Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Tuesday, April 23, 2013

PRU13:Calon PKR didakwa jual pil kuda?!!

sumber: kosmo.com.my





MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan masalah pertindihan kerusi di beberapa tempat antara pakatan pembangkang pada hari penamaan calon Sabtu lalu adalah disebabkan kebimbangan Pas terhadap kemungkinan ada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dalam jenayah serta berfahaman songsang.
Menurutnya, Pas tidak berniat untuk menentang calon yang dikemukakan oleh rakan sekutunya, PKR tetapi tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan adanya calon-calon tangkap muat hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan buruk berlaku.
Abdul Hadi mendakwa, pihaknya mendapat maklumat ada calon-calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.
"Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana?
"Malah, ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx, letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat di sini malam kelmarin.
Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti calon berkenaan.
Pertindihan membabitkan calon-calon pakatan pembangkang tersebut melibatkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerusi-kerusi tersebut ialah Parlimen Labuan, membabitkan pertindihan antara calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon Pas, Hadnan Mohamad manakala insiden sama juga berlaku di kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang melibatkan Mohd. Yusni Mat Piah dari Pas serta Badrul Hisham Shaharin dari PKR.
Selain itu, tiga kerusi DUN di Terengganu yang mengalami pertindihan calon Pas dan PKR ialah di DUN Bukit Besi melibatkan Roslan Ismail (Pas) dan Mohd. Shamsul Mat Amin (PKR); DUN Seberang Takir antara Zakaria Dagang (Pas) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (PKR) serta DUN Kota Putera antara Adam Mat Said (Pas) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dari PKR.
Di Selangor pula, kawasan yang mengalami masalah serupa ialah DUN Kota Damansara antara Ridzuan Ismail (Pas) dan Mohd. Nasir Hashim (PKR), manakala DUN Panti di Johor pula melibatkan Azlisham Azahar (Pas) dan calon PKR, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.
Mengulas lanjut, Hadi menjelaskan Pas bertindak meletakkan calon di kawasan berkenaan kerana hendak menyelamatkan Pakatan Rakyat.
"Kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejap selepas itu jatuh. Pas bertindak untuk memelihara keteguhan bukan saja semasa pilihan raya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk," tegasnya.
Dalam pada itu, pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Abdul Hadi mencadangkan agar Pas menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.
p/s: Gila dah politik Malaysia nih sampai jual pil kuda hahahah...Gelak aku baca nih..

PRU13: Politik Malaysia sudah gila?!!


p/s: Tayang video lucah kat orang ramai..Dahsyat politik dorang nih

Monday, April 22, 2013

PRU13: Kehebatan Pimpinan PR Terserlah!!

sumber: di sini


PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.
 

 PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
 Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.
 

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.


Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

PRU13: Memang Terbaik!!! Mengapa Anwar UGUT Penjarakan Pengurusan Tertinggi TV3?

sumber: di sini



Harap bertenang kakitangan TV3, bukan anda yang akan didakwa, tetapi pengurusan tertinggi anda yang bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menjelaskan mengapa tindakannya mahu mengheret pengurusan tertinggi stesen televisyen swasta pertama negara itu ke muka pengadilan dan seterusnya dipenjarakan.

Tegas Anwar dalam ucapannya di hadapan lebih 1,500 orang penduduk dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, Changkat Jering, Taiping, Perak petang semalam, fitnah dan tuduhan tidak berasas bukan budaya Pakatan Rakyat dan perkara itu mesti dihentikan.

TV3 merupakan salah satu entiti dalam Kumpulan Media Prima Berhad, yang pemegang saham utamanya merupakan pemimpin Umno atau proksi parti itu dalam kerajaan BN.

Selain stesen televisyen itu, Media Prima turut menguasai dua akhbar utama, New Straits Times dan Berita Harian serta Harian Metro serta beberapa stesen televisyen lain antaranya 8TV dan NTV7.

Tambah Anwar, apabila Pakatan Rakyat berkuasa awal pagi 6 Mei nanti, beliau akan memastikan kesemua pengurusan tertinggi stesen televisyen tersebut bebas dari sebarang pengaruh Umno dan hanya menyiarkan laporan tepat dan benar supaya rakyat boleh menerima maklumat dari kedua-dua belah pihak.

Menurut carian dalam laman web kumpulan itu, antara nama-nama pengurusan kanan yang akan dipenjarakan adalah Pengerusi Media Prima Johan Jaafar, Pengarah Urusan Kumpulan Media, Amrin Awaluddin dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rangkaian Media, Media Prima yang juga penasihat media kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Menurut Anwar, jika TV3 dan media kawalan Umno terus menerus memburukkan Pakatan Rakyat, beliau tidak teragak-agak untuk membuat tindakan sedemikian demi menjaga keharmonian dan ketenteraman kaum di negara ini.

