa memperhitungkan pertimbangan-pertimbangan lain.
Pertama, kenyataan ini tidaldah begitu tepat. Ada berbagai faktor yang telah menyebabkan Tanah Melayu menjadi maju dan semua kaum turut memberikan sumbangan terhadap kemajuan ini. Toleransi orang Melayu terhadap migrasi yang beramai-ramai tidak dapat diketepikan sebagai suatu faktor yang tidak kurang pentingnya. Jika orang Melayu membantah hal ini dari mulanya, maka tidak akan terdapat pendatang-pendatang untuk memajukan Tanah Melayu. Bukan sahaja orang Melayu membenarkan migrasi, malahan mereka juga bertanggunjawab bagi memerintah dan mengawal negara ini supaya pendatang pendatang ini dapat mengumpulkan harta tanpa perasaan takut bahawa harta itu akan dirampas. Memanglah benar bahawa dalam tugas ini mereka dinasihati dan dibantu oleh British, tetapi bukankah ini hanya menunjukkan bahawa British juga bertanggungjawab memajukan negara ini dan menjadikannya makmur. Pendatang-pendatang itu datang ke Tanah Melayu bukanlah untuk memajukannya. Mereka datang oleh kerana kekayaan yang dapat diperolehi dalam suasana yang penuh dengan toleransi dan kestabilan. Ini membezakan Tanah Melayu daripada tanah-tanah jajahan dan negara-negara lain di Asia Tenggara. Faedah yang diperolehi dari kemajuan ini, ter-utamanya, tertumpu kepada pendatang-pendatang yang mencari kekayaan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar tidak mendapat banyak faedah daripada kemajuan dan kemakmuran ini. Jadi, kalaupun tidak ada kema juan, mereka tidak akan mempedulikannya. Mereka sudah tentu tidak akan melepaskan tuntutan mereka terhadap Tanah Melayu semata-mata untuk digantikan dengan kemakmuran yang tidak dapat mereka nikmati bersama.
Persoalan yang ditimbulkan oleh dakwaan ini adalah apakah orang-orang yang memajukan negara itu secara automatik berhak memilikinya. Jika pembangunan semata-mata sudah memberikan hak kepada sesuatu kaum yang mendatang terhadap sesebuah negara tempat mereka menetap, maka sudah tentulah pihak British mempunyai hak tuntutan yang pertama ke atas Tanah Melayu, Kenya dan negara-negara jajahan lainnya. Orang Cina juga telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan di Filipina, Negeri Thai, Indonesia dan Vietnam. Namun selagi pemaju-pendatang Cina ini tidak memenuhi berbagai syarat yang rumit, di antaranya mungkin termasuk pertukaran nama dan berkahwin dengan rakyat tetap, maka mereka tidak boleh mendakwa negara itu sebagai negara mereka. Di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang yang dipilih mengikut kemampuan mereka memberikan sumbangan kepada kemajuan negara itu masih perlu memenuhi berbagai kelayakan bermastautin. Mereka terpaksa mengikuti ujian bahasa sebelum diterima menjadi warganegara dan seterusnya mendakwa Amerika Syarikat sebagai negara mereka sendiri. Di mana-mana pun, sumbangan kepada kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara tidak pula dijadikan ukuran hinggakan penyumbang boleh mendakwa bahawa negara tersebut milik mereka. Oleh itu dakwaan bahawa orang Cina dan orang India bertanggungjawab memajukan Tanah Melayu masih belum lagi bererti bahawa pendatang-pendatang itu dan keturunan mereka berhak mendapat kedudukan yang setaraf dengan orang Melayu peribumi. Mereka mestilah memenuhi berbagai syarat sebelum mereka dapat menuntut status ini.
Satu pendapat lagi mengatakan bahawa sudah tidak terbilang banyaknya pendatang yang menetap di Tanah Melayu selama satu generasi atau lebih dan mereka telah pun memutuskan hubungan dengan negara asal mereka. Mereka ini mendakwa, oleh kerana kesetiaan mereka tertumpah hanya kepada Tanah Melayu, bahawa mereka haruslah diberi kewarga negaraan Tanah Melayu dan mempunyai sama hak dengan orang Melayu. Adalah mudah untuk menyatakan kesetiaan. Sebaliknya, untuk membuktikan kesetiaan itu keadaan keadaan yang mencabar mestilah timbul bagi menduga dakwaan ini. Namun demikian, tidak mungkin pula terbukti segala syarat tersebut. Kaum pendatang itu boleh menyatakan bahawa Tanah Melayu adalah satu-satunya negara mereka. Mereka dilahirkan di Tanah Melayu, mereka bekerja di sini dan mereka mempunyai harta di sini. Mereka akan mati di sini dan mereka akan dikebumikan di sini. Seperti orang Melayu juga, mereka tidak mempunyai negara lain yang boleh mereka pergi dan menganggap sebagai negara mereka. Sama ada di tanah air atau di seberang laut mereka adalah penduduk Tanah Melayu. Meskipun demikian masih ternyata bahawa jika sekiranya orang Melayu dan orang India dipaksa meninggalkan Tanah Melayu maka orang India itu boleh menetap di India dan menjadi orang India sedangkan orang Melayu tadi tidak boleh berbuat begitu. Begitu jugalah halnya dengan orang Cina. Biar apa pun dia menganggap dirinya, namun dia masih dapat di terima oleh Negeri China jika sekiranya dia terpaksa balik ke negara tersebut. Sesungguhnya tidak pernah kita dengar tentang orang India dari Tanah Melayu tidak diterima menjadi warga negara India jika sekiranya mereka membuat permohonan. Begitu juga orang Cina seberang laut dari Indonesia dan Tanah Melayu diterima dengan tangan terbuka oleh Negeri China apa bila mereka itu diusir keluar kerana sebab-sebab politik. Ke manakah orang Melayu akan pergi jika mereka dibuang dari Tanah Melayu? Mereka tidak akan dapat mencari sebuah negara pun yang mahu menerima mereka sebagai rakyat berdasarkan kepada ikatan-ikatan kaum. Malahan Indonesia pun tidak menganggap orang Melayu berasal dari Indonesia dan tidak akan menerima orang Melayu buangan ini secara automatik.
Untuk menjadi bumiputera yang tulen maka seseorang itu haruslah menjadi anggota bangsa yang betul-betul dapat dikait kan dengan sesebuah negara. Jika asal keturunan seseorang dikenal pasti dan bangsanya diakui oleh negara lain, seseorang itu tidaklah lagi dapat dianggap sebagai bumiputera. Dia tidak boleh mendakwa bahawa negara tempat dia menetap itu sebagai kepunyaannya. Ini bukanlah bermakna bahawa jika semua kelayakan lain bagi mendapatkan kewarganegaraan telah dipenuhi maka tuntutan ini tidak sah.
Sebaliknya dakwaan kesetiaan atau rasa kepunyaan tidaklah dengan sendirinya menjadi asas bagi mendapat kewarganegaraan.
Kita sekarang berada dalam proses membina sebuah negara baru yang merupakan penyatuan berbagai-bagai kumpulan kaum. Bentuk negara baru dan kewarganegaraan barn mestilah begitu rupa supaya semua kaum yang menjadi bahagiannya merasa puas hati. Persefahaman tentang hak-hak dan tuntutan tiap-tiap kaum adalah sangat penting, jika sekiranya kita mahu mengelakkan perbezaan yang ditimbulkan oleh prasangka kaum dan kepentingan diri sendiri. Persefahaman ini haruslah bersifat universal dan menyeluruh. Paling penting, persefahaman haruslah berdasarkan kenyataan yang munasabah dan bukan semata-mata kepada sentimen dan kepentingan diri sendiri.
