Seperti telah menjadi satu badi pula buat artis kita mengenai isu kahwin cerai. Terbaru, pelakon Liza Abdullah pula dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli setelah 26 tahun hidup bersama.
Menurut mStar Online, pelakon senior itu hadir ke mahkamah Rabu lalu ditemani peguamnya bagi memfailkan permohonan cerai.
Liza dikatakan turut mengemukakan saman di mahkamah bagi memastikan suaminya yang kini berada di Johor Bahru hadir untuk sebutan kali pertama kes berkenaan 5 Februari depan.
Jika diimbas kembali, pelakon yang sering membawa watak antagonis dalam setiap lakonannya ini pernah menepis khabar angin mengatakan kononnya dia sedang menghadapi pergolakan rumah tangga dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Saya tak mahu kongsi dengan orang perkara-perkara yang tak baik. Orang mungkin lihat saya suka ketawa dan happy go lucky, tapi saya juga macam manusia normal lain. Rumahtangga mana yang tak ada pasang surutnya? Saya pasti ramai pasangan lain juga melalui perkara yang serupa.Bagi saya, ini adalah antara proses mencari kehidupan sebenar. Apa-apa pun, rasanya setakat itu saja yang dapat saya kongsikan sebab saya tak mahu orang bercakap-cakap tentang hal ini.” – dipetik dari Utusan Online.
Setelah puas menafikan, akhirnya kini Liza tersungkur dan terpaksa mengiyakan khabar angin yang pernah melandanya suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment