Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Saturday, June 15, 2013

Aku nak terajang gak minah nih!!!


Bangang!!!!!

Mawi makin suram

sumber: HM

Mawi bersama isteri tercinta Ekin.

“Saya akui kurang popular berbanding dulu,” kata Mawi mengenai tahap popularitinya sekarang.
Biarpun sinaran bintang yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia ini semakin malap dan tidak segah dulu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 32, dalam diam-diam sibuk dengan kerja-kerja penerbitan di bawah syarikat miliknya MW Entertainment Sdn Bhd sebagai persediaan masa hadapannya. 
MW Entertainment bakal menerbitkan rancangan berbentuk kerohanian untuk kanak-kanak yang akan ditayangkan di saluran Astro Ceria Ramadan ini. 

“Program berkenaan mengisahkan mengenai Rasul Ulul Azmi berbentuk cerita khusus untuk kanak-kanak. Saya yakin dengan kerja-kerja penerbitan ini dan mampu memberi kelangsungan hidup saya,” katanya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak, baru-baru ini.

Selain itu, Mawi yang pernah muncul dengan album berkonsep kerohanian turut ditanya sama ada akan terus beralih arah kepada irama nasyid atau sebaliknya. Ini kerana dua album berkonsep sedemikian sebelum ini iaitu Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu dan Allah Habeebi mendapat sambutan baik.

“Buat masa ini saya belum terfikir untuk mengubah haluan muzik. Dalam masa yang sama, saya akan muncul dengan lagu-lagu pop ataupun balada. 

“Saya masih akan terus menyanyi selagi ada permintaan kerana tanpa peminat yang memberi sokongan padu sehingga hari ini , mungkin saya tiada dalam industri seni,” katanya yang baru muncul dengan single terbaru Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad. 

Dalam pada itu, Mawi turut menjadi pengeluar produk kesihatan dan kecantikan jenama Unequein yang dipasarkan sejak Januari lalu. 

Katanya, ia adalah cetusan idea isteri tercinta, Nora Asyikin Rahmat, 34, atau Ekin, kira-kira dua tahun lalu dan produk halal berasaskan herba ini bukan hanya dibangunkan untuk pasaran antarabangsa, malah mereka memasang impian menubuhkan rangkaian farmasi. 

“Ramuan berasaskan bahan semula jadi pilihan alSunnah termasuk multijus, kolagen dan penjagaan kulit. Semua produk ini dihasilkan di kilang sendiri di Kulim, Kedah demi memastikan kesucian dan piawaian pada tahap terbaik. Sasaran kami selepas ini ialah pasaran global dan membuka rangkaian farmasi,” katanya. 

Menurut Mawi, Ekin yang minat berniaga mencadangkan mereka menambah cabang perniagaan melalui penghasilan barangan kesihatan. Mereka kemudian bertemu dengan pakar produk, Rusely Ahmad dan selepas melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), terhasillah Unequein. 

Dalam tempoh empat bulan, sebanyak 38 stokis Unequein dilantik di seluruh negara. Pasaran produk ini juga sudah menembusi Singapura dan United Kingdom (UK) malah bakal dieksport ke Brunei dan Indonesia.

Monday, June 10, 2013

Lelaki Luah Rasa Hati tentang Isteri Curang dalam Blog

sumber: HM

[HM] Singapura: Akhbar harian utama berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama suami orang dan saling bertukar mesej pesanan ringkas (SMS) yang erotik setiap malam. Kecurangan itu diketahui selepas dia meletakkan alat pengintipan tersembunyi dalam telefon bimbit isterinya.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina republik ini, Lianhe Zaobao, lelaki itu turut mendapat tahu dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan mereka berusia dua tahun.

Dalam beberapa siri tulisan di blog miliknya, “Saya mahu balas dendam,” lelaki terbabit menulis bahawa isterinya mengkritik prestasi seksualnya dan bagaimana dia menikmati seks bersama kekasihnya dalam perbualan SMS mereka.

Tidak mahu menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa, lelaki itu memutuskan mendiamkan diri dan meluahkan perasaan serta kemarahannya dengan menulis di blog. 

Dalam tulisan tiga hari lalu, dia berkata, isterinya berterus terang dengan suaminya dan meminta maaf.

Lelaki itu sudah meninggalkan kediaman mereka dan memutuskan memfailkan perceraian. - The New Paper

Komen: Perempuan bersifat meluah, Lelaki bersifat pendam.Nak luah,luah di blog jer laa...

Sunday, June 9, 2013

Padah angau isteri orang

sumber: HM

Gambar Hiasan
Klang: Gara-gara bermain cinta dengan isteri orang yang juga warga Indonesia, seorang pekerja di tanah perkuburan berusia 48 tahun parah ditetak dengan parang oleh tiga lelaki di stor sebuah kawasan perkuburan di Meru, di sini, Rabu lalu.
Kejadian berlaku selepas suami wanita itu yang juga warga tempatan mengajak dua lelaki lain menyerang mangsa selepas mengetahui isterinya cuba dipikat lelaki berkenaan sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berehat dalam stor di situ bersama tiga wanita yang juga rakan sekerjanya dan terkejut apabila pintu bilik stor yang ditutup rapat dipecahkan kumpulan lelaki berkenaan.
“Sebaik membuka pintu, mangsa terus diserang dan ditetak bertubi-tubi oleh suspek yang naik minyak. Mangsa cuba mempertahankan diri namun gagal, menyebabkan dia melarikan diri kerana khuatir nyawanya terus diancam.

