Tahniah bebb...
Chong Wei rangkul gelaran kelapan Terbuka Malaysia
Image © Arep Kulal
Lee Chong Wei melambai tangan kearah penyokong selepas memenangi kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 pada 15 Januari 2012.
Lee Chong Wei melambai tangan kearah penyokong selepas memenangi kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 pada 15 Januari 2012.
Chong Wei yang mendapat sorakan gemuruh sepanjang perlawanan mudah mengalahkan pemain dari Jepun itu dengan straight set 21-6, 21-13 dalam masa 37 minit untuk mejuarai Terbuka Malaysia buat kali kelapan berturut-turut.
Berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Chong Wei nyata menguasai gelanggang dengan tidak memberi ruang kepada Kenichi untuk merapatkan jurang sejak diawal perlawanan.
Pada set pertama, Chong Wei meninggalkan Kenichi 12-2 sebelum menamatkan saingan 21-6. Bagaimanpun Kenichi dilihat sedikit bangkit pada set kedua, namun ia tidak menjejaskan rentak bermutu Chong Wei.
Pada kedudukan 19-12, Kenichi tidak berputus asa dan berusaha keras mengasak, bagaimanapun Chong Wei yang bermain secara bersahaja menamatkan perlawanan 21-13.
"Saya gembira kerana berpeluang memenangi Terbuka Malaysia buat kali kelapan, dan diharapkan saya mampu mengulanginya lagi pada tahun depan.
"Mungkin kerana ramai penyokong yang berpihak kepada saya, Kenichi sedikit tertekan. Tetapi secara jujurnya, ia berjalan lancar bagi saya.
Menurut Kenichi dia sedikit kecewa dengan prestasinya kerana tidak dapat memberi saingan baik, tetapi dia berikrar akan kembali dengan lebih mantap.
"Saya tidak bermain semalam kerana Chen Jin menarik diri, jadi saya tidak dapat merasai keadaan stadium, lebih-lebih lagi berdepan Chong wei.
"Saya sudah jangkakan seluruh hadirin akan menyokongnya, jadi saya sudah bersedia dengan perkara itu," kata Kenichi.
Kenichi yang tewas kepada Chong Wei buat kali ke 11 berturut-turut, mengakui dia perlu melakukan sesuatu untuk memecah kebuntuan.
"Saya perlu mempertingkatkan prestasi saya, dan menjadi pemain baik seperti Chong Wei, Lin Dan atau Peter Gade," tambah Kenichi.
Chong Wei membawa pulang hadiah berupa wang tunai USD30,000 (RM94,000), manakala ditempat kedua (Kenichi) menerima hadiah wang tunai USD15,000 (RM47,000).
Hadiah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
No comments:
Post a Comment