Saya berpendapat bahawa orang Melayulah penduduk asal atau penduduk bumiputera Tanah Melayu dan orang Melayulah sahaja yang dapat mendakwa Tanah Melayu sebagai satu-satunya negara mereka. Mengikut amalan di seluruh dunia, maka ia bermakna orang Melayu mempunyai hak-hak yang tidak dapat dipisahkan mengenai bentuk dan tanggungjawab kewarganegaraan yang boleh dikenakan ke atas warganegara yang bukan berketurunan bumiputera. Sebelum kita membincangkan apakah hak-hak ini dan sejauh manakab orang Melayu telah menuntut dan mendesaknya, maka eloklah disedari bahawa di Tanah Melayu penggunaan hak-hak yang sedikit ini pun lebih ketara daripada yang sepatutnya. Sebabnya agak mudah dilihat. Pemberian kewarganegaraan kepada masyarakat bukan Melayu yang beraneka ragam, yang tidak terasimilasi dan terlalu ramai untuk dapat dikendalikan itu, telah dibuat secara agak tergesa-gesa. Di negara-negara lain di Asia Tenggara (dan di Australia, Amerika dan Brazil), proses pemberian kewarganegaraan itu dibuat dengan lebih berhati hati dan dikawal melalui dasar imigrasi yang berpandangan jauh. Apabila kumpulan-kumpulan kecil pendatang dari ber bagai asal keturunan mendapat kerakyatan, mereka menerima dan mengguna ciri-ciri dan bahasa serta kebudayaan kaum tetap yang lebih besar bilangannya dalam negara yang berkenaan.
Rakyat baru ini melupakan keturunan asal mereka dan mereka tidak dapat lagi dibezakan daripada kaum tetap. Mereka malahan menuntut supaya syarat-syarat kewarganegaraan yang dikenakan ke atas mereka itu dikekalkan. Proses mengekal dan mengabadikan keperibadian kaum tetap yang pada mulanya dibuat-buat dengan sendirinya menjadi tujuan utama dan memperoleh momentumnya sendiri. Proses ini mempergunakan nilai-nilai dan sifat-sifat tertentu manusia. Kedudukan sebagai kumpulan minoriti yang tidak memiliki keistimewaan sebagai warganegara menimbulkan keinginan di kalangan pendatang pendatang barn ini untuk bersatu dengan kaum majoriti dan memperolehi kedudukan yang istimewa. Kehilangan serta merta kebudayaan mereka yang asal, ciri-ciri kaum dan bahasa tidaklah penting jika dibandingkan dengan keistimewaan yang akan diperolehi sebagai warganegara. Dan setelah mencapai keistimewaan ini dan diterima sebagai setaraf, maka timbullah perasaan cemburu manusia yang semulajadi. Mereka pula mahu taraf mereka itu dipelihara. Proses ini apabila bermula tidak dapat dikawal lagi jika pendatang-pendatang yang lebih agresif dan maju dari suatu kumpulan kaum tertentu mencurah masuk.
Di Malaysia ada bukti yang menunjukkan bahawa kalau tidak kerana pemerintahan British inilah yang akan terjadi. Orang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu, sebelum British mengembangkan pengaruh mereka, telah menunjukkan sedikit tanda bahawa mereka sedang mengalami proses asimilasi yang biasa. Di Melaka, orang-orang Cina dan India tidak tahu lagi menggunakan bahasa mereka sendiri dan telah menggunakan Bahasa Melayu. Mereka juga memakai pakaian Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu walaupun mereka masih berpegang kepada agama mereka. Pastilah bahawa sekiranya pihak British tidak menggalakkan orang orang Cina dan India datang beramai-ramai hingga tidak dapat dikendalikan dan kemudian mengasingkan pula mereka dari orang Melayu, maka kaum-kaum ini sudah tentu akan mempunyai sedikit sahaja perbezaan dengan orang Melayu, dan masalah Melayu tidak mungkin timbul. Dalam keadaannya sekarang, malahan mengenakan syarat-syarat kewarganegaraan yang paling minimum sekalipun ke atas kumpulan-kumpulan heterogen, yang biasa dengan hak-hak tertentu tanpa sebarang tanggungjawab, begitu sekali menarik perhatian.
Kalau kita berbalik kepada soal hak kaum yang asal, dapat pula kita katakan bahawa hak ini pun terhad. Matlamat dan amalan hak-hak ini bukanlah direncanakan untuk mengekalkan hak-hak kaum tetap yang asal itu hingga menyebabkan kaum kaum pendatang yang bare itu tersisih, melainkan semata-mata untuk mengekalkan ciri-ciri kaum yang tetap itu. Oleh itu asal usul etnik tidaklah penting dan tidak menyekat penduduk penduduk yang baru ini. Perlaksanaan semua syarat ini hanya bererti bahawa penduduk-penduduk yang bersedia mematuhi sifat-sifat warganegara tetap sesungguhnya akan menjadi warga negara yang tetap dan mereka akan memperolehi hak dan keistimewaan yang sama. Tetapi hak-hak dan keistimewaan ini tidak meliputi hak mengubah ciri-ciri kaum tetap itu. Penekanan terhadap ciri-ciri khusus ini dan bukannya ke atas asal usul keturunan merupakan prinsip yang penting. Penggunaannya juga dapat dilihat dalam konteks batasan hak hak warganegara barn untuk mengubah ciri-ciri ini.
Orang Melayu di Tanah Melayu selamanya mengakui prinsip ini dan penerimaan orang bukan Melayu yang mengamalkan ciri-ciri Melayu sudah berlaku dalam sepanjang sejarah negara ini. Satu-satunya sekatan tambahan ialah tuntutan bahawa seorang Melayu, menurut definisi, ialah seorang yang menganut agama Islam. Tuntutan ini telah mengehadkan pemberian kewarganegaraan Melayu, hanya kepada orang-orang Indonesia, Arab dan India Muslim. Oleh itu kita mempunyai orang Melayu yang nyatanya berketurunan Arab, Indonesia dan India. Yang penting ialah bahawa orang-orang ini bukan sahaja mematuhi kesemua adat resam Melayu malahan menuntut supaya kriteria untuk menjadi orang Melayu itu dikekalkan.
Di negara-negara lain, hak-hak warganegara berketurunan pendatang untuk mengawasi dan mengekalkan ciri-ciri mereka yang khusus adalah terbatas. Pembatasan ini berbeza-beza menurut negara masing-masing. Sebaliknya pula langkah langkah kawalan untuk mengekalkan ciri-ciri kebangsaan yang khusus bagi sesebuah negara bukanlah semata-mata tanggungjawab warganegara tetap tetapi juga tanggungjawab warganegara melalui naturalisasi. Adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk menerima dan mematuhi dasar-dasar yang berkenaan dengan bahasa, imigrasi, kebudayaan dan lain-lain yang bertujuan untuk mewujud dan memelihara ciri-ciri kebangsaan yang khusus.
Bahasa memang diakui sebagai ciri yang paling penting. Bahasa rakyat sesebuah negara selalunya membezakan mereka daripada orang lain. Yang terkecuali ialah Bahasa Inggeris. Secara kebetulan dalam sejarah, maka Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kebangsaan di beberapa buah negara lain selain dari England. Namun prinsipnya tetap sama sahaja — bahawa pengekalan bahasa yang pada mulanya dijadikan bahasa kebangsaan menjadi hak dan tanggungjawab bukan sahaja pen duduk asal tetapi juga hak dan tanggungjawab orang-orang yang menjadi warganegara melalui proses undang-undang. Di Tanah Melayu, Bahasa Melayu adalah bahasa bumiputera yang mula mula mendirikan kerajaan yang efektik. Oleh kerana itu amat munasabah kalau Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu mungkin mengalami pelbagai perubahan di sebabkan oleh penerimaan perkataan-perkataan barn dan susunan-susunan bar', tetapi bahasa itu mestilah setiap masa diakui sebagai Bahasa Melayu.
Mungkin boleh dihujahkan bahawa oleh kerana Bahasa Melayu pada dasarnya juga Bahasa Indonesia, maka Bahasa Melayu bukanlah bahasa peribumi Tanah Melayu seperti juga bahasa-bahasa Cina dan India. Bahasa Indonesia bukanlah bahasa asli Indonesia. Di kepulauan Indonesia berbagai bahasa yang khusus berkaitan dengan Bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan. Oleh kerana itu, di Pulau Jawa maka bahasa Jawalah yang umum dipertuturkan, sementara di Sumatera terdapat bahasa-bahasa Acheh, Mendahiling, Minangkabau dan bahasa-bahasa Sumatera lainnya. Di Sulawesi lain pula bahasa yang dipertuturkan, iaitu mempunyai sedikit sebanyak per¬samaan dengan Bahasa Melayu. Secara kebetulan dalam sejarah, Bahasa Melayu yang menjadi bahasa peribumi di Melaka dan lain-lain tempat di Semenanjung Tanah Melayu, Riau dan beberapa kawasan di Sumatera, telah menjadi lingua franka atau bahasa perantaraan umum bagi keseluruhan kepulauan Melayu. Apabila kesedaran politik mula berkocak dan membangkitkan semangat orang-orang dari daerah-daerah berbeza, sekarang ini dipanggil Indonesia, maka lingua franka inilah satu-satunya alat perhubungan yang ada dan digunakan secara meluas sebagai faktor penyatuan. Maka wajarlah kalau kemudiannya bahasa itu diterima sebagai bahasa kebangsaan Indonesia. Bagaimanapun, penduduk di daerah-daerah lain di Indonesia masih menggunakan dialek masing-masing apabila mereka bertutur dalam masyarakat kaum mereka sendiri. Hanya di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu sahajalah Bahasa Melayu menjadi bahasa yang sama bagi kaum bumiputera. Bahasa Melayu sesungguhnya merupakan bahasa jati Tanah Melayu. Sebagai bahasa bangsa yang mula-mula tinggal dan membentuk kerajaan yang efektif di Semenanjung, maka Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang lebih utama daripada bahasa-bahasa lain sebagai bahasa tetap negara ini.
