Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Thursday, January 30, 2014

Petua Imam Syafie Untuk Lelaki

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI



Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
“Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Wednesday, January 29, 2014

Selebriti Hollywood Yang Tidak Memakai 8r4 Ketika Di Tempat Umum (14 Gambar)

Pemandangan ini mungkin kelihatan sangat unik dan membangkitkan fikiran "X" pada lelaki yang melihatnya. Sengaja tidak mengenakan Bra, mungkin itulah yang mereka lakukan untuk menonjolkan sensualiti dada mereka.

Para selebriti ini memang sengaja menonjolkan dua "knop" di tengah longgokan di dadanya.

Saturday, January 25, 2014

5 Negara Terkuat Di Dunia Dalam Bidang Petahanan


5 Negara Terkuat Di Dunia Dalam Bidang Petahanan. Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Pertahanan merupakan tunggak kekuatan sesebuah negara bagi menjamin keselamatan dan keharmoian sesebuah negara. Namun pernahkah kita tahu negara manakah yang mempunyai pertahanan terkuat di dunia?
Negara-negara kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang. Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini.

Perempuan simpanan tauke dadah

Perempuan simpanan tauke dadah
DUNGUN - Bukan sahaja disisihkan masyarakat kerana terlibat najis dadah, malah lebih malang lagi apabila terpaksa menjadi perempuan simpanan tauke dadah bagi membolehkan dia mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Pengalaman hitam itu dikongsi janda muda tiga anak, Ina (bukan nama sebenar), 23, yang ditahan polis di rumahnya dekat Paka, pagi kelmarin, kerana disyaki memiliki dadah.

Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui

Ikan Unik 100 Peratus Tubuh Badannya Lutsinar di Temui

Dunia selalu penuh kejutan , termasuk kekayaan ikannya di lautan . Baru – baru ini ada pemancing dikejutkan mencari ikan yang seluruh tubuhnya bagaikan plastik
Ikan unik itu mempunyai nama Salpa Maggiore dan memang sangat jarang dijumpai . Pemancing berasal dari New Zealand yang menangkapnya sedang berenang di permukaan laut . Saat itu Stewart Fraser sedang memancing dengan anaknya di 43 km sebelah utara Pulau Utara Karikari Peninsula dan mengiranya sebagai udang .

Friday, January 24, 2014

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas, Biodata Ustaz Azhar Idrus, Latar Belakang UAI, Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah Terkenal Malaysia, Gambar Muda UAI
Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Thursday, January 23, 2014

Penemuan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok | MISTERI YANG TERUNGKAI

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.


Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.


Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Wednesday, January 22, 2014

Rogol kekasih bawah umur


  • Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah 
  • Rogol kekasih bawah umur
  • untuk ditahan di penjara jika gagal jelas wang jaminan.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol kekasihnya, tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Johari Razmi, 25, turut dikenakan dua sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Gambar Kehidupan Manusia Bawah Tanah Di Mongolia

Ulan Bator adalah ibu kota sekaligus bandar terbesar di Mongolia, dan penduduk pada tahun 2008 adalah lebih daripada 1 juta jiwa ..

Di Ulan bator, ketika salji sedang turun dan saat itu sangat sejuk, suhu menunjukkan (-) tolak 25 darjah celcius. Bagi orang miskin tanpa rumah yang tidak tahu harus pulang kemana, musim salji ini adalah musim yang sangat sukar, dan tidak ada pilihan bagi mereka selain masuk ke dalam tanah dan mendekati pada paip pemanas untuk memanaskan diri. Ketika hari semakin gelap, seperti semut, mereka masuk ke dalam tanah, dan tinggal disana. Inilah mereka ..

Tuesday, January 21, 2014

Doa supaya di,mudahkan supaya mendapat pekerjaan yang baik

Kepada anda yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai, anda boleh buat amalan ini setelah selesai solat fardu. Caranya ialah dengan beristighfar sebanyak 100 kali, kemudian berselawat ke atas Nabi 100 kali dan kemudian baca Surah al-Waqiah sebanyak sekali. Akhir sekali, baca doa Nabi Musa ini. Insya-Allah, anda akan ditunjukkan jalan kepada pekerjaan yang sesuai dengan anda.


Monday, January 20, 2014

CARA MENSUCIKAN DIRI SETELAH MELAKUKAN ZINA


Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di dalam masjid bersama para sahabat. Tiba-tiba datanglah seorang wanita yang kemudian masuk ke dalam masjid. Dengan ketakutan, wanita tersebut mengaku kepada Rasulullah bahwa dia telah berzina. Mendengar hal itu, memerahlah wajah Rasulullah SAW seperti hampir meneteskan darah. Kemudian beliau bersabda kepadanya, Pergilah, hingga engkau melahirkan anakmu.

Sembilan bulan berlalu, wanita itu akhirnya melahirkan. Dihari pertama nifasnya, dia datang kembali membawa anaknya, dan berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina
Rasulullah melihat kepada anak wanita tersebut, dan bersabda: Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyusuinya, kembalilah kepadaku.

Dengan sedih, wanita itu akhirnya kembali lagi kerumahnya.

Jururawat Curi Seluar Dalam

Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Top 10 Selebriti China Dengan Buah Dada Tercantik

Dunia entertainment antarabangsa tidak hanya diisi oleh artis-artis dari negara barat saja, namun juga para selebriti dari negara belahan bahagian timur. Nah, di antara artis-artis Cina tersebut, ada beberapa nama yang tergolong sangat menarik perhatian kerana dianggap mempunyai bentuk payudara yang indah dengan saiz yang cukup besar. Nah, kira-kira, siapa sajakah pelakon Mandarin yang mempunyai saiz payudara besar dan memukau? Dalam artikel ini, saya ingin membincangkan beberapa selebriti negeri Tirai Bambu yang masuk ke dalam kategori ini. Mari kita simak dibawah ini:

10. Bella Chen



Doa Untuk Anak-Anak Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina

Doa agar dapat menghilangkan nafsu anak-anak untuk berzina ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membersihkan hati anak-anak daripada terjerumus ke perbuatan zina atau seks bebas. Keinginan seks boleh jadi sesuatu yang sukar untuk dikawal, oleh itu, doa untuk menghapuskan niat untuk berzina ini boleh diamalkan oleh ibu bapa dengan cara-cara yang dijelaskan seperti berikut:

Doa Untuk Anak-Anak Agar Hilang Keinginan Untuk Berzina

Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.
Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. In Shaa Allah.

Tolak adegan panas



NAMANYA mungkin masih belum cukup dikenali dalam kalangan peminat di Malaysia. Namun di negara kelahirannya, Indonesia, pelakon Tyas Mirasih pernah menjadi sebutan ramai gara-gara keberaniannya beraksi dalam adegan panas.
Bagi yang pernah menonton filem lakonannya seperti Air Terjun Pengantin dan Hantu Budeg, pasti dapat melihat aksi beraninya berbikini dan memakai pakaian dalam serta beraksi ranjang.
Menerusi satu sesi fotografi yang diaturkan bersama Kosmo! dalam rangka promosi filem terbaharunya, Laga minggu lalu, pemilik nama sebenar, Mirasih Tyas Endah itu lantas ditanya mengenai perkara tersebut.

Sunday, January 19, 2014

Tengok Nii..Suami "Syaitan" Buat Isteri Macam Filem "Lucah"..

sumber: kat sini


KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa menderita akibat tindakan melampau suami sendiri yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain yang sengaja dibawa ke rumah, dipercayai semata-mata untuk memuaskan nafsu gila lelaki itu, sejak empat tahun lalu.

Malah, ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia 30 tahun itu terpaksa menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada suaminya atau tetamu tidak diundang terbabit.
Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit mengarahkan isterinya melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya sambil diperhatikannya.

Kesan Makan 'MEE SEGERA' Pada Kesihatan

sumber: www.queachmad.com

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit.

Dialog Iblis Laknatullah Dengan Rasulullah S.A.W.

sumber: ruzanah.blogspot.com

Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. 

Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai 
peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Awas Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg | ARAK ALAF BARU YANG TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

sumber: www.queachmad.com/

Baru-baru ni kecoh di ruangan Facebook tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia.


Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain.

Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa.

Saturday, January 18, 2014

Biar Benar? Lelaki Terkejut Diberitahu Doktor Dia Adalah Wanita


sumber: fuh.my
biar benar
HONG KONG – Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.
Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.

Friday, January 17, 2014

Replika Piramid di China

sumber: kosmo


GAMBAR yang dirakamkan pada 31 Disember lalu menunjukkan replika piramid yang dimiliki Yue di Changsa.


CHANGSHA - Seorang jutawan dari China, Zhang Yue yang membina sebuah replika piramid dan istana Versailles bertekad untuk membina sebuah bangunan tertinggi di dunia dalam tempoh enam bulan.
Replika istana itu hampir sama dengan Istana Versailles di Versailles, Perancis.
Ahli peniagaan berusia 53 tahun itu merancang membina menara yang dikenali sebagai Sky City yang 10 meter lebih tinggi dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai yang mempunyai ketinggian 829.8 meter.
Bangunan Burj Khalifa mengambil masa selama lima tahun untuk dibina.
Beliau yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$180 juta (RM593 juta) merancang membina bangunan berkenaan pada Jun ini dan dijangka siap pada Disember depan.
Syarikat beliau, Broad Sustainable Building sebelum ini berjaya membina sebuah hotel setinggi 30 tingkat di Changsha dalam tempoh 15 hari.
Bagaimanapun, rancangan beliau untuk membina bangunan tertinggi dunia dalam tempoh enam bulan itu mendapat halangan pihak berkuasa yang bimbang dengan faktor keselamatan bangunan berkenaan.
Pembinaan bangunan itu secara rasminya akan bermula pada tahun lalu tetapi terpaksa dihentikan atas arahan pihak berkuasa di bandar itu kerana masalah untuk mendapatkan permit. - Agensi

Keangkuhan Si Penyembelih Beirut

sumber: kosmo





"KESAKITAN ini tiada penghujungnya. Mustahil untuk disembuhkan."
Ungkapan di atas pernah terluah dari bibir bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon ketika menerima berita kematian anak lelaki sulungnya, Gur, 11, yang terbunuh secara tidak sengaja oleh rakannya akibat bermain selaras senapang patah.
Perkara ini dicatatkan di dalam buku bertajuk Warrior: Autobiography of Ariel Sharon yang ditulis Sharon bersama David Chanoff pada tahun 2001.
Insiden itu berlaku pada 4 Oktober 1967, lima tahun selepas isteri pertama Sharon, Margalit yang juga merupakan ibu kandung Gur meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di lebuh raya Baitulmuqaddis-Tel Aviv.
Lebih dramatik, Gur menghembuskan nafas terakhir dan terkulai di pangkuan Sharon dalam perjalanan dibawa ke hospital.
Justeru, kata-kata tersebut jelas menggambarkan kesedihan yang dialami Sharon sebagai manusia biasa berdepan situasi kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.
Namun, berbeza pula dengan kerakusan dan keghairahannya merenggut nyawa ribuan rakyat Palestin tanpa mengira usia mahupun jantina. Lelaki yang digelar Penyembelih Beirut itu ternyata langsung tidak mempunyai perasaan ketika melakukan dosa-dosa tersebut dalam usaha meluaskan kuasa Israel di bumi al-Quds.

ALHA BOURJE tidak dapat menahan kesedihan sambil menunjukkan gambar ahli keluarganya yang menjadi mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila.


Bangkai bernyawa
Ratapan anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa atau tangisan para ibu yang melihat anak mereka syahid di depan mata tidak sedikit pun menggetarkan hati Sharon yang sudah diselaputi kegelapan dan hilang sinar kemanusiaan.
Matlamatnya hanya satu untuk terus meluaskan kuasa Zionis dan menghapuskan rakyat Palestin yang dianggap seperti haiwan dan boleh disembelih sesuka hati.
Namun, Sharon yang turut digelar 'musuh keamanan' oleh Pengarah Eksekutif The Jerusalem Fund dan The Palestine Center, Yousef Munayyer ternoktah jua pada 11 Januari lalu.
Selepas lebih setengah abad mempamerkan taringnya daripada peringkat bawahan sehingga menjadi antara pemimpin utama rejim Israel, Sharon akhirnya menemui ajal selepas bertarung nyawa dalam keadaan koma.
Selama lapan tahun, dia hidup sebagai 'bangkai bernyawa' yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Menurut Munayyer, budaya bertindak sewenang-wenangnya begitu berakar dalam kehidupan Sharon yang telah melibatkan diri dalam mesin perang Israel seawal tahun 1948.
Tambah beliau, Sharon yang dikenali dengan sikap biadap dan penyembelih di medan perang, langsung tidak menghiraukan nyawa rakyat yang tidak berdosa lantas sewenang-wenangnya membunuh mereka.
"Dari semasa ke semasa, Sharon telah meninggalkan parut berdarah yang terlalu besar dalam sejarah Palestin. Peristiwa di Qibya, sebuah perkampungan penduduk Palestin di Tebing Barat yang terletak berhampiran Garisan Hijau pada tahun 1953 adalah antara dosa terawal dilakukan Sharon.
"Serangan tentera Israel dari Unit 101 yang diketuai Sharon menyaksikan berpuluh-puluh rumah dimusnahkan ketika penghuninya masih berada di dalamnya.

SHARON (berdiri dua dari kiri) bergambar bersama komander militan Israel yang dirakam pada tahun 1955.


"Akibat serangan bertubi-tubi tanpa belas kasihan itu, seramai 69 rakyat Palestin terbunuh. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," terang Munayyer dalam artikelnya yang bertajuk Ariel Sharon: Enemy of Peace yang disiarkan oleh laman web www.aljazeera.com pada 11 Januari lalu.
Sebagai Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Sharon telah mengarahkan tentera Zionis bersama Unit Militia Phalangist Lebanon membunuh orang awam dan pelarian Palestin di kem pelarian di Sabra dan Shatila.
Pencerobohan selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 September itu meninggalkan trauma yang amat mendalam bagi mereka yang terlibat.
Dianggarkan lebih 2,000 rakyat Palestin dan 100 penduduk Lebanon terbunuh dalam peristiwa menyayat hati itu. Mereka dibunuh dengan kapak, disembelih leher dan ditembak membabi buta oleh tentera Sharon. Malah, kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Bagi Abu Jamal, insiden berdarah itu masih segar dalam ingatannya dan tidak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat. Dia masih ingat saat militia Lebanon mengejutkan mereka sekeluarga daripada tidur pada awal pagi lebih tiga dekad lalu.
Mangsa pembunuhan
Kemudian, mereka semua diheret ke jalanan. Tentera bersenjata memaksa Abu Jamal dan ramai pelarian Palestin di kem Sabra dan Shatila untuk berbaris serta memisahkan antara lelaki dan wanita.
Para pemuda pula ditarik keluar dari barisan lantas dibunuh begitu sahaja. Anak lelaki Abu Jamal yang berusia 19 tahun ketika itu merupakan antara mangsa dalam tragedi berkenaan.
"Dia berada di tahun akhir pengajiannya. Dia tidak pernah berpeluang melihat diploma yang diusahakan selama ini," ujar Abu Jamal yang memakai lencana tertera gambar anaknya yang dipinkan di baju panas miliknya.

RAKYAT Palestin meraikan kematian Sharon sambil memberi manisan kepada rakan-rakan dan penduduk tempatan.


Dalam pada itu, Milany Boutrous Alha Bourje, 70, yang baru pulang dari melawat tugu peringatan menempatkan kubur besar mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila mengakui, masih terbayang-bayang saat suami dan anaknya ditembak mati pada hari tersebut.
Kata Bourje, Sharon sepatutnya mendapat balasan lebih teruk daripada apa yang dilalui sebelum kematiannya.
"Semoga Tuhan menghantarnya jauh ke dalam perut bumi. Saya berdoa dia merasai penderitaan seperti yang kami alami," tegas Bourje sambil menunjukkan gambar hitam putih ahli keluarganya yang terkorban.
Bourje merupakan individu yang terpapar dalam satu gambar ikonik pembunuhan besar-besaran tahun 1982 sambil menangis dan melambaikan tangannya berhampiran deretan jenazah yang terbunuh.
Ungkap wanita itu lagi, tidak ada apa yang optimis mengenai masa depan dengan kematian Sharon ini.
"Tidak ada yang berubah. Situasi dalam kehidupan yang kami lalui langsung tidak berubah," tuturnya.
Perdana Menteri ke-11 rejim Israel itu diserang angin ahmar pada Januari 2006 hingga menyebabkan beliau koma ketika karier politiknya memuncak.
Sharon dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Lily di kawasan ladang Sycamore miliknya yang terletak berhampiran bandar Sderot, Israel.

Thursday, January 16, 2014

Disaman ambil gambar bogel

sumber: hmetro.com.my
New York: Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.
Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter. 
Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu. 

Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.

“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.

“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya. 

Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman. 

Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga. 

Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga. 

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu. 

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong. 

Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.

KEBURUKAN TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA

sumber : google

Tidur dalam keadaan lampu menyala akan buat kita rasa lebih selamat dan selesa sebabnya kegelapan akan buat kita rasa gerun dan takut. Ini adalah tanggapan umum kebanyakan orang.
Tetapi mengikut satu kajian ada risiko tersendiri untuk amalan ini.
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuan mengatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser.
4-Keburukan-tidur-dalam-keadaan-lampu-menyala-1Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNAdan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan menggalakkan pertumbuhannya.
Prof Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan, "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melotin menurun.

