Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*]. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: “Wahai “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.”Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; “Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.” Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: “Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?” Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: “Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah; “Tidak ayah.” Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: “Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”
Setelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.” Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:“Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.” Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.” Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari. Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:“Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau.”Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?.”Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: “Ya aku memang tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.” Berkata Jibril a.s.: “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Anas bin Malik r.a. berkata: “Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”

Pop Corn..

Berani lawan la mamat ni makan pop corn
Kingsize popcorn

Takut debat - Jangan jadi pemimpin.

Isteri Saya Larang Debat - Ahmad Maslan




Sama ada pengakuan terbaru ini benar atau tidak wallahuakhlam bissawab.....

dulu dia mengaku secara terbuka menengok video seks bersama bini dia...

kini mengaku pula yang beliau takut bini....

bini dia tak izinkan dirinya berdebat dengan sesiapa sebab kalau kalah malu satu keluarga...tengok video seks tak pe...

satu keluarga tak malu...satu keluarga rasa bangga sebab ada sepasang suami isteri giler gaban tengok video seks bersama...

saling tak tumpah perangai macam bosnya....

Inilah kualiti yang ada pada para pemimpin UMNO....bacul takut bini........


PSSSTTTT.....INGATKAN HEBAT....RUPA-RUPANYA TAKUT BINI...BUKAN SATU KELUARGA MALU....SATU UMNO MALU...KWAH KWAH KWAH

BUDAYA DEBAT BUDAYA BARAT, TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DINEGARA KITA...AHMAD MASLAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

UMNO secara rasminya mengistiharkan yang budaya berdebat ditolak secara total sebab ianya datang dari budaya barat...

ini berikutan penolakkan kali ketiga Hj Ah Jib Gor yang takut menikus dan bacul bila dipelawa berdebat secara "live" oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan keseluruh negara mengenai isu dan topik yang membabitkan kepentingan negara iaitu politik dan ekonomi....

membiarkan rakyat melihat sendiri serta membolehkan mereka berfikir dan menilai parti kelompok manakah yang lebih memberi faedah dan keuntungan kepada masa depan rakyat...

Bila budaya memberi ruang dan peluang rakyat berfikir dan menilai secara rasional maka itu amatlah digeruni oleh UMNO..

bila rakyat bebas berfikir dan menilai maka sudah pasti segala kepalsuan,kejijikkan dan penipuan yang selama ini disorok dan diselindungi akan terburai dan terungkai akhirnya....

maka dijadikan alasan kononnya negara kita negara berbilang kaum dan agama....

alasan picisan yang memualkan serta memalukan...

alasan yang menghina dan memperleceh serta memperlekehkan kebijaksanaan rakyat .....

walaupun negara kita sudah dikatakan mencapai kemerdekaan lebih 54 tahun....

alasan lapuk dan pupus tarikh serta politik purba dan primitif masih lagi didendangkan oleh UMNO bila berdepan dengan kemelut yang dia tidak mampu atasi...

jelas UMNO kini sudah dilihat sebagai sebuah parti politik yang sudah uzur dan lemah longlai...

parti politik yang sudah gersang dan kering kontang idea yang bernas yang menyakinkan....

lesu dalam sifat keberanian...lumpuh jati diri untuk dibanggakan...

dengan itu tidak menghairankan mengapa anak-anak muda lari bertempiaran dari dipalitkan diri mereka dengan UMNO..merasa malu untuk menyokong UMNO...

rasa amat terhina jika menjadi ahli UMNO.

Jika alasan poyo oleh Ketua Penerangan UMNO diambil pakai maka pertandingan debat tahunan antara varsiti merebut Piala Perdana Menteri hendaklah dimansuhkan serta merta...

kerana ianya budaya barat... budaya yang memudaratkan keharmonian negara kita... sebab warga varsiti terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama...

Apalah punya alasan bangang yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO ini...ish ish ish ish...

MASANYA SUDAH TIBA UNTUK UMNO MENJADI PARTI PEMBANGKANG DINEGARA KITA....JIKA TERUS MENTADBIR NEGARA MAKA RAKYAT AKAN TERUS DIBANGANGKAN.

JADILAH WARGA YANG CERDIK...TOLAK UMNO....TOLAK PARTI YANG MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT UNTUK BERFIKIR DAN MENILAI. 

http://paspb2.blogspot.com/2012/01/rupanya-bukan-brahim-ali-sahaja-takut.html

Monday, January 30, 2012

Teringat semua dalam kehidupan wa.