Ada sebab-sebab lain mengapa Bahasa Melayu diterima. Bagaimanapun, sebab-sebab itu tidak ada kaitannya dengan per bincangan sekarang ini, yang tertumpu kepada hak orang-orang asal untuk mengekalkan aspek bahasa dalam sifat mereka. Bahasa mereka membezakan mereka daripada warganegara yang lain, dan apabila bahasa itu diterima oleh warganegara bukan Melayu yang baru, ia juga akan membezakan mereka daripada orang-orang lain.
Dalam soal bahasa kebangsaan, hak-hak warganegara baru adalah terhad. Mereka tidak mungkin boleh mencari jalan untuk menggantikannya dengan bahasa-bahasa lain, walaupun dari sudut teknik dan perundangan ini boleh dilakukan. Bahasa kebangsaan Tanah Melayu termaktub dengan jelasnya dalam Perlembagaan. Oleh kerana Perlembagaan itu boleh dipinda dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Parlimen, maka nampaknya penggantian bahasa kebangsaan mungkin dapat dilakukan oleh warganegara-warganegara yang bare ini. Akan tetapi sebarang langkah yang begini bertentangan dengan semangat pemberian kewarganegaraan yang ditawarkan oleh orang Melayu dan yang diterima oleh orang bukan Melayu.
Hakikat bahawa di Tanah Melayu bilangan warganegara yang tidak bertutur dalam Bahasa Melayu sangatlah besar, mungkin dijadikan alasan untuk menyeleweng dari amalan biasa yang berlaku di tempat-tempat lain. Namun begitu perlulah diingatkan bahawa bertambahnya warganegara yang bertutur bukan dalam Bahasa Melayu adalah dengan persetujuan orang Melayu atas kefahaman bukan sahaja peraturan kewar ganegaraan patut dipatuhi tetapi juga tidak boleh dipinda. Pasti lah bahawa persetujuan orang Melayu terhadap pemberian kewarganegaraan secara liberal kepada penduduk bukan Melayu tidak akan diperolehi jika sekiranya orang Melayu menaruh syak wasangka bahawa warganegara baru ini mempunyai niat untuk menggantikan Bahasa Melayu dengan apa cara sekalipun. Amalan biasa di tempat-tempat lain di dunia ini meyakinkan orang Melayu bahawa warganegara bukan Melayu tidak boleh mengubah kedudukan asasi Bahasa Melayu sebagai bahasa yang khusus bagi penduduk di Tanah Melayu.
Tetapi orang Melayu dengan sifat toleran biasa mereka tidak mendesak keistimewaan mutlak bagi bahasa kebangsaan yang mana menjadi perkara semestinya di negara-negara lain. Peng gunaan dan perkembangan yang berterusan bahasa kaum-kaum pendatang bukan sahaja dibenarkan malahan dijamin pula dalam Perlembagaan.
Penindasan yang berlaku terhadap bahasa-bahasa kaum pendatang di negara-negara Asia Tenggara lainnya dan kawalan yang lebih efektif tetapi tidak begitu ketara di Australia dan di Amerika tidak dituntut supaya dilakukan di Tanah Melayu. Ujian-ujian kelayakan bahasa bagi orang-orang yang ingin menjadi warganegara tidaklah bererti apa-apa jikalau dibandingkan dengan syarat-syarat yang diwajib kan di Australia dan di Amerika. Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa orang Melayu sebenarnya menolong memajukan bahasa-bahasa bukan Melayu sebab mereka memenuhi tuntutan-tuntutan terhadap sekolah-sekolah bukan Melayu yang mendapat bantuan kerajaan untuk digunakan oleh warganegara bukan Melayu semata-mata.
Semuanya ini seolah-olah menyekat sedikit sebanyaknya penggunaan dan pertumbuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa tetap yang diiktiraf. Dan beginilah hasrat orang Melayu yang tidak mahu menyusahkan orang lain dan tidak mahu menjadi punca kegelisahan orang lain sehingga menyebabkan mereka terjerumus ke dalam suatu dilema yang tidak mungkin terdapat di tempat-tempat lain.
Pada hari ini ada percubaan di pihak warganegara baru untuk bertindak melampaui batasan amalan biasa. Tuntutan supaya bahasa-bahasa golongan pendatang digunakan menjadi semakin bertambah lantang dan semakin keterlaluan. Dalam zaman penjajahan dahulu penggunaan Bahasa Inggeris dalam semua dokumen Kerajaan dianggap perkara biasa. Orang-orang yang tidak tabu Bahasa Inggeris diharap akan mencari jurubahasa mereka sendiri. Notis dan papan tanda semuanya dalam Bahasa Inggeris kecuali beberapa buah sahaja, dan jika kadang-kadang notis dan papan-papan tanda ini tidak berguna kepada keba nyakan orang ramai, namun perkara ini sudah diduga dan di¬diamkan sahaja. Malahan Bahasa Melayu dalam zaman penja jahan dahulu lebih Bering digunakan dan lebih difahami daripada Bahasa Inggeris. Penggunaan dan kefahaman bahasa itu adalah lebih meluas sekarang ini. Namun penggunaan sepe nuhnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan, dalam dokumen-dokumen serta kenyataan-kenyataan ditentang atas alasan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja warganegara bukan Melayu yang tua-tua dapat memahaminya. Namun begitu, tidak ada pula tentangan pada masa yang lampau apabila orang yang sama tidak juga memahami Bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa-bahasa pendatang bukan Melayu sebe narnya telah bertambah di Radio Malaysia. Malahan kurang pengetahuan dalam dialek bahasa Cina merupakan satu peng halang untuk mendapat pekerjaan di setengah-setengah syarikat awam. Universiti Malaya mengadakan penyelidikan terhadap bahasa-bahasa Cina dan Tamil dan juga mengajarkan bahasa bahasa itu. Bahasa Cina diajar di sekolah-sekolah berbahasa pengantar Inggeris dan jika sekiranya ada permintaan bahasa tersebut boleh diajar di sekolah berbahasa pengantar Melayu. Filem-filem Barat mempunyai sarikata bahasa Cina, tetapi tidak ada sarikata dalam bahasa kebangsaan. Pengambilan lebih ramai pegawai bukan Melayu ke dalam perkhidmatan awam bermakna orang Melayu yang berurusan dengan pegawai pegawai ini tidak boleh bercakap secara langsung dengan mereka tetapi perlu menggunakan jurubahasa.
Semua ini tidak mungkin berlaku di negara-negara yang berjiran dengan Malaysia, tidak juga di Amerika atau Australia. Sebaliknya di Malaysia warganegara bukan Melayu sebenarnya berkeras mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan untuk memajukan dan mengembangkan penggunaan bahasa bahasa asing itu tidak memadai. Kerajaan didesak supaya me luaskan penggunaan bahasa Cina dalam jentera Kerajaan dan menganjurkan pelajaran bahasa Cina dari peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat universiti. Kelayakan pelajaran dalam bahasa Cina adalah diterima sebagai sudah cukup untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Meskipun semua ini terjadi namun orang Melayu masih tetap berdiam diri. Kebanyakan orang Melayu tidak membantah sebab mereka itu sopan-santun dan lemah lembut seperti biasa. Pemimpin pemimpin mereka pula mendesak supaya mereka bertenang dan setengah pemimpin ini sesungguhnya menganjurkan supaya orang Melayu bersikap lebih toleran. Akibat kebingungan dan tidak terdaya mereka, maka orang Melayu menanggung sahaja kesusahan mengenai masalah bahasa yang mereka hadapi, bukan dengan perasaan penuh kebenaran melainkan hanya berserah kepada takdir. Petanda-petanda menunjukkan bahawa sikap ini akan terus menjadi sifat orang Melayu. Oleh kerana itu sebarang penghargaan terhadap Bahasa Melayu dan sebarang tindakan yang adil terhadap orang Melayu haruslah datang dari orang bukan Melayu. Kalangan orang bukan Melayu yang lebih sofistikated telah sedar akan keadilan yang dituntut oleh orang Melayu itu.
Mengawal imigrasi adalah salah satu cara biasa yang dilakukan oleh penduduk sesebuah negara bagi menjaga keperibadian mereka. Ini terutamanya berlaku di negara-negara yang di bentuk melalui penempatan dan penjajahan oleh kumpulan kumpulan kaum dari negara-negara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan negara-negara Amerika Latin. Jika orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengawal imigrasi pada masa lepas maka kedudukan mereka sebagai penduduk tetap negara ini sudah tentu terjamin pada bila-bila masa sahaja. Mereka tidak akan terancam akan terhapus. Bagai manapun, orang Melayu gagal berbuat demikian, bukan kerana mereka tidak insaf terhadap bahayanya tetapi kerana gabungan sikap toleransi dan laissez faire (tidak apa) dan kepercayaan mereka kepada orang lain.
Sebelum kedatangan orang Portugis, ada kumpulan kumpulan kecil pendatang asing dari keturunan Arab, India dan Cina yang menetap di beberapa kawasan negeri-negeri Melayu. Akibat terputusnya hubungan dengan tanah air mereka, maka orang-orang ini cenderung menyerap sifat-sifat khas Melayu dan mereka diserap pula ke dalam masyarakat Melayu. Kumpulan yang paling kuat menahan penyerapan ini ialah orang Cina yang tetap berlainan dan terasing walaupun mereka mengamalkan pemakaian bahasa, pakaian dan kegiatan sosial Melayu. Namun begitu selagi tampuk Kerajaan terletak dalam tangan orang Melayu, pendatang-pendatang yang tidak dapat diserapkan itu tidak dapat menambahkan bilangannya sehingga boleh mencabar orang Melayu.
Bagaimanapun, imigrasi yang berleluasa tidak berlaku sehinggalah Melaka dan kemudiannya Pulau Pinang dan Singapura terlepas dari tangan orang Melayu. Penguasaan sepenuhnya oleh kuasa asing ke atas kota-kota pelabuhan ini telah menyebabkan orang Melayu tidak mempunyai suara langsung dalam hal imigrasi. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk ber tindak terhadap sebarang perasaan bimbang yang mungkin timbul diserapkan oleh curahan masuk orang-orang Cina dan India yang kian bertambah itu. Akibatnya pelabuhan-pelabuhan jajahan ini menjadi tempat pelancar atau pengkalan bagi kemasukan orang-orang Cina dan India ke kawasan-kawasan pedalaman. Pada mulanya mereka bukanlah datang sebagai penduduk melainkan sebagai pedagang dan peniaga. Perasaan bimbang raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu diatasi dengan pemberian hadiah-hadiah yang mewah dan perkongsian untung secara langsung yang selalunya telah menjadi salah satu ciri perniagaan Cina. Monopoli perjudian dan perniagaan candu yang diberikan kepada saudagar-saudagar Cina mendatangkan hasil yang besar kepada pembesar-pembesar Melayu. Dan mereka juga mendapati bahawa lebih banyak keuntungan dapat diperolehi dengan cara menyerahkan tanah-tanah lombong kepada orang-orang Cina dari mengerjakan sendiri lombong lombong tersebut.
Kebimbangan yang mungkin dirasai oleh raja-raja akibat bilangan orang Cina dan India yang bertambah ramai masuk ke negara ini disenyapkan oleh kutipan lumayan dari berbagai cukai yang dikenakan ke atas perniagaan dan perusahaan kaum pendatang itu. Pada zaman itu pendatang-pendatang tersebut tidak pula menunjukkan keinginan mereka hendak menetap di sini atau menuntut hak kewarganegaraan, apatah lagi mereka sedikit pun tidak menunjukkan bahawa mereka mahu supaya ciri-ciri warganegara di negeri-negeri Melayu diubah supaya sesuai mengikut kehendak-kehendak mereka sendiri. Mereka itu umumnya adalah rakyat India dan Cina yang datang mencari keuntungan dan setelah itu balik semula ke negara masing masing. Jika mereka mempunyai rumah di Tanah Melayu, maka rumah itu biasanya terletak di tanah jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka menggunakan tempat-tempat itu sebagai pangkalan gerakan mereka. Jadi apabila British mengembangkan pemerintahan mereka ke negeri-negeri Melayu, masyarakat kaum-kaum pendatang bukan Melayu ini sudah pun ramai jumlah mereka. Pihak British, sebagaimana yang sudah dikatakan, sedar dan meng hargai peranan orang-orang Cina dan India, telah berusaha menggalakkan pertambahan pendatang tersebut sebaik sahaja mereka memerintah negara ini secara efektif. Bagi mereka lang kah ini ada untungnya. Pada pandangan mereka, sebarang kerugian akan ditanggung oleh orang Melayu.
Selang beberapa lama kemudian kebimbangan orang Melayu memuncak sehingga menyebabkan mereka bertindak. Tetapi oleh kerana pihak British sudah menjadi pemerintah de facto di negara ini maka satu-satunya tindakan yang dapat diambil oleh orang-orang Melayu yang sedar ini hanyalah sekadar menentang secara pasif. Mereka tidal( menuntut supaya imigrasi di kawal melainkan menyuarakan rasa bimbang bahawa mereka diketepikan sebagai rakyat yang sebenar di negara ini.Pihak British sudah bersedia menghadapi keadaan ini. Mereka men¬cadangkan beberapa langkah untuk melindungi orang Melayu. Mereka menjelaskan bahawa langkah-langkah ini sudah cukup untuk menjamin Semenanjung Tanah Melayu kekal sebagai negeri Melayu.
Langkah-langkah melindungi orang Melayu dan sultan-sultan mereka ini berkisar di sekitar Perkhidmatan Awam Melayu yang khusus untuk orang Melayu dan tanah simpanan yang hanya untuk orang Melayu. Kemudian peruntukan-perun tukan ini diputarbelitkan pula oleh British dan orang-orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini, selepas dicadangkan, sekali lagi melalaikan orang Melayu dan menyebabkan mereka merasa terjamin walaupun langkah itu semata-mata palsu. Perasaan bimbang yang mula mereka rasa kan akibat kemasukan orang Cina dan India yang bertambah itu terhapus sebentar dan usaha hendak memberhentikan arus kemasukan ini ditangguhkan.
Walau bagaimanapun, menjelang Perang Dunia Kedua pera saan cemas orang Melayu sekali lagi timbul. Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun menghancurkan kepercayaan Melayu ter hadap kemampuan British untuk melindungi mereka. Apabila British kembali dan mencadangkan gagasan Malayan Union dengan dasar kewarganegaraan yang setaraf bagi semua orang, perasaan tidak percaya terhadap kemampuan British tadi diperteguhkan pula oleh perasaan tidak percaya terhadap keju juran British. Kebimbangan mereka takut dikuasai oleh kaum pendatang menjadi kenyataan, malahan di kalangan raja-raja Melayu sekalipun. Semasa bantahan menentang Malayan Union berlaku, soal mengawal imigrasi menjadi perkara yang mendesak bagi nasionalis-nasionalis Melayu. Memandangkan pemberian hak kewarganegaraan sepenuhnya kepada penda tang-pendatang bukan Melayu tidak lagi dianggap sebagai per kara yang tidak munasabah sebagaimana yang difikirkan oleh orang Melayu sebelum perang dahulu, maka keadaan di mana golongan pendatang akan melebihi jumlah penduduk bumi putera sekali-kali tidak boleh dibiarkan berlaku. Sesungguhnya dalam zaman semasa orang Melayu memandang ke Indonesia sebagai sumber inspirasi, terdapat rancangan yang bersungguh sungguh untuk menggalakkan kemasukan orang Indonesia yang mudah diasimilasikan itu supaya dapat mengekalkan dan mungkin pula menambahkan lagi bilangan orang Melayu.
