Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Wednesday, February 1, 2012

Nak Tengok Malaysia,Tengok W.Persekutuan???

Yer la Najib oi..tgk la sape ade kat KL tu..memang masyarakat majmuk.ade china,india,melayu,bangla,nepal,indon macam2 laa..tapi kat tengah2 kl dah jadi cam jakarta mini dah..penuhhh orang indon ngan orang asing...


Wilayah Persekutuan cermin wajah Malaysia


2012/02/01

pix_gal0
Najib ajak rakyat berganding lonjak pembangunan

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan sebagai ‘penampilan’ negara, harus menjadi lambang terbaik bagi kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Wilayah Persekutuan adalah cermin wajah Malaysia kepada dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yang datang.
“Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kepada negara.
“Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat. 

“Wilayah Persekutuan bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari,” katanya dalam perutusan Hari Wilayah 2012 yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my, semalam.

Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap 1 Februari. 

Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak dan keluarga mereka. 
“Marilah kita jadikan impian ini satu realiti. Bagi menggarap masa depan itu, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama bergerak ke arah apa direncanakan,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment