Pages
Nuffnang Ad
Sample text
.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................
" Dulu-Biar papa asal bergaya.
Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "
Thursday, June 21, 2012
Kisah benar yang best bg wa..
Citer kat bawah ni bende nyata...Lu orang bace and pahamkan..
Bila membaca contoh kisah yang disiarkan di sisters in islam tu, di mana jumlah nafkah bergantung kepada keputusan mahkamah yang mengambil-kira tuntutan dari pihak yang memiliki hadanah (hak penjagaan), saya khuatir, satu bentuk penindasan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi bila si isteri, ada menyimpan rasa tak puas hati terhadap suaminya itu dan berniat untuk menyusahkan hidupnya. Saya faham, di antara membayar balik hutang pinjaman kepada bank dan keperluan nafkah anak, sememangnya keperluan nafkah anak itu perlu diutamakan. Tetapi, dalam contoh yang diberi, sudahlah si suami berpendapatan RM1,400 sahaja, bekas isteri menuntut nafkah anak RM500 seorang, RM1,000 untuk 2 orang anaknya, tidak termasuk belanja lain untuk perayaan RM1,000 dan sebagainya. Of course, butiran lain tidak dinyatakan, tetapi jika mahkamah meluluskan bulat-bulat jumlah tersebut, sudah pasti akan berlaku penindasan ke atas suami hingga menyusahkan hidupnya pula. Sesetengah suami, sudah berkorban habis dari A ke Z demi keluarganya. Dengan pendapatan RM1,400 itulah, dia cuba menyara kehidupan keluarganya. Sampaikan bila keperluan semasa tak cukup, dia sanggup berhutang, mengambil pinjaman peribadi dari koperasi. Sudahlah barang keperluan semakin mahal harganya, kini terpaksa menanggung bayaran balik hutang yang berlipat ganda pula. Baki gaji bersihnya menjadi semakin kecil pula. Si isteri yang mungkin berpendapatan tinggi pula (contoh RM3,000), mula terasa bahangnya bila melihat dia pula yang terpaksa menanggung sebahagian perbelanjaan sara hidup keluarga, bila suami tak cukup duit untuk penuhi segala keperluan semasa. Pada fikirannya, semua perbelanjaan keluarga ini, dari A ke Z, patut ditanggung oleh si suami saja. "Gaji aku, hak aku-lah, suami tak boleh usik!" katanya dengan penuh yakin pada kawannya. Kena pulak, kawan yang jenis mami jarum, suka mencucuk rumahtangga orang. Dia tanya si isteri "Kesian aku tengok hidup kau Milah, ada suami pun, kau jugak yang kena tanggung belanja keluarga. Kau ni aku tengok macam bela "biawak hidup" aje". Si isteri mula-lah termakan kata-kata kawannya tu. Maklum sajalah, si suami selalu gagal nak penuhi segala permintaan dan keperluan semasa keluarga. Nak minta tukar itu ini, asyik ditangguh-tangguh. Rumah dah bertahun tahun duduk menyewa. Tak beli beli lagi rumah sendiri, walhal umur dah masuk 40 tahun. Nak disuruh beli susu anak pun kekadang tak cukup duit. "Ishh.. rimas aku hidup macam ni!" Pada masa ini, mulalah Syaitan atau kawan mami jarum tu, datang berbisik ke telinga dia, menghasutnya supaya menuntut cerai saja dari suami, yang kononnya "tak guna" tu. Sia-sia saja kau bela "biawak hidup" macam ni Milah!!! Suami macam ni, jangan dibagi muka, nanti kepala kita pulak dipijaknya" Pada hal, si suami itulah yang selama ini berkorban segala-galanya. Sewa rumah dia tanggung, bil api air dia tanggung. Barang dapur dia tanggung. Loan kereta kancil dia tanggung. Kini ada pinjaman peribadi lagi, pun dia tanggung sendiri. Hari demi hari, si isteri tu menekan suaminya, dengan menuntut cerai. Kononnya dia sudah bosan hidup sebegini dengan suaminya. Kononnya hidup dia selama ni cukup "terseksa". Kononnya hidup mereka ini "takde improvement, masih ditakuk tu saja". Kononnya suami gagal melaksanakan tanggungjawabnya bila dia pula terpaksa keluarkan sebahagian belanja untuk rumah dan keluarga. Si suami yang setiap hari ditekan perasaannya, dileteri dan ditengking seolah olah dia ni umpama "Jantan tak guna", akhirnya akur kepada permintaan isteri untuk menuntut cerai. Bila dah bercerai pula, lain pula jadinya. Si isteri nak tuntut hak penjagaan penuh ke atas anak-anak mereka. Alasannya, kononnya selama ni pun, dia lah yang menjaga mereka. Kononnya si suami jenis jantan tak guna, tak mampu nak sara hidup anak berdua tu. Bila dia tuntut nafkah anak dari bekas suami, dia tuntut pula sesedap hatinya. RM500 sebulan setiap anak, RM1,000 untuk kedua dua anak, tak termasuk belanja lain spt musim perayaan RM1,000 dan RM1,000 musim persekolahan bermula. Pelik jugak, walhal si isteri tadilah yang cakap si suami ni tak mampu nak sara hidup anak, tapi bila dah bercerai, dia demand semua perbelanjaan anak, perlu ditanggung oleh si suami sebab itu tanggungjawab dia beri nafkah anak. Hak penjagaan kekal ke atas anak, si isteri jugak yang nak pegang. Si suami tak boleh nak jumpa anak, tanpa izinnya. Kalau jumpa pun, tak boleh keluar lama-lama dan perlu ditemani dengan seorang dewasa. Kasihan si suami tu, dia dilayan macam dia ni kucing jantan yang tak sayang anak. Kononnya sekadar tahu menabur benih saja. Walhal, anak berdua itulah mutiara hati si suami. Merekalah tempat si suami meluahkan kasih sayang dan perasaannya selama hidup tertekan. Kerana merekalah, si suami tu sanggup berhutang dan berkorban segalanya, demi nak lihat anak-anaknya itu bahagia. Kisah yang saya kongsikan ini, bukan satu kisah rekaan. Saya percaya ramai suami yang tersepit dalam keadaan sebegini. Saya sendiri pernah melaluinya, di mana isteri saya kerap menuntut cerai ketika saya mula buat bisnes insurans secara full-time. Malahan dia sendiri cakap "Kalau aku tau kau ni kerja ejen insurans, aku takdenya nak kahwin dengan kau!". Tapi alhamdulillah, ia belum berlaku, walaupun tekanannya sangat hebat. Sebab dalam hidup saya, failure is NOT an option. Sebab itulah saya boleh hidup buat insurans dah 8 tahun dah sebagai full-time consultant. Saya tak mampu untuk gagal dalam bisnes ini walauapa pun kerenah manusia yang terpaksa saya hadapi, kerana segala galanya (terutamanya rumahtangga dan kebahagiaan anak-anak saya) akan musnah bila saya gagal. Saya mohon maaf kalau ada kaum isteri yang tersinggung dengan tulisan saya. Tapi anda perlu faham, BERCERAI TAK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN dan bercerai kadangkala banyak menimbulkan masalah berbanding menyelesaikan perkara berbangkit. Anda perlu bertolak ansur dan fahami, bukan mudah nak jadi seorang suami yang baik, bila segala beban jatuh pada bahunya, untuk dipikul setiap hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)