Rasanya amatlah wajar bahawa sebaik sahaja orang Melayu sudah mendapatkan semula kuasa, dari tangan British, untuk menentukan masa depan negeri mereka sendiri maka mereka akan mengawal dasar imigrasi supaya menguntungkan mereka. Walaupun Kerajaan yang menggantikan Kerajaan British itu terdiri daripada perikatan antara Melayu, Cina dan India, namun orang Melayu masih cukup kuat untuk mengambil tindakan ini. Sekali lagi sifat sopan-santun dan keadilan orang Melayu mencelah. Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu itu bertolak ansur dan tidak menuntut supaya langkah-langkah yang positif dijalankan mengikut dasar imigrasi untuk membina kekuatan kaum mereka sendiri. Mereka merasa puas hati membiarkan sahaja perlaksanaan sebenar dasar imigrasi itu di tangan orang bukan Melayu. Sebenarnya orang Melayu memejamkan mata sekalipun diketahui ada pendatang bukan Melayu yang telah menyeludup masuk ke negara ini disebabkan undang-undang imigrasi tidaklah dipatuhi secara bersungguh sungguh. Mereka berbuat begini kerana mereka tidak mahu memalukan orang-orang bukan Melayu dan rakan sejawat mereka yang selalunya melakukan amalan pecah amanah ini. Perkara ini menjadi masalah lain pula. Ketika orang Melayu mempunyai kuasa untuk menguatkan kedudukan politik, mereka membiarkan peluang ini terlepas kerana mereka tidak sampai hati berbuat apa yang dilakukan oleh orang lain. Kawalan imigrasi di negara-negara lain sentiasa dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa politik supaya berada dalam tangan penduduk tetap. Penduduk tetap di Tanah Melayu tidak melakukan hal ini. Dan perkara ini berlaku kerana pilihan mereka sendiri. Sifat sopan-santun yang semulajadi itu sekali lagi menguasai orang Melayu. Semua ini tentulah berfaedah jika orang-orang lain menghargainya. Malangnya, sifat-sifat ini bukan sahaja tidak dihargai, tetapi semua perbuatan ini sebenarnya dipandang sebagai tanda kelemahan dan sebagai akibat perasaan tidak yakin orang Melayu sendiri mengenai hak hak istimewa mereka sebagai penduduk tetap dan asal di Tanah Melayu.
Selain daripada fungsi menyampai dan memajukan pengetahuan, dasar pelajaran mana-mana negara sekalipun biasanya adalah suatu cara bagi menanamkan dalam fikiran bakal rakyat perasaan bersatu, taat setia dan bangga terhadap negara. Di negara-negara yang baru merdeka, pelajaran dipergunakan dengan meluas untuk tujuan di atas. Di Amerika dan Australia kaum tetap menggunakan pelajaran untuk menanamkan dalam fikiran bakal rakyatnya yang berasal dari berlainan keturunan, sebagai rakyat negara tersebut, supaya mereka secara automatik tertakluk dan mewarisi kebudayaan dan ciri-ciri penduduk tetap. Itulah sebabnya orang German di Amerika lebih diberitahu tentang pentingnya semangat tahun `76 (1776 — kebebasan Amerika dari British) daripada keagungan Empayar German. Begitu juga, orang-orang Australia yang berasal dari Greece lebih mengetahui darihal Botany Bay daripada keagungan silam negara asal mereka, iaitu Greece.
Bahasa pengantar sangatlah penting dalam membentuk perasaan bersatu. Oleh itu bahasa pengantar lazimnya adalah bahasa kaum yang tetap. Memang sesiapa pun tidak terlintas untuk menuntut supaya bahasa pendatang-pendatang baru dijadikan bahasa pengantar. Bagaimanapun, bahasa bukanlah satu satunya aspek penting dalam dasar pelajaran kebangsaan. Seluruh kurikulumnya penting. Pengajaran sejarah, geografi dan sastera semuanya direncanakan untuk memupuk suatu idea: yakni negara adalah milik penduduk tetap dan untuk menjadi warganegara negara itu dan mendakwa menjadi milik Negara itu, maka seseorang itu hendaklah mengenal pasti dirinya dengan penduduk tetap. Mengenal pasti ini meliputi segala galanya dan sekali-kali tidak boleh ada kenal pasti dengan negara atau kebudayaan lain. Mengenal pasti dengan penduduk tetap bererti menerima sejarah mereka, geografi mereka dan sastera mereka, kebudayaan dan bahasa mereka dan menolak semua yang lainnya.
Sistem pelajaran kebangsaan biasanya bersifat tunggal dan kebangsaan. Memang tidak ada negara lain yang memberikan pelajaran kepada kaum-kaum pendatang dalam bahasa kaum pendatang itu kecuali Kanada. Malahan Kanada juga tidak mencerminkan amalan yang sebenarnya sebab orang Perancis bukanlah kaum pendatang ke dalam negara yang asasnya orang British. Mereka sudah berada di sana sebelum British datang.
Di negara-negara lain di Asia Tenggara, selain dari Malaysia, prinsip-prinsip ini nyata sekali diikuti tatkala menyusun dasar dasar pelajaran kebangsaan. Lazimnya yang membentuk dasar pelajaran kebangsaan ialah penduduk tetap, yakni penduduk yang mula-mula membentuk kerajaan yang efektif, supaya rakyat masa depan akan memelihara dan memajukan bahasa, kebudayaan dan kadang-kadang agama yang akan membezakan mereka dari orang lain. Inilah amalannya dan inilah keistime waan dan hak penduduk tetap. Kaum-kaum pendatang tidak dikenakan sekatan. Mereka itu diterima tetapi penerimaan mereka adalah menurut syarat yang ditetapkan oleh penduduk tetap. Salah satu syarat itu ialah bahawa dasar pelajaran mestilah ditetapkan oleh penduduk tetap.
Prinsip asasi ini telah diabaikan di Tanah Melayu. Pihak Britishlah yang bertanggungjawab. British tidak mengikuti ama lan yang mereka lakukan bagi kaum mereka sendiri di tanah tanah jajahan yang mereka duduki seperti di Australia dan New Zealand. Sebaliknya, di Tanah Melayu mereka membiarkan perkembangan pelajaran yang tidak berbentuk kebangsaan. Boleh dikatakan hampir semua jenis sekolah dibenarkan, segala macam bahasa pengantar digunakan, dan berbagai kurikulum digunakan. Semuanya tidak terasa aneh. Ada sekolah-sekolah Melayu yang tujuan utamanya semata-mata untuk menambah bilangan orang yang tabu membaca dan menulis, sedangkan kurikulumnya sedikit pun tidak membayangkan dasar pelajaran yang berorientasikan kebangsaan ataupun kedaerahan. Ada pula sekolah-sekolah Inggeris untuk mengeluarkan pekerja pekerja pejabat yang rendah pelajaran dan yang lebih setia kepada sistem imperialis British dan dongeng-dongeng tentang negara tersebut daripada menaruh kesetiaan kepada negara tern-pat tinggalnya. Ada sekolah-sekolah Tamil yang betul-betul tidak bertujuan langsung. Ada sekolah-sekolah mubaligh yang berkhidmat memberi pelajaran dan juga penyebaran agama Kristian. Ada pula sekolah-sekolah Arab yang di luar kawalan British tetapi tetap juga berkembang biak. Dan akhirnya sekolah-sekolah Cina yang merupakan tidak lebih daripada `negeri-negeri China kecil' yang dipindah-tanam di Tanah Melayu. Seluruh sistem pelajaran Cina semasa penjajahan British tidak lain daripada sistem pelajaran kebangsaan Cina, yang dibentuk dalam abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, dan telah diusahakan dengan penuh semangat.
Keganjilan seluruh bentuk sistem pelajaran itu tidak pernah disebut-sebut oleh orang-orang yang bertanggungjawab untuk menasihati kerajaan-kerajaan Melayu. Sesungguhnya ada bukti bukti yang menunjukkan bahawa idea tentang sistem pelajaran kebangsaan sengaja ditekan. Sementara semua negara lain yang merdeka, termasuk bekas-bekas tanah jajahan British dan juga Amerika Syarikat, telah pun menggunakan sistem pelajaran untuk membina keperibadian dan kesetiaan kebangsaan, Tanah Melayu telah dengan sengaja tidak diberitahu tentang per kembangan ini. Pandai membaca dan menulis dianggap sebagai matlamat terakhir, bukannya cara untuk memperolehi perkara perkara lain yang lebih baik. Ada anggapan bahawa pelajaran dan identiti kebangsaan adalah dua perkara yang berbeza dan oleh kerana itu sistem pelajaran asing, seperti pelajaran Cina, dianggap tidak janggal.
Penerimaan keadaan yang ganjil ini sebagai suatu perkara yang biasa menjadi asas bagi kesulitan yang sekarang ini menimpa dasar pelajaran kebangsaan Malaysia. Oleh kerana mereka sudah biasa berbuat sekehendak hati mereka, maka orang Cina dan India hanya dapat melihat betapa tidak adilnya perlaksanaan satu sistem pelajaran yang cenderung mele nyapkan sekolah-sekolah mereka yang berorientasi asing. Me reka tidak nampak apa salahnya jika sebuah negara memajukan dan menggalakkan bahasa, kebudayaan dan sistem negara negara lain. Dan mereka enggan menerima amalan yang telah berlaku di negara-negara lain dalam bidang pelajaran.
Walaupun mereka berhadapan dengan keadaan begini, namun orang Melayu masih belum mengungkit hak mereka sebagai penduduk tetap negara ini. Ungkitan ini akan menimbulkan malu kepada rakan-rakan sejawat dan kawan-kawan mereka dari kaum lain itu. Orang Melayu secara bermurah hati mena warkan kompromi. Perasaan bermurah hati mereka ini tidak pula dihargai. Sikap itu dianggap sebagai sudah sewajarnya. Konsesi yang dibuat oleh orang Melayu sangatlah banyak dan berbagai-bagai pula, bermula dengan membuang huruf jawi yang telah mereka perkembangkan sebagai tulisan kebangsaan mereka. Pada zahirnya ini mungkin dianggap sebagai perkara kecil tetapi jika dibandingkan dengan kemarahan masyarakat Cina Tanah Melayu jika tulisan Cina dihapuskan, maka pengorbanan yang dibuat oleh masyarakat Melayu boleh dianggap sebagai amat besar. Haruslah diingatkan bahawa orang Melayu masih perlu mempelajari huruf jawi ini kerana agama mereka, maka konsesi itu sesungguhnya sangat menakjubkan. Tetapi bukan ini sahaja konsesi yang dibuat oleh orang Melayu. Bahasa dan sistem dari negara-negara lain diizinkan untuk menjadi sebahagian daripada apa yang dikata kan sistem pelajaran kebangsaan Malaysia.
Bahasa-bahasa dan sistem-sistem pelajaran ini dipisahkan daripada sistem pelajaran berpengantar Bahasa Melayu, bukan sahaja oleh perbezaan kurikulum dan bahasa tetapi juga dari sudut fizikal, dengan cara menempatkan murid-murid dalam bangunan dan tempat yang berasingan, dan mempunyai guru-guru dan sistem pentadbiran dan sistem pengambilan tenaga pekerja yang dibataskan oleh asal-usul kaum. Dalam beberapa hal, sistem pelajaran yang asing ini mencapai tingkat yang lebih tinggi daripada sistem yang berpengantar Bahasa Melayu. Namun tuntutan bagi lain-lain konsesi berlaku terus, dan akan terus berlaku selagi orang Melayu keberatan menyinggung orang lain dengan mengatakan bahawa, sebagai penduduk tetap, mereka berhak menyusun bentuk sistem pelajaran kebangsaan.
Amalan pelajaran yang luar biasa oleh pemerintahan British haruslah diakui keganjilannya. Sesudah kita cedar akan hal ini, maka perlaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang sebenar benarnya di Malaysia tidaklah lagi akan menerima banyak gangguan dari orang-orang yang secara terus terang menuntut perkara yang luar biasa sebagai hak mereka. Orang Melayu haruslah menghadapi masalah ini dengan tegas, tanpa ragu-ragu bercampur takut disebabkan oleh perasaan kurang yakin akan hak mereka sendiri. Dalam jangka panjang, satu sistem pelajaran kebangsaan Malaysia yang sebenar-benarnya haruslah diakui dan diterima oleh semua warganegara sebagai satu-satunya cara bagi membentuk negara yang unggul dan bersatu padu.
Sesudah dasar ini diterima dan dilaksanakan, maka is akan berkembang dengan sendirinya. Orang Melayu tidak lagi perlu menuntutnya sebab semua yang menjadi rakyat Malaysia, tidak kira apa jua asal usul kaum dan kebudayaan mereka, akan menjunjung dan melaksanakan dasar pelajaran ini.
Dalam zaman sebelum imigrasi beramai-ramai dan tatkala perhubungan masih belum maju, kewarganegaraan tidak menjadi masalah di kebanyakan negara. Kumpulan kecil pen datang yang tinggal berselerakan tanpa hubungan dengan negara asal mereka mudah diasimilasikan. Setelah ini terjadi, hilanglah perseteruan dan rasa cemburu yang biasanya di tujukan kepada orang asing yang berkebudayaan lain, dan kewarganegaraan pun diberikan dan diterima sebagai sudah sewajarnya. Sesungguhnya tidak akan ada perbincangan mengenai kewarganegaraan dari segi undang-undang sebab pengenalan pasti diri dengan penduduk tetap begitu sempurna hingga tidak perlu dipersoalkan lagi.
Di England misalnya, sejumlah besar orang Perancis pindah ke situ dalam zaman penaklukan Norman. Lama-kelamaan orang-orang ini telah kehilangan hampir semua keperibadian Perancisnya dan menjadi orang Inggeris baik dalam hal per tuturan, tingkah laku dan sentimen mereka. Perhubungan yang sukar menghalang mereka daripada mengikuti perkembangan kebudayaan Perancis pada ketika itu. Secara beransur-ansur, tanpa perlu diberi taraf kerakyatan dari segi undang-undang, mereka itu menjadi orang Inggeris. Tidal( ada usaha sedar yang terlibat. Di Semenanjung Tanah Melayu proses yang sama biasa berlaku sebelum kedatangan British. Pedagang-pedagang kaum pendatang dari keturunan Arab, India dan Cina telah menyerap kebudayaan Melayu, termasuk bahasa dan pakaian dan sudah menjadi warganegara Melayu jika sekiranya imigrasi dan asimilasi yang seimbang itu tidak diganggu. Malangnya kema sukan pendatang yang digalakkan oleh British dan pengasingan yang berlaku sesudah itu, menyekat proses yang sihat dan biasa itu lalu menimbulkan pula masalah-masalah yang telah meng¬ganggu orang Melayu sejak itu hingga sekarang dan juga telah meruntuhkan hak mereka sebagai penduduk tetap di Semenanjung.
Kemasukan pendatang-pendatang secara beramai-ramai dan perhubungan yang semakin baik di antara kaum pendatang dengan negara asal mereka inilah yang menyebabkan soal kewarganegaraan merupakan perkara yang membimbangkan penduduk tetap. Oleh itu mereka mahu mengawal kewarga negaraan sebagai hak istimewa mereka. Di seluruh dunia prinsip yang telah diterima ialah bahawa kewarganegaraan sesebuah negara dikawal supaya sesuai dengan penduduk tetap. Untuk maksud ini maka imigrasi dikawal. Tetapi yang lebih penting nya, pemilihan pendatang yang boleh menjadi warganegara menjadi tanggungjawab yang sah penduduk tetap. Oleh kerana itu undang-undang dan peraturan-peraturan untuk mendapatkan kewarganegaraan di kebanyakan negara disusun begitu rupa bagi menghalang kaum pendatang daripada menukar kedudukan mereka dan memaksa pula penduduk tetap supaya menerima ciri-ciri keperibadian mereka. Dengan lain pengertian, undang-undang itu disusun untuk mengelakkan penaklukan, sebab apabila kaum pendatang terus menerus memelihara kebudayaan mereka dan juga menguasai politik dan ekonomi sesebuah negara, maka pada hakikatnya mereka telah menakluki penduduk asal negara tersebut. Adalah tidak bersesuaian untuk menyatakan bahawa pendatang-pendatang ini bersedia mempertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir; mereka hanya semata-mata mempertahankan negara yang telah mereka takluki.
Kewarganegaraan tidak pernah dianggap sebagai hak pendatang. Kewarganegaraan biasanya adalah suatu bentuk peng iktirafan dan hanya boleh diberikan apabila penduduk asal merasa bahawa pendatang itu telah menunjukkan kesetiaan, dan benar-benar telah menyesuaikan diri dengan penduduk tetap. Dalam kalangan orang dari kumpulan etnik yang sama, walaupun bahasa dan kebudayaan asalnya mungkin berbeza, pengiktirafan ini selalu mudah diperolehi. Dalam kalangan kumpulan etnik yang berlainan, sekali pun mereka telah tahu akan bahasa, kebudayaan dan keperibadian penduduk tetap, namun pengiktirafan masih sukar diperolehi. Di beberapa buah negara Asia Tenggara, walaupun kaum pendatang hampir tidak dapat di bezakan lagi daripada kaum peribumi namun kewarganegaraan tidaklah diberikan secara automatik. Di negara-negara Eropah, orang Asia dan orang Afrika yang sudah hampir tidak lagi mempunyai hubungan dengan kebudayaan mereka sendiri dan yang sudah mengikut kebudayaan negara tempat mereka tinggal juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kewarga negaraan. Berbagai-bagai sekatan yang berubah-ubah dikena kan ke atas mereka. Hanya selepas memperoleh sesuatu keja¬yaan yang sangat cemerlang barulah pengiktirafan yang betul betul setaraf diberikan. Contoh yang jelas mengenai perkara ini ialah orang-orang Jepun di Amerika selepas pengorbanan mereka yang sangat besar semasa Perang Dunia Kedua dahulu.
Oleh kerana kewarganegaraan adalah seperti suatu peng iktirafan, maka semua pendatang di seluruh dunia didapati sangat mengambil berat untuk meniru dan menunjukkan ciri ciri khusus penduduk tetap. Di Amerika dan di Australia memanglah biasa bagi kaum pendatang menjadi lebih bersifat orang Amerika atau orang Australia daripada penduduk tetap Amerika atau Australia. Perkara yang sama juga benar bagi pendatang-pendatang negara negara Asia Tenggara yang lain. Nampaknya warganegara pendatang di negara-negara Asia Tenggara sering lebih keras daripada warganegara asal terhadap pendatang-pendatang baru. Warganegara yang barn ini merasakan bahawa jika sekiranya mereka tidak menekankan kenal pasti yang sepenuhnya maka mereka akan dicurigai. Oleh kerana itu mereka ingin membuktikan bahawa mereka betul betul telah menolak asal usul mereka yang asing itu.
Inilah yang dilakukan oleh orang-orang Jepun di Amerika yang telah berperang dengan gigihnya di pihak Amerika semasa perang Pasifik dahulu. Dalam waktu damai peluang begini tidak akan mereka perolehi. Oleh kerana itu, dalam kehidupan seharian kaum pendatang, mereka akan mencuba membuktikan kejujuran dan kenal pasti mereka. Kebanyakan pendatang Cina yang sekarang ini menetap di Amerika bukan sahaja mencuba melupakan kebudayaan dan bahasa mereka yang berusia empat ribu tahun itu, malahan mereka itu sebenarnya berasa bangga pula kerana dapat berbuat demikian. Orang-orang Cina Filipina pernah menyatakan bahawa diskriminasi terhadap orang Cina asing sebenarnya suatu perkara yang baik. Orang Cina Thai menggunakan bahasa Thai sepenuhnya sewaktu di rumah mereka. Orang Cina Indonesia menunjukkan perasaan benci terhadap Negeri China. Nama mereka diubah supaya sebutannya seperti nama penduduk tetap di negara itu. Agama mungkin diketepikan dan digantikan dengan agama yang umum bagi negara tersebut.
Proses mengenal pasti itu biasanya selesai dalam tempoh dua atau tiga keturunan, kecuali apabila asal usul etniknya terlalu kuat. Apabila perkara ini telah dicapai, maka sentimen, reaksi dan tingkah laku secara automatik akan mencerminkan kenal pasti dengan negara dan penduduk tetap. Keturunan kaum pen datang itu akan disamakan dengan penduduk negara tersebut sehingga mereka akan menganggap diri mereka sebagai penduduk tetap.
Di Malaysia, sebelum kedatangan British, tidak banyak pendatang yang telah terserap atau sedang diserap. Pada zaman British berlaku kemasukan ramai pendatang, mula-mula ke tanah jajahan Negeri-negeri Selat dan kemudiannya ke negeri negeri Melayu. Soal kewarganegaraan tidak timbul, kecuali di Negeri-negeri Selat kerana di situ satu bentuk kewarganegaraan diberikan sewenang-wenangnya kepada kaum pendatang itu. Di lain-lain bahagian Semenanjung Tanah Melayu, hanya orang Melayu sahajalah warganegara yang sah dan diterima sebagai penduduk tetap. Sekalipun apabila kaum pendatang itu bertambah, tidak terlintas untuk memberikan hak kewargane garaan kepada pendatang baru yang lebih tetap ini. Sehingga akhir Perang Dunia Kedua, orang-orang Melayu hanya meng hadapi masalah imigrasi. Kewarganegaraan dianggap sebagai hak mutlak dan urusan orang Melayu sahaja dan tidak dianggap sebagai suatu masalah. Adalah jelas sekarang bahawa walaupun kaum pendatang tidak berminat untuk menjadi warganegara tetap dan tidak pula membuat desakan bagi mendapat taraf ini, mereka telah lama merasa tidak puas hati dan marahkan rintangan, yang dikenakan oleh pihak warganegara, yang menghalang mereka daripada mengumpul harta kekayaan serta meluaskan bidang-bidang aktiviti mereka tanpa apa-apa had dan batasan. Sementara mereka masih ingin mengekalkan kedudukan mereka sebagai warganegara negara-negara asing, mereka tidak dapat memahami sebab-sebab mengapa pihak warganegara asal mengenakan sekatan-sekatan ini. Mereka bukan sahaja berkehendakkan persamaan layanan dari pelbagai kerajaan negeri dan kuasa penjajah, malahan mereka juga berkehendakkan perubahan pada struktur dan pentadbiran Tanah Melayu supaya menyebelahi mereka. Tidak adanya satu jentera Kerajaan pusat serta dengan adanya sekatan-sekatan kastam di antara negeri negeri menyebabkan kesukaran perniagaan, dan ini telah me nimbulkan kebencian di kalangan peniaga-peniaga pendatang Cina. Kuasa pentadbiran orang-orang Melayu yang terhad juga merupakan satu punca rasa tidak puas hati mereka dan mereka tidak dapat memahami mengapa pihak British tidak dapat men tadbir negeri-negeri Melayu sebagaimana mereka mentadbir Negeri-Negeri Selat.
Sejak dari tahun 1920-an lagi tatkala peniaga-peniaga Cina menyokong langkah-langkah untuk memusatkan kerajaan ne geri-negeri Melayu dan mengadakan satu kawasan kastam ber sama, yang akan mengakibatkan penyekatan kuasa raja-raja Melayu, tidak terlintas di hati sesiapa pun untuk mencadangkan pembentukan satu kewarganegaraan kebangsaan Melayu se bagai cara untuk menyesuaikan aspirasi kaum pendatang dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu sebagai rakyat asal. Jika semua dasar mengenai imigrasi, pelajaran dan ke¬warganegaraan yang sekarang ini berkuatkuasa di Malaysia di laksanakan pada ketika itu, seterusnya jumlah pendatang yang lebih kecil ditambah pula dengan perhubungan yang kurang baik dengan negara-negara asal mereka, masalah kerakyatan tidak akan menjadi masalah yang mencabar bagi orang-orang Melayu pada hari ini. Tetapi pihak British terlampau meng hargai perniagaan Cina dan buruh India sehingga tidak sempat memikirkan nasib orang-orang Melayu. Sudah pun ada peruntukan yang kononnya melindungi orang-orang Melayu di dalam pentadbiran dan hal ehwal tanah. Orang-orang Melayu diberi jaminan tentang berkesannya peruntukan-peruntukan ini dan kedudukan mereka yang tetap sebagai rakyat Tanah Melayu tunggal yang sah. Sementara itu, percubaan separuh hati telah dibuat bagi mengawal imigrasi. Tidak ada percubaan yang dilakukan untuk meyakinkan kaum pendatang bahawa sebagai seorang pendatang dan orang asing, mereka mesti menerima had-had tertentu selaras dengan amalan di seluruh dunia.
Setelah gagal usaha untuk memusatkan sepenuhnya pemerin tahan negeri-negeri Melayu, dan pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu terus dijamin, tidak ada cadangan untuk meluaskan hak kewarganegaraan sehinggalah Malayan Union dicadangkan oleh British selepas perang. Tiba-tiba sahaja bangsa Melayu berdepan dengan satu hakikat buruk bahawa pegangan British terhadap dasar-dasar yang dipersetujui dapat dihancurkan oleh orang British bersendirian sahaja. Cadangan untuk memberikan hak-hak kewarganegaraan yang sama kepada semua penduduk Tanah Melayu dan dengan demikian menjatuhkan taraf kedudukan orang Melayu di negara mereka sendiri begitu memeranjatkan sehingga hapus sikap `tidak apa' orang Melayu. Barangkali inilah pertama kalinya reaksi orang Melayu tidak mencerminkan sifat orang Melayu biasanya. Boleh jadi cadangan yang begitu mendadak timbul itu mengejutkan orang Melayu dari kelalaian. Selepas mereka berjaya menentang cadangan kewarganega raan dalam rancangan Malayan Union itu maka wajarlah kalau kita menduga bahawa orang Melayu akan mengukuhkan kedu dukan mereka. Kekuatan mereka semasa menentang rancangan Malayan Union itu adalah terbukti dan pendirian yang tegas mengenai soal kewarganegaraan sepatutnya boleh diambil. Mereka tahu akan amalan di negara-negara lain di dunia dan pengetahuan ini dapat dipergunakan untuk mengukuhkan tuntutan mereka. Perasaan takut akan menjadi golongan minoriti tanpa sebarang keistimewaan di negara mereka sendiri masih terlalu nyata ketika itu untuk menghentikan tentangan mereka terhadap pemberian hak kewarganegaraan kepada orang lain. Namun, dengan tidak diduga sama sekali, apabila langkah langkah baru dibuat untuk memberi hak kewarganegaraan kepada pendatang-pendatang yang bukan sahaja diragukan kesetiaannya malahan benar-benar memusuhi mereka, orang Melayu tidak bertindak seperti mana yang mereka lakukan tatkala terkejut ke atas cadangan-cadangan rancangan kewarga negaraan Malayan Union dahulu. Mereka nampak akan per bezaan yang sangat tipis di antara kedua-dua rancangan kewarganegaraan itu, insaf akan hakikatnya, namun mereka tidak berbuat suatu apa mengenai hal itu. Kajian tentang kewarganegaraan yang berlaku semenjak rancangan Malayan Union akan menunjukkan bahawa rancangan itu telah disusun dengan teratur sekali seperti satu jadual yang tetap. Pada setiap peringkat dan setiap kali Perlembagaan dipinda, jumlah warga negara Melayu di negara ini menjadi semakin berkurangan jika dibandingkan dengan warganegara yang berasal dari kaum pen datang. Sekarang kedudukan kewarganegaraan itu hampir hampir sama dengan yang akan diperolehi jika Malayan Union dahulu diterima oleh orang Melayu. Walaupun mereka sedar akan keadaan ini namun mereka tidak bertindak seperti yang mereka lakukan dahulunya. Mereka sekali lagi bersikap seperti dahulu. Rancangan itu masih terus diusahakan tetapi kita boleh menduga orang Melayu akan berdiam diri sahaja dan berserah kepada takdir. Setengah-setengahnya malahan sampai mengatakan bahawa negara ini bukan lagi negara mereka melainkan negara siapa sahaja yang ingin menuntutnya. Seten gah dari mereka mengatakan bahawa walaupun mereka pen duduk asal dan penduduk tetap, tetapi mereka tidak berhak mengenakan dan mengawal syarat-syarat kewarganegaraan baik apa sekalipun amalan di tempat lain.
Pemimpin-pemimpin Melayu selalunya cenderung bersikap liberal. Pengikut-pengikut biasanya tidaklah pula begitu. Sungutan-sungutan tidak puas hati sudah pun kedengaran. Bagi orang Melayu biasa, pemberian kewarganegaraan kepada orang asing masih lagi merupakan ancaman bahawa mereka akan di kuasai oleh orang lain. Mereka tahu akan hak mereka dan mengabaikan hak-hak ini adalah tidak wajar dan tidak adil. Mas alah mereka mengenai soal hak kewarganegaraan ialah menyatakan sikap mereka tanpa memberi malu dan membang kitkan krisis. Tugas ini sukar, dan mungkin sekali mereka akan gagal. Jika sekiranya mereka gagal, maka akibatnya mungkin sangat buruk bagi semua orang. Adalah lebih baik jika masalah ini diatasi sekarang juga dan dilema orang Melayu ini diinsafi. Kewarganegaraan di Tanah Melayu haruslah mematuhi pola kewarganegaraan di tempat-tempat lain.
Kewarganegaraan haruslah membawa bersamanya kewajipan dan juga keistimewaan. Kewarganegaraan haruslah diterima sebagai tanda pengakuan, bukannya sebagai dorongan. Dengan cara ini sahajalah kejujuran warganegara yang baru ini dapat dibukti kan. Dan dengan cara ini sahajalah perasaan kecewa dan perasaan tidak puas hati orang Melayu dapat dihapuskan dan negara Malaysia dapat dibina berlandaskan di atas rakyatnya yang betul-betul setia.
Jikalau dahulu lagi orang Melayu menegaskan bahawa merekalah penduduk tetap dan seperti juga amalan negara-negara lain, mereka akan mempunyai hak mengenai bahasa, imigrasi, pela jaran kebangsaan dan kewarganegaraan. Dengan itu masalah masalah mengenai perpaduan kebangsaan tidaklah akan men jadi begitu buruk dan begitu mengganggu. Ciri-ciri khusus warganegara tentunya telah tercapai. Apabila masyarakat yang homogen ini telah terbentuk maka banyaklah masalah yang akan hilang. Tetapi, dalam keadaannya sekarang, perasaan per¬kauman mungkin akan menjadi ciri yang abadi di Malaysia. Pemisahan warganegara ini, yang sesungguhnya merupakan pemisahan yang disebabkan bukan sahaja oleh bahasa dan kebu dayaan malahan oleh pekerjaan, kedudukan ekonomi, tempat tinggal, latar belakang pelajaran, nilai-nilai dan malahan cara berfikir, akan sentiasa disertai oleh segala macam masalah lain. Perkara ini selamanya akan menjadi punca ketegangan di antara kaum.
Di negara-negara lain penduduk tetap menuntut untuk mengawal faktor-faktor utama seperti bahasa, imigrasi, kewarganegaraan dan pendidikan kebangsaan. Selain daripada itu, agama negara dan kbudayaan juga dikuasai oleh penduduk tetap. Pendapat mengenai agama nampaknya telah berubah dan sekarang jarang sekali ada desakan supaya warganegara barn hams menganuti agama penduduk tetap. Kebudayaan pen duduk tetap dikekalkan melalui kawalan terhadap bahasa, imi grasi, kewarganegaraan dan pelajaran.
Bagaimanapun, kebu dayaan berubah mengikut peredaran zaman dan perubahan perubahan yang berlaku, sesudah faktor-faktor lain telah memberi kesan sepenuhnya, akan melibatkan seluruh masya rakat. Oleh kerana itu is akan mengekalkan sifat persamaan atau homogen warganegara dengan ciri-ciri asas penduduk tetap.
Dengan membelakangkan tuntutan orang Melayu sebagai penduduk tetap Semenanjung Tanah Melayu, maka kesem patan pertama untuk membentuk satu warganegara yang homo gen sudahlah terlepas. Dasar-dasar sekarang tidak mungkin ber jaya menyatupadukan kaum-kaum yang ada itu. Oleh kerana itu perpecahan akan terns berlaku dan akan merupakan punca pertelingkahan yang kekal. Tujuan saya menunjukkan perkara perkara yang telah diabaikan ini ialah supaya pembetulan dapat dilakukan di sana sini apabila timbul kesempatan. Keadaan ini menimbulkan berbagai masalah yang memberi kesan terutamanya kepada orang Melayu, kerana sifat dan faktor keadaan mereka telah menjadi golongan tidak berada di negara mereka sendiri. Masalah mereka haruslah ditonjolkan sekarang supaya cara-cara membaikinya dapat dicari sementara masih ada kemungkinan menyelesaikannya. Mengabaikan masalah masalah ini bererti membiarkannya merebak dan menyebabkan masalah-masalah itu tidak dapat diselesaikan. Malapetaka sahajalah yang akan terjadi dari pandangan yang begitu cetek ini.

No comments:
Post a Comment