Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Saturday, June 15, 2013

Mawi makin suram

sumber: HM

Mawi bersama isteri tercinta Ekin.

“Saya akui kurang popular berbanding dulu,” kata Mawi mengenai tahap popularitinya sekarang.
Biarpun sinaran bintang yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia ini semakin malap dan tidak segah dulu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 32, dalam diam-diam sibuk dengan kerja-kerja penerbitan di bawah syarikat miliknya MW Entertainment Sdn Bhd sebagai persediaan masa hadapannya. 
MW Entertainment bakal menerbitkan rancangan berbentuk kerohanian untuk kanak-kanak yang akan ditayangkan di saluran Astro Ceria Ramadan ini. 

“Program berkenaan mengisahkan mengenai Rasul Ulul Azmi berbentuk cerita khusus untuk kanak-kanak. Saya yakin dengan kerja-kerja penerbitan ini dan mampu memberi kelangsungan hidup saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak, baru-baru ini.

Selain itu, Mawi yang pernah muncul dengan album berkonsep kerohanian turut ditanya sama ada akan terus beralih arah kepada irama nasyid atau sebaliknya. Ini kerana dua album berkonsep sedemikian sebelum ini iaitu Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu dan Allah Habeebi mendapat sambutan baik.

“Buat masa ini saya belum terfikir untuk mengubah haluan muzik. Dalam masa yang sama, saya akan muncul dengan lagu-lagu pop ataupun balada. 

“Saya masih akan terus menyanyi selagi ada permintaan kerana tanpa peminat yang memberi sokongan padu sehingga hari ini , mungkin saya tiada dalam industri seni,” katanya yang baru muncul dengan single terbaru Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad. 

Dalam pada itu, Mawi turut menjadi pengeluar produk kesihatan dan kecantikan jenama Unequein yang dipasarkan sejak Januari lalu. 

Katanya, ia adalah cetusan idea isteri tercinta, Nora Asyikin Rahmat, 34, atau Ekin, kira-kira dua tahun lalu dan produk halal berasaskan herba ini bukan hanya dibangunkan untuk pasaran antarabangsa, malah mereka memasang impian menubuhkan rangkaian farmasi. 

“Ramuan berasaskan bahan semula jadi pilihan alSunnah termasuk multijus, kolagen dan penjagaan kulit. Semua produk ini dihasilkan di kilang sendiri di Kulim, Kedah demi memastikan kesucian dan piawaian pada tahap terbaik. Sasaran kami selepas ini ialah pasaran global dan membuka rangkaian farmasi,” katanya. 

Menurut Mawi, Ekin yang minat berniaga mencadangkan mereka menambah cabang perniagaan melalui penghasilan barangan kesihatan. Mereka kemudian bertemu dengan pakar produk, Rusely Ahmad dan selepas melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), terhasillah Unequein. 

Dalam tempoh empat bulan, sebanyak 38 stokis Unequein dilantik di seluruh negara. Pasaran produk ini juga sudah menembusi Singapura dan United Kingdom (UK) malah bakal dieksport ke Brunei dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment