Pages

Nuffnang Ad

Sample text

.......................................................Terima Kasih kerana menderma kepada saya dengan meng'click' banner di atas................................................

" Dulu-Biar papa asal bergaya.

Sekarang-Biar duit kurang asal takde hutang "

Thursday, June 30, 2011

politik - Mane satria,perkasa,patriot,pahlawan silat,bersih,anak,bapak,pemuda umno,sume2 laa.....apa lagi...lawan laa betul2...

aku ceduk kat berita harian 29/6/2011


Parlimen Malaysia bantah kenyataan Hillary Clinton 


2011/06/29

KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia membantah kenyataan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat Hillary Clinton baru-baru ini yang menyifatkan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai tidak berfaedah dan provokatif. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kenyataan itu dilihat memberi lampu hijau kepada Israel untuk terus menindas rakyat Gaza dan akan menyukarkan misi bantuan untuk sampai ke kawasan bergolak itu.
"Saya sebagai mewakili Kesatuan Antara Parlimen (IPU) Malaysia, kita tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat walaupun kita ada hubungan baik (dengan negara itu) dalam hal kezaliman terhadap Palestin oleh Israel kita tetap tidak setuju.
"Ini merupakan usaha kemanusiaan, yang kita perlu beri bantuan dan sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Terdahulu, Mohamed Nazri menerima memorandum yang mengandungi empat resolusi untuk diusulkan ke Kesatuan Antara Parlimen, dari "Life Line for Gaza" yang disampaikan oleh wakil badan bukan kerajaan itu, Muhammad Ridhwan Sulaiman. 

Resolusi terbabit termasuk mengemukakan bantahan terhadap kenyataan Hillary yang membidas misi flotilla kemanusiaan ke Gaza dan mendesak Israel untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap delegasi Freedom Flotilla 2 yang akan belayar ke Gaza. 

Resolusi lain ialah menggesa rejim Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan membenarkan misi kemanusiaan freedom flotilla untuk masuk ke Gaza. 
Nazri berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota IPU Malaysia bagi mengenalpasti prosedur tertentu sebelum membawa memorandum itu ke IPU yang akan bersidang pada awal Oktober depan di Berne, Switzerland. 

"Selaku Presiden IPU Malaysian Chapter saya menerima memorandum ini dan juga atas kesedaran betapa pentingnya usaha yang dilakukan oleh NGO-NGO ke arah membantu rakyat tidak berdosa di Gaza yang berhak mendapat bantuan yang diberikan masyarakat dunia," katanya. - BERNAMA 


Nak tidur lagi kaa sumaaa???????

sukan - Tahniah Harimau Malaya.Malaysia 2 vs Taiwan 1

Tahniah kepada seluruh team pasukan bolasepak kebangsaan di atas kemenangan malam tadi dengan jaringan 2-1..Walu pon menang bagi aku tetap cemas juga sebab bolos 1 gol di laman sendiri...ape-ape pun aku optimis kita akan layak ke peringkat seterusnya.Jaringan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan masing-masing di setiap separuh masa.Chaiyokkkk!!!!!!
SKUAD negara meraikan gol pada perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam ini. Malaysia menang 2-1. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Wednesday, June 29, 2011

kehidupan - Ape nak jadi.Hanya ber'G-string'...

Tarrraaaa!!!!!seksi seyhh.....

kehidupan - Ibu mertuaku

Ermm...aku nak cakap banyak-banyak pun susah..tak tulis pun agak susah juga.Ape nak jawab petang nih masih lagi satu persoalan..semoga semuanya kembali jernih..Dan aku pun teruskan kehidupan aku yang sebelum ni...
Ibu Mertua ku arahan Tan Sri Pramlee.

