Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Wednesday, January 25, 2012

Rindu yang sayu

Tidak dirasai oleh mereka yang bukan ayah. Tidak mungkin difahami oleh mereka yang tidak punya anak. Dan kuasa tarikan rindu dan kasih itu menyebabkan ramai yang kecundang dan ramai juga yang hilang arah.
Ia kecundang menghadapi tuntutan yang mengelilingi bahunya. Tatkala tangis dan tawa anak-anak memanggilnya agar sentoasa di sisinya, agar sentiasa menemani mereka. Lalu ia kecundang andai jiwa tidak sebati dengan aroma mengaysikkan jannah dan kilauan permata mahligai di Firdaus. Seharusnya tatkala jiwa insan lain leka dengan kemanisan dunia, fikiran ia sudah menerawang di ufuk arasy. Hanya dengan keasyikkan dan kesediaan memetik buah di laman syurga mampu membuatkan ia berdiri tegak tidak mudah kecundang.
Dan boleh jadi ia hilang arah dek kerna kasih sayang tidak terpandu. Apa sahaja bisa. Apa sahaja, bisa. Lalu ia sesat membawa anak-anak ke pintu syurga. Bertahun berkelana masih memutar di keliling kandang kudanya. Lalu ia berserah tanpa azzam dan usaha. Kerana ia hilang arah.
Dan itulah fitnah yamg menanti, buat yang masih menanti zuriat. Juga buat yang ghairah tak bertempat mengharap sebuah keluarga tanpa punya kunci buat pintu syurga.
Namun kasih dan sayang seorang ayah tetap menenggelamkan segala kerisauan dan kebuntuan, kerana Allah mencapakkan perasaan yang tdak punya penjelasan. Cukup sekadar ia sebuah perasaan.
Hebat bukan kepalang!


Laki-laki kena rajin,laki-laki,kena kerja keras,laki-laki jgn cepat putus asa,laki-laki kena kuat,

No comments:

Post a Comment