Wednesday, January 15, 2014

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

sumber: www.kedahlanie.info

http://freeislamiccalligraphy.com/wp-content/uploads/2013/05/Muhammad-2-940x1005.jpg
Buatlah pilihan yang mana satu dari 100 nie jika hendak buat semua pun tak ada halangan dipersilakan...
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..

Cacing Tanah Terbesar Di Dunia

sumber: wowkeren.com

Ketika melihat binatang ini mungkin akan berfikir ia adalah ular , namun bukan . Dengan bentuk panjang seperti ular dewasa sebenarnya ia adalah cacing tanah . Ya , cacing tanah ini merupakan yang terbesar .

Spesies tersebut dinamakan Giant Gippsland yang ditemui di Gippsland , Australia . Jenis itu sudah diakui sebagai spesies cacing tanah terbesar di dunia . Jika direntangkan maka panjangnya boleh mencapai 2 meter walau biasanya " hanya " 77 cm dengan ketebalan 2,54 cm .

Meski ukurannya besar namun cacing ini sukar untuk ditemui kerana lebih banyak hidup di dalam tanah . Tanah dengan kandungan air banyak memudahkan mereka bernafas sehingga mereka hidup di lapisan 3-5 kaki dari permukaan . Biasanya mereka muncul di permukaan ketika hujan lebat atau dijumpai di runtuhan tanah .


Giant Gippsland mempunyai struktur tubuh yang lembut sehingga sedikit tekanan boleh membunuhnya . Namun jika anda berjalan di atas habitat maka mereka akan mengeluarkan bunyi - bunyian cukup keras untuk didengar .

Telur Giant Gippsland cukup besar dan perlu waktu setahun untuk menetas . Ketika menetas sudah saiz 15 cm dan mencapai saiz maksimum selepas 5 tahun .  Cacing ini kemungkinan usia hidupnya 20 tahun .

Saat ini kewujudan Giant Gippsland semakin jarang kerana berkurangnya habitat dan rendahnya kadar pembiakan . Badan Pemuliharaan Antarabangsa telah memasukkannya ke dalam Red List atau hampir pupus sehingga wajib dilindungi .

Tuesday, January 14, 2014

AC Mizal bayar nafkah RM1,400

sumber: kosmo

KAJANG – Bekas model dan pengacara, Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.
Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuat kuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.
Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie Azmi Rais, manakala AC Mizal, 44, gagal hadir dan peguam syarie Aishah Din memaklumkan anak guamnya sedang menjalani penggambaran sehingga Februari.

Monday, January 13, 2014

Pelakon Liza Abdullah Fail Cerai

sumber: ohbulan.com

Pelakon Liza Abdullah Fail Cerai
Seperti telah menjadi satu badi pula buat artis kita mengenai isu kahwin cerai. Terbaru, pelakon Liza Abdullah pula dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli  setelah 26 tahun hidup bersama.
Menurut mStar Online, pelakon senior itu hadir ke mahkamah Rabu lalu ditemani peguamnya bagi memfailkan permohonan cerai.
Liza dikatakan turut mengemukakan saman di mahkamah bagi memastikan suaminya yang kini berada di Johor Bahru hadir untuk sebutan kali pertama kes berkenaan 5 Februari depan.
Jika diimbas kembali, pelakon yang sering membawa watak antagonis dalam setiap lakonannya ini pernah menepis khabar angin mengatakan kononnya dia sedang menghadapi pergolakan rumah tangga dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Saya tak mahu kongsi dengan orang perkara-perkara yang tak baik. Orang mungkin lihat saya suka ketawa dan happy go lucky, tapi saya juga macam manusia normal lain. Rumahtangga mana yang tak ada pasang surutnya? Saya pasti ramai pasangan lain juga melalui perkara yang serupa.
Bagi saya, ini adalah antara proses mencari kehidupan sebenar. Apa-apa pun, rasanya setakat itu saja yang dapat saya kongsikan sebab saya tak mahu orang bercakap-cakap tentang hal ini.” – dipetik dari Utusan Online.
Setelah puas menafikan, akhirnya kini Liza tersungkur dan terpaksa mengiyakan khabar angin yang pernah melandanya suatu ketika dahulu.