“Suasana di lokasi ketika itu gelap dan dikatakan mangsa serta rakannya tidak dapat mengecam wajah suspek, namun memaklumkan suspek menaiki kereta Proton berwarna merah yang diletakkan tidak jauh dari stor itu,” katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, mangsa patah kedua-dua tangan serta kaki serta parah di kepala dan kini dirawat di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh, di mana keadaannya dilaporkan stabil.
Difahamkan, sejak dilamun angau dengan wanita seberang itu, mangsa yang tinggal di Meru dikatakan sudah dua bulan tidak menjenguk isteri dan keluarganya, malah sejak tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital dekat sini, tiada siapa menjenguknya.

Jani berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu ada kaitan dengan dendam terhadap mangsa yang disyaki menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita Indonesia yang memegang status isteri.
“Wanita itu dipercayai isteri seorang daripada suspek yang menyerang mangsa dan polis masih mencari wanita berkenaan bagi membantu siasatan selain mengambil keterangan semua saksi untuk tujuan itu,” katanya.
Komen: Banyak lagi perempuan yang single.Bini orang yang di cari.

Saturday, June 8, 2013

Isteri Curang BELASAH Suami

sumber: HM

Sekadar hiasan

[HM] Kuala Lumpur: Seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan lelaki Bangladesh bertindak ganas terhadap suaminya apabila membelasah lelaki itu dengan topi keledar selepas dia ditangkap basah suaminya dalam kejadian berdekatan Pasar Seni di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, suami wanita terbabit cedera di muka akibat dibelasah dengan topi keledar oleh wanita berusia 38 tahun dan sudah mempunyai tiga anak itu.

Sumber polis berkata, ketika kejadian suami wanita berkenaan yang bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota sedang bekerja dan kesempatan itu digunakan wanita terbabit untuk keluar bersama teman lelakinya.

Menurutnya, wanita berkenaan dan pasangannya dipercayai beberapa bulan menjalin hubungan sulit dan sering berjumpa ketika suaminya bekerja.

“Pada hari kejadian pasangan itu berjalan-jalan di Pasar Seni sebelum ke sebuah hotel bajet berdekatan tanpa sedar mereka diekori suami wanita itu.

“Suaminya mengekori pasangan itu hingga ke bilik hotel sebelum memberi kejutan kepada mereka dengan masuk ke bilik,” katanya.

Katanya, akibat malu dengan tindakan isterinya, suami wanita berkenaan memarahi pasangan berkenaan menyebabkan wanita itu bertindak ganas.

Menurutnya, wanita itu tanpa belas kasihan membelasah suaminya dengan topi keledar hingga lelaki itu cedera di muka sebelum melarikan diri bersama teman lelakinya.

Susulan kejadian itu, suami wanita berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Komen : Macam-macam perempuan zaman sekarang.

Getah Toreh

Dalam pada aku bekerja,aku sempat 'snap' gambar seorang penoreh getah yang sedang bekerja.Awal-awal pagi lagi mencari rezeki.Lihat diri sendir,dan terfikir betapa bertuahnya aku di beri kerjaya yang agak memuaskan.Terfikir dalam hati aku untuk beberapa soalan.
Sedang menoreh pokok getah

Ladang getah kampung

Soalan:

Berapa gaji sehari?
Berapa lama dah menoreh?
Cukup tak?
Berapa 'mulut' nak sara?
Kalau hujan macam mane?

Banyak persoalan dan semuanya membawa aku untuk bersyukur dengan apa adanya aku sekarang.Yang aku terperanjat sebab penoreh itu adalah seorang dari chinese.Selalu tengok orang-orang china semuanya kaya-kaya.Tapi yang miskin juga perlu di bantu seperti kita yang mempunyai taraf bumiputera.'Kita sama-sama manusia maa".

Thursday, June 6, 2013

Kisah lampau

Semua orang dalam diri pasti ada satu kenangan yang tidak akan dilupakan.Kadangkala hanya sepinggan mee goreng mamak pun boleh mengimbau semua kenangan dan terlintas terus di fikiran tentang suasana dan keadaan pada ketika itu.

Aku baru menjamah sepinggan mee goreng mamak dan semangkuk cendol yang bertempat di USJ 21.Tempat ni memberi aku seribu satu pengalaman yang takkan aku lupakan sampai mati.Aku pasti tentang tu.Sebuah kenangan yang amat pahit untuk aku kenang dan juga semanis gula sambil tersenyum apabila di imbau.

Sampai sahaja aku di restoran itu,aku lihat banyak yang berubah dan begitu juga dengan kemajuan gerai.Resepi dia memang sama dari dulu sampai kini.Sempat aku tersenyum sambil menjamah juadah yang aku minta.

Lihat sahaja muka 'tokei kedai',aku terus menyapa,dan die terus tersenyum.Masih ingat lagi pada aku.Sambil menanyakan khabar,dia terus menceritakan apa yang dia alami.Tentang pekerja dan restoran.Bagi aku itu semua masalah yang sama dihadapi oleh semua tokei restoran.PEKERJA TAK JUJUR.

Paling best dan ayat terus melekat di hati 'Hati mau bersih,hati mau baik.Kalo hati bersih,hati baik,Tuhan pasti akan tolong.Dan semua orang suka'.Harap aku tak lupa tentang itu.

Kenangan di sini dahulu,menjadi satu memori yang akan menjadikan aku insan yang gagah dan kuat.Dan aku tidak lagi menoleh ke belakang.Aku menoleh hanya mengambil pengalaman seketika,terus maju ke depan.Itu lah diri aku sekarang.Terima kasih ALLAH kerana masih menyayangi aku.SYUKUR.Jika tidak memberi aku pengalaman itu,aku tidak akan menjadi seperti sekarang.Amin.

Sumber: pakcik google...Mee goreng mamak.