Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Saturday, December 31, 2011

Anak-anak kecil yang disayangi DIA.

Sedih wa baca artikel ni.Semoga kita semua dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan hidup senang di dunia dan di akhirat kelak.Amin.Al-Fatihah buat semua yang sudah meninggal dunia.Juga tak lupa buat ibubapaku.Tak salah wa sedekahkan Al-Fatihah buat ibubapa aku walaupun mereka masih hidupkan.



Dua beradik lemas sering nyanyi lagu 'Pergi Tak Kembali'

Kanak-kanak dua beradik dan seorang lagi sepupu mereka, yang ditemui mati lemas hari ini, didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali' nyanyian Kumpulan Rabadi sejak dua hari lalu.

Mayat Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, dan sepupunya, Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, ditemui terapung kira-kira 10 km dari tempat kejadian pukul 3 pagi tadi oleh orang awam.
    
Manakala mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, ditemui kira-kira 500 meter jarak dari tempat sama jam 9 pagi oleh pasukan penyelamat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik hari ini.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di Gerik dua hari lalu.

Mereka dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada jam 10 pagi Khamis.

Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 2.30 petang hari yang sama.

Adibah Mohd Nor, 42, ibu kepada dua adik beradik itu, ketika ditemui berkata, ketiga-tiga mereka memang rapat dan sebelum kejadian mereka didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Kumpulan Rabani sejak dua hari lalu.
    
Semasa kejadian, Adibah pergi ke pekan Gerik membeli buku tulis dan peralatan sekolah mangsa.

Sebaik tiba di rumah diberitahu tentang kehilangan bersama bot yang mereka naiki.

"Saya dan suami Ruzai Kasim, 43 pasrah dengan kejadian ini," katanya dalam nada yang penuh hiba ketika ditemui di rumah mereka.
    
Katanya, kedua-dua anak mereka itu, Muhammad Amir murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Adika Raja, Gerik dan Muhammad Adham Hamiz, murid Tahun Dua, SK Mahkota Sarik Gerik tidak pandai berenang.

Kedua-dua mereka anak kelima dan keenam daripada lapan adik beradik.

- Bernama

Rosmah jadi 'bahan' dalam Maharaja Lawak Mega

Pendapat peribadi wa,segala cerita pasal Isteri PM ni memang semua golongan dah tau...kalau tak tahu tu memang orang jenis 'katak bawah batu'.tak ambil tahu hal dunia luar.sampaikan artis pun selamba jer jadikan bahan untuk persembahan.Beli cincin juta-juta.bila tanya mane dapat duit beli cincin mahal-mahal tu,jawapnye 'SAYA SIMPAN SIKIT-SIKIT DARI KECIL DUIT TU'...Jawapan paling bangang wa pernah dengar..bangang...bangang....

Ibubapa ku sayang....

Wa nak ingatkan diri wa ngan geng2 lain laa kan...sayangi la mereka selagi mereka ni ada lagi..masih bernafas lagi...kalau dah takda nanti nangis sampai keluar air peluh kat mata pon dah tak guna..wa berani cakap,wa janji akan membahagiakan mereka selagi wa ada nyawa lagi..wa tak lupa pengorbanan mereka dalam membesarkan wa..jerit perih keluarga,wa jer yang tau...wa yakin lu orang pon same...takde pun sebuah keluarga yang sempurna..mesti ada masalah dalam membesarkan anak-anak masing-masing..Jadi,selagi hayat di kandung badan ni wa memang akan bagi sesempurna mungkin kat diorang....wa sayang keluarga wa dan keluar kecik wa sendiri....

Friday, December 30, 2011

Wa respek kat lu

Lu memang jadi sokongan moral kat wa..wa akan terus berusaha sampai berjaya suatu hari nanti...Tak kire lu India ke,Cina ke,Melayu ke wa memang respek kat lu....

Dulu Dia Disisih Kerana Keturunannya Hina, Kini Orang Gelarnya "Kaya" Dan Dihormati (Bergambar)

Namanya ialah Hari Kishan Pippal, 60 tahun. Dia merupakan golongan 'Dalit', iaitu golongan bawahan yang tidak layak disentuh kerana membawa kehinaan dari keturunan demi keturunan. Dia dilarang mendekati kanak-kanak lain semasa kecilnya dan ketika bekerja, kebanyakan majikan tak kisah untuk lansung tidak memberikan bayaran padanya.

Itu semua sejarah dulu masa lampaunya, kini dia dipanggil 'orang kaya'. Ramai yang kagum dengannya apabila dia mampu berjaya. Kini dia memiliki sebuah Hospital, Kilang membuat kasut, menjadi dealer kereta dan sebuah syarikat percetakan.

Jika anda rasa anda terlalu susah, tidak mempunyai keluarga yang senang untuk membantu anda berjaya dan sentiasa dalam kesempitan wang untuk memulakan perniagaan, anda sepatutnya malu pada Hari Kishan Pippal. Lihat gambarnya di bawah.







Thursday, December 29, 2011

BN tersungkur di PRU13.

Agak2 ada keluar tak kat media pencacai pasal berita ni...

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

MB Kedah kasi tutup mulut Mukhriz


Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Wednesday, December 28, 2011

Lancau lu..nak buat projek kat masjid...