Janji Najib untuk menyerahkan kuasa dalam proses peralihan yang selamat dan tiada huru hara masih dipegang Anwar semasa Najib sendiri mengumumkan pembubaran parlimen 3 April lalu.

Anwar percaya TV3 akan terus mengaitkannya dengan pencerobohan di Sabah dalam tempoh berkempen ini bagi memastikan ketakutan diwujudkan di kalangan rakyat seterusnya fitnah paling jahat pernah dilakukan stesen itu selain fitnah liwat pada 1998 dan 2008.

Atas kuasa eksekutif sebagai perdana menteri, Anwar akan mengarahkan harga minyak diturunkan serta-merta sebanyak 40 sen menjadi RM1.50 buat permulaan selain memastikan tiada pemimpin Umno dan BN cuba melarikan diri ke luar negara selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Jaminan Anwar bahawa Pakatan Rakyat akan berbuat demikian kepada pengurusan TV3 serta menurunkan harga minyak supaya nasib rakyat terbela mendapat tepukan gemuruh penduduk yang datang dari sekitar Trong, Simpang dan Changkat Jering sendiri.

PRU13: Pertindihan Kerusi Disokong?!!!

sumber: di sini

Ni Bersungguh ker tak nak tumbangkan BN?!!!!!


Jangan haraplah akan ada penyelesaian dalam mesyuarat PAS hari ini untuk kes pertindihan kerusi. Jelas, Presiden sendiri menyokong tindakan khianat PAS Subang itu.



Komen Tulang Besi:
1) Jawapan pasal Kota Damansara jelas nak bela menantu sendiri. Majoriti ahli2 PAS Kota Damansara tidak pernah komplen ataupun mengeluh pasal Dr Nasir. Dia tidak pernah belot atau khianat pada PAS. Hanya PAS sahaja yang khianat pada dia sekarang ini.

2) Apa fahaman Dr Nasir tidak memberi hak kepada PAS memberikan kemenangan kepada UMNO dgn meletak calon

3) Dengan lebih mudah, nak lawan calon yang ada gambar Stalin dan Lenin, kita beri UMNO menang.

4) Di kerusi2 bertindih lain tu, semuanya tokeh kuda ke? Chegu Bard tu tokeh kuda ke?

5) Tiada siapa marah kes DUN Panti. MAlahan, ramai yang berterima kasih. Tapi, itu cuma satu DUN sahaja.

6) Adakah PResiden menyokong tinddakan khianat Hj Mesni dan menantu beliau?

Islam tidak mengajar umat nya melakukan khianat kepada sesama manusia

TULANG BESI

PRU13: Bila gambar berbicara.

p/s: lu orang pikir la sendiri.

PRU13: Pemimpin BN terdesak.

sumber: di sini


Inilah pemimpin UMNO yang paling terdesak untuk kekal berkuasa dalam sejarah negara kita ini.. kerana mahu menunjukkan kepada rakyat beliau seorang pemimpin Melayu  beragama Islam yang baik.. Sembahyangnya pun mahu ditunjukkan keseluruh negara..

Oleh itu tulis Najib Tun Razak telah mempromosikan solatnya itu dalam laman Twitter miliknya meminta pengikutnya yang berjumlah 1,484,591 orang kononnya itu agar menonton video rakaman beliau sedang mengerjakan solat.

Tulisnya.. "Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat bersama penduduk Pekan di Masjid Sultan Abu Bakar kelmarin."

Malangnya majoriti pengikut Najib dalam laman Twitter itu tak hingin langsung untuk melihatnya..

Ini terbukti bilamana setelah lebih dari 24 jam disiarkan hanya memperolehi 301 views.. lebih malang lagi hanya 4 Likes tetapi 7 Unlikes..


Aku follow Twitter Anuar Ibrahim dan TG Nik Aziz.. Aku tahu Anwar Ibrahim sering hadir dalam kebanyakkan solat hajat..

Dan baru-baru ini satu solat hajat telah diadakan di An-Nahdoh Inn, Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.. 

Tetapi aku tak terbaca pula Anwar tulis.. "Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat bersama penduduk Permatang Pauh di Masjid Batu kelmarin...." 

Nih.. "Saksikan sedutan video saya ketika menyertai solat hajat bersama penduduk Pekan di Masjid Sultan Abu Bakar kelmarin." ..


Sembahyangpun nak tunjuk kat orang ke??

PRU13: Isnin 22.4.2013 Masa untuk lihat Pemimpin PR ni bangang ker tak??

Ade 7 tempat pertindihan kerusi antara parti pakatan rakyat nih..Aku nak tengok keputusan dorang hari nih..list 7 tempat tuh kat bawah...

