Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Monday, December 26, 2011

Johor tetap BIRU-BN...betul ke pandangan/analisis/anggapan ko nih????

wa biase nye tertanye2 sendiri...analissi mane yang dorang pakai tuk bercakap cam gini...kalo orang PR tanye kat orang PR memang laa jawapannye PR yang tawan...kalo orang BN tanye kat orang BN memang laa BN yang tawan...bagi wa la kan,baik lu orang sume jage amanah yang diberikan oleh rakyat tu...xyah pikir laa yang lain2 tu...kalo ade masalah kasi selesai dengan bijaksana...Johor pon ade yang gua tak puas hati pasal KTM yang Singapure amik tuu..betul2 wa sedih...tanah air wa (MALAYSIA) dah ke Singapura plak...walau pon secebis di selatan tapi tetap tanah air wa....sumber malaysiakini.


Johor akan kekal biru, kata Wanita Umno
Walaupun berhadapan dengan serangan bertali arus daripada pembangkang, namun Wanita Umno Johor berkeyakinan penduduk negeri kubu kuat BN ini tidak akan terpedaya dengan
"gelombang fitnah" pembangkang.
Malah ketuanya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang juga Ketua Wanita BN Johor berkata, percaturan politik pembangkang yang bertunjangkan kepada fitnah dan pembohongan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 kini telah terbongkar.
"Satu demi satu permainan pembohongan oleh mereka (pembangkang) terbongkar dan rakyat menyedari akan gelombang fitnah yang dipelopori oleh pembangkang.
Rakyat Johor tidak terpedaya," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini.
Beliau juga menolak ramalan pembangkang yang mengatakan ia akan memecahkan kubu kuat BN di Johor dengan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai "jauh tersasar daripada realiti."
Kata Sharifah Azizah, ramalan pembangkang tentang peluang mereka di Johor, negeri kelahiran Umno, itu hanyalah satu "gimik" dan percaturan politik pembangkang yang akan terbukti salah selepas PRU 13 kelak.
 
Beliau berkata, pembangkang tidak mempunyai sokongan daripada penduduk Johor, malah ceramah politik mereka di negeri ini kebanyakannya dihadiri oleh "orang luar", merujuk kepada rakyat dari negeri lain.
Sharifah Azizah menempelak usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini "porak-peranda."
"Negara ini akan porak-peranda jikalau pembangkang memerintah, disebabkan mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya.
Pada akhirnya, penduduk yang akan menanggung kesan buruk daripada ketiadaan pengalaman pembangkang itu, kata beliau.
Ditanya tentang peluang BN pada PRU 13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa, bekas anggota Dewan Negara itu berkeyakinan BN mampu mengulangi prestasi pada 2004 apabila ia menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan kecuali satu atas kesilapan teknikal.
"Saya yakin kita berkemampuan mengulangi prestasi baik pada 2004," katanya merujuk pada PRU 11 di mana BN memenangi kesemua 26 kerusi Parlimen dan 55 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
"Negeri Johor akan kekal biru selepas PRU 13," katanya.
Bagi Wanita Umno Johor katanya, semenjak PRU 2008 mereka telah menjalankan pelbagai program bagi mendekatkan diri dengan rakyat dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka.
Sharifah Azizah memberi contoh bagaimana anggota Wanita Umno Johor terlibat mengendalikan pusat-pusat pemindahan banjir dengan memberikan bantuan kepada mangsa seperti tilam, tikar, barangan keperluan wanita dan pelbagai lagi.
Menerusi Skuad Sayang Wanita Umno Johor katanya, mereka juga bergerak ke seluruh pelusuk Johor mencari dan membantu rakyat miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal serta golongan yang kurang bernasib baik lain.
Wanita Umno Johor katanya, turut membantu usaha kerajaan seperti mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah di seluruh negara.
"Kesemua program ini kita (Wanita Umno Johor) lakukan sepanjang masa sepanjang tahun untuk membantu rakyat, tanpa mengira sama ada kita sedang berhadapan dengan musim pilihan raya atau tidak," kata Sharifah Azizah.
- Bernama

No comments:

Post a Comment