Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Saturday, July 2, 2011

politik - pendapat peribadi mengenai BERSIH 2.0

Aku ni biasa nya hanya melihat dari jauh saja.Jarang aku nak menulis mengenai pendapat peribadi aku mengenai hal politik yang bagi aku sekarang nih dah masuk ke tahap agak kritikal.Mengenai BERSIH 2.0 anjuran Ambiga Sareenesavan,aku lebih senang untuk melihat siapa pemimpin atau dalam maksud lain orang paling atas.

  • Ambeega seorang peguam yang menyokong kes murtad Lina Joy.
  • Dia juga penganjur kepada BERSIH 2.0.
  • BERSIH 2.0 nih bukan satu pertubuhan,ianya hanyalah satu perhimpuan.So perhimpunan untuk kali kedua nih dinamakan BERSIH 2.0.Kalau Hishamuddin Hussein Onn cakap ianya satu pertubuhan haram aku terperanjat beruk sebab rakyat yang macam aku pun tahu ianya bukan satu pertubuhan.
  • BERSIH 2.0 di sokong oleh PKR,PAS dan DAP serta beberapa NGO lain.
  • Tuntutan BERSIH nih ada lapan,korang boleh download kat link nih.sebab nanti jadi panjang artikel nih.
  • tuntutan sebelum nih iaitu BERSIH 1.0 dah lama dah diaorang nih bagi kat SPR tapi buat tak layan jer.
  • Kali nih dorang nak himpun kasi ramai lagi dari BERSIH 1.0 sebab nak kasi tahu semua rakyat apa yang diorang mahukan.Bukan suka-suka.
  • Sebelum nih BERSIH 1.0 telah menyebabkan kerajaan BN sekarang hilang majoriti 2/3.So kalau berjaya laa perhimpuan kali nih memang BN akan tumbang.
  • Ini yang menyebabkan mereka takut.Hilang kuasa,hilang duit,hilang pangkat hilang segala2 nya.Pendapat peribadi aku.
  • Kerajaan cakap BERSIH 2.0 nih ada kaitan ngan Komunis.Aku sebenarnya tak nampak pun kat mana relevannya statement tuh.
  • Memula aku ada beranggapan bahawa bodoh laa BERSIH 2.0 nih nak buat hal sebab kasi jalan sesak teruk,rosak harta benda awam,kacau bilau...tapi bila Ambiga jumpa polis untuk kasi laluan atau pun berbincang untuk menjayakan BERSIH 2.0 nih berjalan lancar pihak polis tak bagi.
  • POLIS MALAYSIA sepatutnya menjaga ketenteraman.Kalau dorang nak berhimpuan,bagi aku laa..himpun jer laa..nak sorak,sorak laa sampai keluar anak tekak....pihak polis jaga jer atau mengawasi keadaan supaya keadaan menjadi tenang...
  • bukan jumpe ambiga atau buat word press suh si hindu nih stop.Makin lagi semangat laa dia nih..kes murtad dulu pun die buat bodo jer ngan kerajaan or rakyat jelata yang marah..
  • Mat Sabu bagi jaminan semua akan jadi aman damai jer.Cuma minta tolong pihak polis menjaga ketenteraman..bukan suruh bagi pemedih mata atau sembur air..memang kacau bilau laa jawap nye...
  • Orang yang menyokong atau lebih detail yang melayu sokong benda nih bukan nye dorang sokong Ambeega nih..dorang sokong sebab tuntutan nye menepati kriteria untuk menjadi lebih adil dalam pilihanraya.
  • SPR kena berfikiran terbuka bahawa ada byk kepincangan dalam mereka menguruskan pilihanraya di Malaysia.So,tuntutan di buat untuk mencantikkan lagi...Bukan buat statement bahawa BERSIH nih nak buat kacau bilau laa ape laa...salah cara nye tuu...
  • Ramai rakyat masih lagi terkeliru dengan kerajaan dan parti.Dua yang kebanyakan orang yang sama tapi pihak yang berbeza.
  • Bagi subsidi,memang wajib bagi kerajaan..bukan parti...UMNO ker,MCA ker,MIC ker,PKR ker...siapa lagi nak tolong rakyat kalau bukan kerajaan.Jangan cakap kita hanya meminta dari kerajaan bukan nak berusaha.Rakyat melantik atau mengundi diorang untuk membantu rakyat..aku dah kelain dah nih..
  • sambung balik...mengikut Perlembagaan memang boleh buat perhimpunan kalau dijamin aman..so dorang dah jamin akan jadi aman,kompom laa bole..KERAJAAN tak bagi jugak.
Banyak lagi nih..aku sambung nanti...Zasssss...

hiburan - sekitar majlis pernikahan tomok

Semalam 1.7.2011 adalah tarikh  yang paling bersejarah buat penyanyi Shah Indrawan ataupun Tomok dan pasangannya Ayu, apabila telah disatukan dan sah bergelar suami isteri. Nampak manis pasangan mempelai, tahniah dan syabas diucapkan buat penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang bersama kumpulannya New Boyz. Kita lihat gambar-gambar perkahwinan mereka.
gambar kahwin tomok  
Pada majlis bersejarah tersebut, Ayu yang juga merupakan pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11dari pengantin lelaki.
gambar kahwin tomok  


Majlis akad nikah

kehidupan - Menongkah Arus

Tak pernah aku terfikir dalam hidup,aku akan mengalami kehidupan yang sebegini.Zaman aku kecil dulu,aku hanya fikir aku akan hidup seperti ibu bapa aku..pegi kerja..balik kerja..tengok anak-anak membesar..sekolahkan kami..berjayakan kami..aku amat beruntung punya ayah yang seperti itu..aku tak tahu dimana silapnya..aku menjadi sebegini..mungkin pengaruh rakan..atau dari mencuba terus melekat didalam diri..nak kata aku menyesal pon ia..tak menyesal pon ia jugak..bohong laa kalau aku cakap yang aku suka dengan kehidupan yang sebegini,..terumbang-ambing..tak tahu mane hala tuju hidup aku nih...cemburu dengan kejayaan rakan-rakan yang lain pun ada.mereka bole hidup bahagia bersama keluarga kecil mereka..aku ni,apa yang aku ada...masih lagi terumbang-ambing..
Saban hari aku menahan persaan rindu ini..bila masa yang aku dapat berjumpa.aku ingin memohon maaf atas segala salah silap aku..aku rindu yang teramat sangat...bila terkenang wajah,aku jadi sayu..aku jadi sedih..aku jadi ingin menangis..Air mata seorang lelaki mahal harganya...tapi aku tewas juga...apa lah dosa mereka..mereka tak bersalah..diri aku yang bersalah...Aku tak malu untuk mengucapkan kerinduan aku nih..kenapa?sebab aku hanya manusia biasa..aku manusia biasa yang lemah...aku bukan robot yang tidak punya perasaan dan hati...Yang paling aku nantikan ialah di saat aku bertemu nanti..akan aku lepaskan segala kerinduan ini..Terima kasih Tuhan..menganugerahkan deria ini kepadaku...Ungkapan langit itu tinggi baru aku rasai...baru dapat aku rasai penuh perasaan ini..Aku harus kuat..KUAT..
Air mata rindu..kesal..sayu...
Akan ku sedekahkan Al-Fatihah setuap hari buat orang tua ku meski pon mereka masih hidup..Bagi ku itu sahaja yang mampu aku berikan buat mereka pada masa ini..menanam tekad terusan begini sampai akhir hayatku...



Friday, July 1, 2011

hiburan - Pening gak Salih Yaacob ni...

Otai Poligami, Salih Yaacob Akhirnya Mengaku!!

Otai poligami, Salih Yaacob akhirnya mengaku susahnya menjaga hati setiap isteri. Susah oii....Salih mengaku serta menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.

Walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu. Salih juga berkata bukan senang nak menjaga semua hati mereka, namun Salih memberi penjelasan setiap tindakannya.

Ada yang berkata Salihn 'pilih kasih' dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Namun Salih menjelaskan Emi kini sebagai pengurusnya. Ikut dialah oii....bini dia!!

Hah...orang surat khabar, orang yang dengkikan Salih,  janganlah kerjanya nak sensasikan. Nak cucuk sana, nak cucuk sini...tak baik!!

kehidupan - bersendirian

Kadang-kadang aku perlu untuk menyendiri...aku perlu untuk bersendirian....merenung nasib...merenung masa depan...Telahan yang agak tersasar...
Aku manusia..pelakon cerita..di pementasan alam ciptaanNya..Bukan sengaja..melanggar arahan..kadang terlupa watak dan peranan...AKU MANUSIA.....