Wa saje listkan campur2...nanti wa sambung lagi nnti..

- Main gasing.Gasingwa  kaler harimau.Wa kaler ngan crayon.Jingga ngan hitam.

- Tingat rakan baik selalu angkut wa bawak gi masjid.Sekarang beliau dah pulang Rahmatullah.(Lobak)

- Datang masjid main zam-azam ala kazam guna sejadah.

- sekolah agama wa kena denda balik lewat sebab tak dapat cari hukum dalam Al-Quran.

- Main badminton kat bawah umah (umah wa flat).Blok 29 lawan Kampung Pinang.Kampung Pinang pun dah     takde dah sekarang.dah buat GIANT.Wa menang game tuh walau pun wa kena basuh pinggan dulu sebelom turun main.

- Wa ikut mak wa dari Kg Pasir ke Klinik kerajaan sebab nak enjek adik wa yang no.3 tuh (Alang).Jauh woo..Tapi time tu tak rese jauh pon.

- Wa pindah umah dari Pantai dalam pi umah flat.Wa naik lori pasir tuh.Memang best wa rase time tu.

- Wa dari Kampung pasir pindah kat Pantai Dalam and dari Pantai Dalam baru wa pindah umah Flat kat Tmn Seri Sentosa.

- Wa jengah dari atas tengok akak wa main batu selemban ngan member die.(Kak Midah)

- Akak wa kene bangun pagi-pagi sebab kene buang balik yang die conteng kat tangga.Siap kene kapurkan balik tuh kat tangga.Lawak-lawak.

- Wa gaduh ngan akak wa sebab die cakap tinggi suare ngan wa.Tapi kejap jer.

- Wa ikut bapak wa pi tempat keje die.Abah wa dulu buat dua keje.Keje kilang besi ngan keja DBKL.Keje tangkap nyamuk.Wa pun tak tau keje tuh camne.Tangkap pastu hantar kat mane wa pon tak tau.

- Wa kene belasah ngan mak wa sebab hilang kaler pensil yang baru beli semalamnye.Memang berbirat badan wa time tuh.Kalo wa putih memang lagi nampak laa sume2 tuh.Sampai nangis sampai takde suara.

- Wa main bola kat padang pasir sampai tangan wa patah.

-Wa nangis time wa pindah Sekolah Teknik sebab wa tingat kan awek yang wa suka walau pun die tak tau yang wa suke kat die.Bole lak camtu erkk hahaha...

- pertama kali wa amik kete WEX 4779.

- wa naik moto RXZ BEG5038 pi keje.

- kat umah sewa(student) wa sampai xde duit beli makanan.makan roti jer.

- Wa amik kete baru wa Gen2 WND7367.

- Cikgu Normah,cikgu sekolah tadika wa yang amik wa kat umah flat pegi sekolah tadika.

- kakak wa dapat sekolah teknik.Wa tumpang gembira.

- Wa tengok muke mak wa berseri2 sebab wa dapat markah 100.subjek ape wa dah lupe.

- wa kena rendam ngan abah wa sebab wa kuat nanges sgt.Anak wa dah mule ikut dah skrg.

- jiran wa kerul.

-keje kat panasonic/national kat kelana jaya.sekrang dah xde kilang tu dah.tggu result spm.

- member wa udeng,ijam,aie,adik sume2 la geng-geng kat teknik.

- Wa dpt pangkat 1 dlm spm.

- wa fly ngan kawan2 wa tuk pi kedai snoker.

- pertama kali wa isap rokok.SAMPOERNA hijau.

- kantoi ngan mak wa isap rokok.rokok wa tertinggal kat dalam poket seluar.MARLBORO 10.time tuh ade jual lagi 10 btg nye.

- Wa jumpe balik kawan sekolah wa.(Sya)

- Wa kapel ngan die.lawa pon lawa bagi wa la.hahahah..kejap jer.

- ari pertama wa keje sebagai seorang jurutera.kelakar2 jer time tuh.English wa pon haru biru.

- Mak wa masuk bilik wa tanye kat wa 'Angah hisap ganja erkk'.wa nak tergelak pon ade sbb wa tak layan bende2 tuh

- pertama kali wa masuk night club.Tapi setitik arak wa tak pernah minum beb.Lame2 member2 sume paham.
- member
 wa ajak wa pi club lagi sebab dorg tau dorang balik mabuk so suh wa bawak kete.Kalo tak memang tersadai tepi jalan.

- member wa (atan) muntah time balik dari club.hahahahah..start tu terus melekat uwweeekkk kat die hahahah..

- wa sanggup naik bas dari kl ke trengganu tuk jumpe bini wa sekarang nih.wa pegi ngan member wa.(Kemam)

- wa main kompang.wa satu group ngan akma AF tuh.

-Member wa Amin suh beli ikan cencaru kat pasar pagi umah wa tuk buat masak2.


- wa tingat time masuk silat gayung panca indera sembilan.ntah mane lagi lebih panca indera tuh wa tak tau.Wa masuk sebb wa boring hari sabtu xde ape nak buat.hahahahah..dpt laa tali pinggang kuning calit putih..

- mak wa datang lawat wa kat hostel bawak bihun goreng time wa form 3.separuh dari bekas tu wa habes kan hahahah..lebih tuh baru wa open ngan kawan2.

- wa tolong ayah wa sapu sampah kat parking depan sekolah wa.Perit beb time tuh.Tuhan jer yang tau..Mule2 wa malu pastu wa buat tak tau jer sebab wa dah pikir duit nih tuk wa sekolah gak.

- wa bangun pagi tolong mak wa sapu tangga ngan taman.

- abah wa sibuk packing baju2 adik sebab mak wa dah selamat lahirkan adik wa (alang).time tu wa xtau nape la abah wa sibuk2 nih.wa tengok jer..

- wa tergolek jatuh katil.wa bukak mata terus tengok abah wa tepuk adik wa takut adik terjage.

- wa buat kan lampin tuk adik wa(Alang) dan wa yang pakaikan.

- wa pujuk adik wa suh beli komik misteri naga.wa takde duit time tuh hahahahah..

- pertama kali wa siang ikan beb.siap selawat dan wa sendiri taruk kunyit ngan garam.pastu abah wa balik and makan ikan goreng yang wa goreng tuh..best sgt rase time tuh.

- wa main tipu time wa sapu tangga sebab wa nak tgk citer kartun.nak balik umah cepat hahahahha...

- wa minta kat mak wa duit sebab nak beli baju adidas.harge baju tuh 5 hengget jer taapi dah wa suke sgt.mak wa bagi duit.baju tuh kaler itam.

-buat ais krim malaysia tuk tampung duit belanja sekolah.

- wa anta kedai uncle,kedai cina ngan kedai abbas.

-selalu gaduh ngan kakak wa pasal nak anta aiskri tuh.wa suke makan tempeyek so kalo wa anta jer mesti wa cilok satu and wa bgtau kat mak wa amik 2posen.

- wa lari2 ngan adik wa (adik)

- wa main kat tepi pantai ngan adik wa.Tapi adik wa jatuh seb bek tak lemas.kat pantai mane wa tak ingat pon.

- kete ayah wa yang pertama.TOYOTA DX. WX 4096 kut.wa tak ingat tapi kete lame la.

- bapak wa kaler kete jadi teh susu.

-Tayar kete sangkut kat kg time nak masuk perkarangan umah kg wa kat taiping.memang kecoh beb time tuh.

- mak wa gaduh ngan bapak wa.pasal ape wa tak tau.tapi kat kg pasir dalam.

- orang yang selalu gigit wa sampai biru.wa ingat muke tapi lupe name.

- wa kene maki sebab parking kete tarik handbreak.

- pertama kali wa outstation keje.

- Main rounders.

- laki lawan pompuan.

- wa ni loklak sikit,selalu tinggal barang kat sekolah.So kene tibai ngan mak wa.

- gaduh ngan kakak.(kaklong wa)

- memula akhil baligh.kelakar wehhh.berdebar-debar jantung hahahaha

- time wa grad,sorang member pompuan bagi wa bunga besar.Tapi just kawan biase jer.Benaran nihh...

- Wa kena belasah cukup2 berbirat satu badan sebab wa hilangkan barang kat sekolah...

Paksa "rasuah" polis?!!!

Bende ni banyak terjadi beb..Lu tak ikut dah dia jadi boss.Lu ikut lu salah..Lu xikut lu kena buang kerja.So sape nak bagi anak bini makan nnti..So lu terjerat sekrang..Mulai sekarang wa syorkan lu cakap benar jer semua.Kasi buka habis2 sebab bile dah cakap benar nih lu akan dapati hati lu jadi tenang.Percaya pada rezeki yang Allah berikan.

Shamsubahrin: Ketua NFC paksa saya 'rasuah' polis
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."
Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya.

Mengejutkan!! 50% Ahli DAP Adalah Melayu

Wooo..wa ingat DAP nih golongan cina jer..Salah tanggapan wa selama nih..


Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) danUMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.

“Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza,” ujarnya.

Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.


DAP tidak macam UMNO. Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja,” katanya.

Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.

"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.

“Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokongBN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong. 

Ape kes????

Bab ni bagi wa salah laki sebab rotan isteri tu jer tapi lu tgk plak citer kat bawah ni:
Isteri contoh: 7. Siti Muti'ah Radhiyallahu 'Anha
Namanya jarang dikenali oleh sebahagian daripada kita. Tetapi, Rasulullah SAW menyarankan Saidatina Fatimah Radhiyallahu 'Anha untuk bertemu dengannya disebabkan kemuliaannya yang memuliakan suaminya. Beliaulah pelayan kepada suaminya. Mulianya serikandi Islam ini sehingga beliau menyediakan rotan kepada suaminya, agar suaminya memukulnya sekiranya beliau memberikan layanan buruk kepada suaminya.
hahahahha...Wa dah pening salah ker tak Ahmad ni??Lu bukan nabi pon...


Ayat 34 dari surah an-Nisaa   “Lelaki adalah pelindung kepada wanita (qawamuna sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka memberi belanja dari hartanya). Wanita yang baik (qanitat) menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan dari tempat tidur dan pukullah (daraba). Kemudan jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.”

Kes Rumahtangga 1
Ahmad tinggal dipinggir ibu kota dan bekerja sebagai makan gaji.Tidak pernah sekali pun dia culas terhadap tanggungjawabnya terhadap keluarga kecilnya yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang kecil dan seorang isteri.Beliau masih lagi mengambil berat tentang isteri dan anak-anaknya.Masalah yang berat di alami oleh cik ahamad ini ialah perhubungan dengan isteri adalah tidak normal seperti pasangan yang lain.Masalah komunikasi adalah amat-amat di tahap kritikal selain dari ketidak sefahaman sejak dari mula perkahwinan hingga la sekarang ini.Dah banyak cara dilakukanya dari bercakap secara lembut,bercakap secara keras,minta pertolongan ibu mertua untuk menasihati dia dan meminta pertolongan dari ibu bapa Ahmad sendiri.

Tapi semuanya tidak menjadi.Seperti melepaskan air di daun keladi.Isterinya sering sahaja cakap secara kasar,tinggi suara dan kerapkali memerli diri Ahmad dengan perkataan yang amat sinis.Dan baru-baru ini Ahmad telah berfikir jika berlaku lagi sekali apa yang akan dilakukannya.Ahmad mengambil keputusan untuk rotan untuk memberi isteri beliau pengajaran.Dan peristiwa itu telah pun berlaku selang 3 hari kemudian.Bagi Ahmad tindakannya merotan isteri beliau tidak salah atas niat untuk mendidik.Hanya calar dan lebam di kaki dan tangan bekas di rotan itu.

Niat Ahmad hanya untuk memberi pengajaran kepada isteri beliau supaya jangan derhaka atau bercakap kasar,kurang ajar terhadap suami.Selang sehari lepas kejadian isteri Ahmad telah pun membuat laporan terhadap polis dengan mangatakan Ahmad melakukan keganasan terhadap diri nya.Ahmad jadi bingung terhadap perbuatan nya.Salah ker tidak tindakannya??

Sunday, January 29, 2012

Ni style ape lak ni???

Mane awek2 yang sikit2 asyik nak nanges je tuh leh laa wat camni..Bukan ape,senang sikit nak lap air mata ngan hingus yang meleleh tu..

Anwar Ibrahim sokong Israel??!!!

Adehhh..DSAI,lu lain kali tak yah nak bermadah pujangga laa.Lu cakap kasi jelas dan terang sudah.Lu cakap siap macam madah pujangga memang la dorang takkan paham.Lagi satu guna lah bahasa yang rakyat marhein nih sume paham habes cerita.Wa penat gak nak paham kan maksud ayat lu tu.Ape pon wa memang tau lu tak sokong nye Israel tu..

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL
DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
ANWAR IBRAHIM