Tidur dalam keadaan lampu menyala akan buat kita rasa lebih selamat dan selesa sebabnya kegelapan akan buat kita rasa gerun dan takut. Ini adalah tanggapan umum kebanyakan orang.
Tetapi mengikut satu kajian ada risiko tersendiri untuk amalan ini.
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuan mengatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser.
Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNAdan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan menggalakkan pertumbuhannya.
Prof Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan, "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melotin menurun.
No comments:
Post a Comment