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG 
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

KOTA DAMANSARA, SELANGOR 

Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN 

Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)

PANTI, JOHOR 

Azlisham Azahar (PAS)
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)

SEBERANG TAKIR, TERENGGANU 

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

KOTA PUTERA, TERENGGANU 

Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

BUKIT BESI, TERENGGANU 

Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)



Sunday, April 21, 2013

Budak 5 Tahun di rogol.

sumber: di sini

[HM] Patna: Polis India berkata, mereka menahan suspek kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berusia lima tahun yang kini tenat di hospital.

Suspek, Manoj Kumar, 25, ditahan di Bihar, timur India selepas dia berlindung di rumah bapa mentuanya di sebuah kampung kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri, Patna.

Jurucakap polis berkata, Kumar didakwa mengunci mangsa terbabit dalam sebuah bilik dan merogolnya berkali-kali dalam tempoh 48 jam. 

“Mangsa diculik dari kawasan petempatan golongan kelas pertengahan rendah di New Delhi pada Isnin lalu,” katanya. Ketua Pengarah Polis, Ravindar Kumar berkata, perbuatan Kumar tidak dapat diterima sama sekali.

Kumar ditahan sekumpulan polis dari New Delhi yang bekerjasama dengan polis Bihar. Polis berkata, suspek tiba di Kampung Chiknouta kelmarin selepas melarikan diri dari New Delhi menaiki kereta api.

Kumar akan dihantar ke New Delhi untuk dibicarakan. Mangsa ditemui pengguna jalan raya yang terdengar dia menangis.

Budak terbabit dimasukkan ke hospital pada Rabu dan doktor menganggap keadaannya “kritikal.” Doktor berkata, budak perempuan itu cedera parah dan mengalami kecederaan dalaman serta jangkitan serius. - AFP
Suspek

Saturday, April 20, 2013

Tanda hati yang hidup.

27 ZulQaidah 1431H
Oleh:akhisalman.

Disini dinyatakan tanda2 hati yg hidup dan tidak mati..


Pertama: Lapangnya dada menerima ajaran Islam.


Firman Allah:


Maksudnya: Orang yg Allah lapangkan dada mereka adalah org yg mendapat cahaya dr tuhannya.(22: Zumar)


Nabi bersabda: "Apabila cahaya masuk ke dalam hati seseorang maka dadanya akan lapang dan terbuka" Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah; Adakah ada tanda2 yg menunjukkan demikian?" Nabi s.a.w menjawab:


الإنابة إلى دار الخلود والتجافي عن دار الغرور والإستعداد للموت قبل نزوله


Maksudnya: Org yg beramal utk kembali ke Akhirat yg kekal, Jauh dirinya dgn dunia yg memperdaya dan bersedia untk mati sebelum ianya tiba."(Hr Hakim)


Lapang dada ialah mudah dia nak mematuhi dan menerima ajaran Islam dan tidak berasa sempit dada dgn perkara dunia.


kedua: Gementar hati ketika berzikir mengigati Allah.


Firman Allah:


"Sesungguhnya sifat khusus org2 yg beriman apabila disebut nama Allah akan gementar hati2 mereka..."(2: Al-Anfal)


Ketiga: Hati yg khusuk mengingati tuhan.


Firman Allah:


"Sesungguhnya mereka bersegera melakukan kebaikan, berdoa kepada kami dgn penuh mengharap dan takut dan mereka khusuk mengingati kami"(90:Al-Anbiya)


Khusuyk adalah 1. Hadirkan hati dlm Ibadah. 2. Memahami makna yg di lafazkan. 3. Mengagongkan sang pencipta dgn adanya sifat takut dan harap.


keempat: Mudah terkesan dgn Nasihat.


Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat hamba perempuanya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati. Baru sahaja beliau nak marah; hambanya membaca Ayat "Dan org2 yg menahan marahnya" Maka beliau kata: Aku tahan marahku. Hambnya menyambung ayat tadi "Dan org2 yg memaafkan kesalahan manusia lain" Beliau berkata: Aku Maafkan kamu. Hambanya menghabiskan ayat tadi "dan Allah mengasihi org2 yg melakukan kebaikan."(134: Ali Imran) Beliau berkata: Engkau dibebaskan.


Kelima: Merasai kemanisan Iman.

Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu akan merasai kemanisan Iman bila dia reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muahmmad sebagi Nabi dan Rasul. (Hr Muslim)

Imam Ibnu hajar mengumpamakan org yg mempunyai hati yg baik sperti org yg sihat yg mana dia merasai kemanisan madu. Adapun org yg mempunyai hati yg sakit seumpama pesakit yg merasai madu itu pahit.

keenam: Sentiasa merasai dekat dgn Tuhan.

Tandanya ialah org yg suka beribadah dan bermunajat dgn tuhannya. Seperti mana Nabi Isa a.s berkata kepada hawariyyin " Banyakkan bercakap dgn tuhan dan sedikitkan bercakap dgn manusia" Mereka bertanya "Bagaimana banyak bercakap dgn tuhan?" Nabi Isa mnejawab "Hendaklah kamu sentiasa bersendirian mengingatinya, bersendirian beribadat kpdnya dan bersendirian bermunajat dgnnya."(Hr Abu Naim dlm kitab Hilyah)

ketujuh: Sentiasa kembali kepada Allah.

Firman Allah:"Maka hendaklah kamu lari menuju kepada Allah...(50: az-Zariat)
Firman Allah:"Dan org2 yg apabila mereka melakukan kejahatan atau menzalimi diri mereka sendiri; mereka terus mengingati Allah dan meminta ampun kpd Allah..."(135: Ali Imran)

Dlm keadaan senang dan susah hendaklah kita kembali kepada Allah. Nabi bersabda:
"Amat dikagumi keadaan org beriman. Mereka sentiasa dlm kebaikan. Sekiranya mereka mendapat kebaikan mereka akan bersyukur; itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan mereka akan bersabar; itu juga kebaikan bgnya."(hadis sahih)


Rujukan: at-Toriq ila Rabbaniah oleh Dr Majdi Hilali.

Friday, April 19, 2013

Zatul Mentor Dan Kes Rogol

sumber: di sni

[Image: zatul.jpg]

PETALING JAYA: Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.

Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.

“Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.

“Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.

Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.

Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.

Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.

“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.

Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini.

Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.

“Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.

“Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.

p/s: macam-macam bole jadi

RAHSIA YANG KANTOI

sumber: http://www.ohrakyat.org




PERMATANG PAUH: Ceramah Eksklusif 'Bongkar' melibatkan pelakun utama video lucah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab malam ini apabila klon Anwar dari Thailand dikatakan akan tampil malam ini. 


Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan di Perkarangan An Nadhoh, Penanti selepas Solat Insya malam ini. 

Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil mengakui. 

"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya. 

Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.

p/s: Kalau yang salah,lambat laun akan diketahui juga.

PRU!13: Apa Macam BN...Sudah ready kaa????

Sumber:Malaysiakini

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

pakatan convention 191209 karpal with nik azizKarpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

Thursday, April 18, 2013

Gadis 13 tahun dari Kuantan dirogol 8 lelaki

Sumber: Sinar Harian

KUANTAN - Kerisauan ibu bapa gadis 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak 5 April lalu berakhir apabila anaknya itu pulang ke rumah 10 hari kemudian.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapat tahu anak mereka dirogol lapan lelaki. Susulan pendedahan gadis tersebut, keluarga terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam 15 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, berdasarkan keterangan pelajar itu, dia keluar rumah pada 5 April lalu kerana mengikut kawan.

Menurutnya, sepanjang ‘bebas’ dari kawalan keluarga, gadis itu memberitahu dia hanya berada di sekitar bandar Kuantan dan berkenalan dengan beberapa lelaki.

“Kita agak terkejut apabila gadis itu mendedahkan dia melakukan hubungan seks dengan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an itu pada tarikh, masa dan lokasi berbeza.

“Gadis itu memaklumkan dia baru mengenali semua lelaki tersebut dan tiada maklumat lanjut tentang mereka kecuali nama panggilan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya


p/s: Ini bukan rogol tapi...........

Berapa harga segelas Nescafe Ais kedai mamak??


RM2.30..Bagi anak menteri takde hal la kot..Bagi gua mahal giler!!!!!

Apa ada pada TV3,TV1,TV2,UTUSAN dan seangkatannya??

Dari wa layan media-media tu baik layan screen BLUE

Wa sebelom ni memang la jadikan semua media ni bahan rujukan wa.Tapi apabila masa dan perubahan itu berlaku,ni semua wa dah jadikan sampah..Wa tengok pun hanyalah sukan jer yang wa rasa memang tak edit,tidak diputarbelitkan,dan segalanya memang telus..Yang lain tuh wa tak yakin sangat..

Sekarang ni wa hanyalah baca dan dengar,pastu wa akan cuba cari kesahihan nya...sebab dah nampak sangat dan agak terang-terang dorang nih menipu..Lu orang bole cari dan cube selidk lah mana yang dorang spin-menyepin nih..Aku harap wartawan yang berkaitan jangan la jadi barua or hanya ikut arahan.

Memang nak cari makan tapi ingat semua rezeki datangnya dari Allah..percaya pada Dia..sumber duit atau nafkah hendaklah bersih.Bahaya beb kalo kotor nafkah ni tuk kasi anak bini makan..Pikir-pikir la bro..