sumber: disini
Tiada Kenaikan Harga Produk Gardenia – Gardenia Bakeries (KL) | Tiba-tiba sahaja kecoh dengan kenaikan harga barang selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13). Antaranya adalah produk keluaran Gardenia Bakeries, Roti Gardenia. Namun menurut laman web syarikat berkenaan (url:http://gardenia.com.my/) pihaknya memaklumkan tiada kenaikan harga produk Gardenia sebagaimana yang disebarkan.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah. Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain. Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah. Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya. Harganya adalah tetap. Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dibawah pula ada satu cerita mengenai kenaikan harga roti Gardenia yang ammboi petik dari Facebook Che Wangi Din. Bagaimanapun ada sumber mengatakan ia mungkin kesilapan cetakan dan bukannya faktor kenaikan harga sebagaimana yang dimaklumkan awalnya. Jelasnya, memang harga asal roti Gardenia biasa adalah Rm2.40. Selain itu, mengenai perbezaan warna tag pula ianya adalah berdasarkan kepada hari pengeluaran.
Oleh itu, diseru kepada pihak yang tidak bertanggungjawab agar jangan menyebarkan cerita sebegini. Janganlah mengeruhkan keadaan yang nampaknya semakin mengeruh ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.
Sebarang info anda boleh hubungi pihak Gardenia di:
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Address : Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Phone : +(6)03-55423228
Fax : +(6)03-55423213
Toll-free : 1-800-88-3228
Email : customer_service@gardenia.com.my
Address : Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Phone : +(6)03-55423228
Fax : +(6)03-55423213
Toll-free : 1-800-88-3228
Email : customer_service@gardenia.com.my
No comments:
Post a Comment