Pasangan Kekasih Dicekup Berasmara Dalam Bilik Mandi Masjid.


[SH] KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung. 

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut. 

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita. 

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu. 

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya. 

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam. 

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut. 

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing. 

Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid. 

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid. 

Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.

Tuesday, December 27, 2011

Muhyidin Meroyan Tengok ni

kompom UMNO Johor meroyan tengok ni...kalo die kuar statement takde permit memang aku kene tengok balik siapa yang akan aku pangkah PRU13 nnti...




Suasana yang menakutkan Muhyiddin dan uMnO Johor semasa kehadiran Ustaz Azh
Idrus ke Johor baru-baru ini..Apa pulak tindakan jahiliah Umno Johor dan Polis
Pencacai Umno untuk sekat seruan kebenaran agama Allah ini daripada
masuk ke hati orang islam di Johor.

Kak Jat ke mana mendiamkan diri..

wa terpikir gak mane laa kak jat nih pergi...itu ari siap nak selak kain lagi...lepas perhimpunan UMNO terus senyap...wa sebagai warga marhein ikut gak cerita hal NFC die tu..lu jadi menteri...Kerajaan kuar slogan pertanian itu perniagaan...pastu lu dapat projek..bagi kat suami lu...pastu lembu tak byk lu beli kondo 2 biji..beli kete mewah..beli umah kat singapore...pastu ntah mane lagi lu pakai ntah...lu cakap kuarge lu patut dapat sebab usaha keras...pastu lu cakap lu takde kene mengena...lu cakap lu hanya isteri pengerusi NFC jer...beli kondo sebab pelaburan...beli kereta mewah untuk ape plak??wa dah usaha keras dah nih..bile la wa leh dapat RM250juta tu...siang malam cari rezeki tuk kuarge wa...wa tak makan xpe..kuarge wa wajib kasi nafkah beb...lu jangan la nak larikan diri sampai PRU13 plak...kasi jawab habes2..pastu kalo salah mengaku and reisgn..pastu taubat nasuha habes cerita..jgn pusing2 laa...wat wa lagi menyampah kat lu....
Sharizat(NFC) ngan pesaing terdekat Rafidah Aziz (AP)

Dalam hati ada taman...

wa rindu kat anak2 waa....sabar erkkkk....

Dicekup Buat Maksiat Dalam Rumah Orang

Rilek laa bro..dalam rumah orang pon lu nak sapu...kasi sewa hotel laa...macam-macam laa luorang ni...

Alor Gajah: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya. -hm

Wow unik :, Ada Kerbau Warna-Warni di China!

Foto : Banteng-banteng di Yunnan (Daily Mail)
Foto : Banteng-banteng di Yunnan (Daily Mail)
YUNNAN - Para warga desa Jiangcheng, Provinsi Yunnan, China mewarnai tubuh kerbaunya dengan lukisan yang penuh warna dan indah untuk mengikuti festival. Kerbau-kerbau itu pun terlihat unik dan menarik perhatian warga.

Kerbau-kerbau di Desa Jiancheng terlihat unik, tubuhnya dihiasi lukisan yang berwarna-warni. Salah seorang peserta dalam festival tersebut menggambar kerbaunya dengan lukisan pemandangan dan mewarnai tanduknya dengan warna emas.

Melukis di tubuh kerbau bukan merupakan hal baru di China, itu adalah sebuah tradisi kuno. Konon khabarnya, tubuh kerbau itu dilukis sedemikian rupa guna melindungi desa dari ancaman hewan buas seperti harimau dan lainnya. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Selasa (27/12/2011).

Para warga desa di Provinsi Yunnan yang berjumlah 1.4 juta umumnya masih menganut kepercayaan animisme. Mereka juga masih percaya akan tradisi-tradisi yang diwariskan oleh leluhurnya.

Namun, tradisi kuno yang diwarisi para leluhur itu tampak berkembang dan menjelma menjadi satu festival artistik yang digemari para warga.

Sebanyak 48 pasukan bergabung dalam Festival Lukis Kerbau itu. Vietnam dan Laos bahkan ikut mengambil bahagian dalam festival yang diselenggarakan di China tersebut.(rhs)

EPL: Keputusan penuh perlawanan 27 Disember

LONDON, (WarkahDaily) -- Perebutan juara liga semakin rancak dan terbuka selepas Man United mula menunjukkan tekanan kuat terhadap Man City selepas membelasah Wigan 5-0. City yang gagal mengutip mata penuh telah memberi peluang United berkongsi mata di puncak liga dengan City.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bola sepak EPL yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi.

Bolton

0 - 2

Newcastle
Ben Arfa; 69
Ba; 71



Chelsea
Mata; 47
1 - 1
Fulham
Dempsey; 56




Liverpool
Maxi; 53
1 - 1
Blackburn
Adam; 45-gs



Man United
Park; 8
Berbatov; 41, 58, 78-pen
Valencia; 75
5 - 0


Wigan




Sunderland
Colback; 26
1 - 1
Everton
Baines; 51-pen



West Brom0 - 0Man City


Stoke City0 - 0Aston Villa

--WARKAHDAILY