Bagi wa la kan,orang melayu nih kan sensitif sikit pasal seks ni.Dan kalo nak berjaya dalam bisnes pon seks mempunyai daya tarikan yang sgt kuat.Kopi jantan,tongkat ali,kopi janda,mahkota dewa,pacak langit bla bla bla adalah contoh produk yang tokei masing-masing dah kaya raya.Al-Arqam adalah sebuah pertubuhan yang islamik dan amat cerdik dalam bidang perniagaan.Dorang amik kesempatan dalam keadaan orang melayu yang amat teruja dengan seks ni.Satu permulaan yang berani.Dan dalam hati wa memang wa sokong Nabi Muhammad saw adalah tokoh seks.Tapi untuk diri sendiri tau dah la.Takyah promotekan bende tuh.Camne kalau anak-anak masing tanye nnti.Kan ke payah nak jawab seks tu ape..So,diri sendiri la pikir mane yang baik dan buruk.
Rasullullah saw adalah ikon bagi segala segi kehidupan.
MASHITAH MAHU KEMPEN SEKS CARA RASULLULLAH DIHENTIKAN SEGERA – mStar
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berharap kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" anjuran Kelab Taat Suami dihentikan segera kerana ia jelas menghina Nabi Muhammad SAW.Mashitah berkata, terdapat banyak aspek ketokohan lain yang terdapat dalam diri Rasulullah yang boleh diketengahkan berbanding melihat baginda sebagai seorang 'tokoh seks'.
"Kita melihat Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan ikutan yang baik. Banyak lagi aspek yang boleh diketengahkan tentang baginda iaitu sebagai tokoh keluarga, tokoh kepimpinan, panglima perang dan banyak lagi yang hebat-hebat.
"Tiba-tiba kenapa sudut ini (seks) yang menjadi fokus mereka?. Ini satu penghinaan dan kempen ini perlu dihentikan segera," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Mashitah berkata kempen selama 12 hari yang bermula pada Rabu itu juga dilihat sebagai menghina sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 5 Februari depan.
Tambahnya, istilah 'Tokoh Seks Suci Islam' adalah tidak wajar, malah tidak sesuai digunakan kerana ianya hanya mengundang reaksi negatif di kalangan masyarakat.
Menurut Mashitah, hubungan seksual suami isteri merupakan satu naluri yang diberikan secara semula jadi. Justeru ia tidak patut mempunyai ikon atau dipelajari secara khusus melalui tokoh tertentu.
No comments:
Post a Comment