Tuesday, June 28, 2011

politik - Puisi sudah jadi 'senjata' (Pak Samad)


asterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata.
Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.
NONE"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.
"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.
Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.
Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.
"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.
"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.
Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.
"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.
"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.
"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.

hiburan - Filem yang aku tunggu lepas sekuel ke-2 lagi.....TRANSFORMERS...

layan jer iklan dia kat bawah nih...aku memang dah lama tunggu filem ni..setahu aku filem tuk ke-3 ni penuh dengan aksi yang lebih mantop gitu...pepehal pon besok adalah hari penayangan nye.....kite serbu panggung wayang ramai2....
aku tengok preview die pon aku memang dah tak sabar nak tengok..walau pun takde megan fox,filem nih tetap meletop..kalo ade megan fox,memang lagi meletop laa aku tengok...seksi seyyhhh.....

kehidupan - merancang kehidupan

korang ade rancang tak kehidupan korang??3 tahun lagi?5 tahun lagi?10 tahun lagi?20 tahun lagi??huhhh ape2 pon kite hanya merancang tuhan menentukan...
Semoga perancangan kita selari dengan keazaman dan kekuatan.....

Tuesday, June 21, 2011

politik - Puteri Umno kene tangkap khalwat???

Pasal khalwat nih aku tak mahu komen ape-ape..pasal ape,sebab aku ade adik pompuan..aku ade saudara-mara pompuan,mana tau aku ada anak perempuan nanti...so aku hanya baca and terus baca sahaja..mana yang baik jadikan pengajaran yang tak baik jadikan tauladan...dulu mat sabu kecoh ngan kes khalwat nye..sekarang kene pulak pada UMNO..so hidup ibarat roda...semoga kita dijauhkan benda-benda yang macam ini....
gambar sekadar hiasan jer haaaa.....

Monday, June 20, 2011

kehidupan - andai tertulis aku hidup sendiri.....

ape aku nak tulis pon aku tak tau...layan jer laa.......zassssssssss!!!!!!!!!

sukan - peringkat pertama lepas.....

keputusan Malaysia Vs Lubnan.0-0..tunggu 2nd round kat Malaysia plak....

Sunday, June 19, 2011

kehidupan - tabik spring kat Garry Kasparov...


Aku memang dah lame suke kat si kasparov ni..time die main chest aku tgk die cam rilek jer and cam main2 pon ade..tapi dari care die bermain tuh aku nampak die berfikir seperti mane kite berfikir untuk hidup..video nih aku sedut kat youtube..die sorang lawan 25 orang..keputusan 25-0...gile babeng....fuhhhhhh!!!!

kehidupan - surat khabar lama!!!

tadi aku pegi laa jual surat khabar lama kat satu kedai besi buruk nih....permulaan aku beranggapan agak byk jugak tapi bile tgk berape yang aku dapat cam tak berbaloi pon ade.RM5...ekekekeke...tapi xpe janji halal and berkat....ade gak duit...Zassssssss!!!!
kalo camni laa aku rase ade laa dalam RM20 hinggit kot...rezeki gak tuu yer tak....

politik - takut ker??aku ingat die malas nak layan kot....

Sah Najib memang penakut, jauh nak banding dgn Dr. Mahathir dulu.

Harakahdaily melaporkan
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.
Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama. - Hrkh.
Malu la puak-puak pencacai Umno ada Presiden Parti yang penakut. Nak sepentas dengan Mat Sabu pun takut. Tak macam Dr. Mahathir dulu, dia yang jemput Allahyarkan Ust Fadzil presiden PAS ketika untuk untuk sepentas berucap pasai Palestin.

Apa la malangnya nasib aku ada PM yang penakut macam Najib ni. Dah la takut dengan bayang-bayang Altantuya, dengan Mat Sabu pun takut.

Pada aku Najib tak sepatutnya takut. Aku yakin Mat Sabu sebagai seorang pemimpin yang matang takkan gunakan pentas yang LL4G untuk hentam Umno BN.

Aku yakin, macam Allahyarkan Ustaz Fadzil dulu, Mat Sabu akan berucap semata-mata pasai perjuangan Palestin. Tambahan pulak Mat Sabu memang terkenal dengan kemampuan dia menghuraikan sejarah politik dunia termasuklah politik timur tengah yang tak boleh terlepas dengans sejarah politik palestin.

Dari satu sudut lain, memang wajar Najib arahkan slot untuk Mat Sabu ditiadakan. Kalau Mat Sabu dibenarkan berucap, aku yakin lagi bertambah orang yang respek Mat Sabu terutama sekali orang yang tak pernah dengar ucapan Mat Sabu selama ni, cuma dengan cerita buruk yang puak-puak media pencacai Umno spin.

Apa  pun, aku tabik hormat kepada penganjur LL4G pasai tak tempah backdrop baru tapi ambil keputusan cuma tutup nama Mat Sabu,  memang class.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/06/sah-najib-memang-penakut-jauh-nak.html#ixzz1Pi7YZDJI

sukan - Tahniah Harimau Malaya!!!!

Tahniah buat pasukan negara aka Harimau Malaya sebab menang dalam perlawanan persahabatan dengan Myanmar 2-0...aku sempat tengok kejap tadi sbb aku tgk game tak rancak pon...lagi pon akuu dah nmpk team kite bole menang...lagi satu aku tak puas hati kat bahagian tengah macam kurang idea laa dalam bab serangan...nak kate dorang nih kontrol gema pon takde..bagi aku pemain tengah nih merupakan nadi untuk sebuah pasukan..nak game slow ker..nak game laju ker...nak main2 dulu ker...nak attack terus ker..sume dari tengah..dorang byk gune wing plak...entah laa....aku rase maybe tuh taktikal jurulatih Datuk K rajagopal kot...pepandai laa korang...Next game nih yang aku nak tengok sgt2..harimau malaya lawan gergasi2 EPL...AYUH HARIMAU MALAYA..BUKTIKAN KEMAMPUAN MU.....

Time nih dorang tengah training.Rajagopal tgh bg arahan kat pemain...

Saturday, June 18, 2011

kehidupan - Gondol

Untuk kali kedua dalam seumur hidup aku...aku telah pon menggondolkan kepala aku..dengan bermodalkan satu gunting dan pencukur berharga RM3.80 yang aku beli kat KK Mart,semua rambut telah pon gugur ke bumi..memang aku sendiri ketawa terbahak2 tegnok muke sendri time botak nih...ape pon kepala jadi ringan...cume orang tengok aku tak hensem laa.....puji diri sendiri gak aku erk cakap aku nih hensem...tapi kalo aku yang tak puji sape lagi nak puji yer tak....ahaksss....ape2 hal pon kepala jadi sejuk skang nih sebab rambut dah takde.....orait Zasssssssssssssssssss!!!
Tak payah susah-susah nak pegang payung.....

Friday, June 17, 2011

kehidupan - perbuatan dibenci

kadang-kadang aku perlu buat ape yang orang lain tak suke aku buat..bende nih pon aku akan buat apabila aku rase ade kebaikan nye perbuatan di oahak lain..so aku rase perbuatan yang aku buat nih adalah yang terbaik...mungkin kebaikannya tak nampak sekarang...tunggu laa saat nye nnti...mungkin die akan berterima kasih kat aku...kite mane tau??betul tak???

Tuesday, June 14, 2011

politik - Erkkkk Chua Soi Lek buat sidang media di ibu pejabat PKR???ape sudah jadi????

Presiden MCA membuat sidang media di ibu pejabat PKR..terkejut beruk dah ni...MCA salah satu parti komponen barisan nasional kan ??barisan nasional adalah parti yang memerintah Malaysia sekarang kan???aku rase salah taip kot...typing error ni...Kalo typing error,kalo betul??erkkkk mau berpindah sudah kaa itu MCA??
Chua Soi Lek - Presiden MCA

kehidupan - Pening nye pale aku..

Aiyaaa...ini hali sudah itu pening kasi datang...tolong laa..kasi laa wa sikit rehat...mau itu tenang jugaa...ini sana telefon sini telefon.....tara kasihan ka sama aku....haiyaaaa....manyak kaco laaa.....mau kasi saya marah kaa....haiyoooo....

Haiya!!!!!!!!

hiburan - Noh Hujan dan Mizz Nina akan bernikah pada 1 Julai 2011.

Tahniah kepada bakal mempelai dua2 artis nih..semoga ikatan pernikahan akan terus kekal hingga ke akhir hayat...Memang padan due2..cume nak tau laaa ape tema time bersanding nanti beb?????
Gambar nih time dorang tunang...Time nikah and sanding nnti tak tau laa..Mesti gempak punye kan.....

kehidupan - blog aku

kadang-kadang aku pikir aku tulis banyak2 pon bukan ade orang nak tengok..bukan ade orang nak baca..pastu aku pikir balik laaa aku tulis blog nih nak bagitau ape yang tgh aku rase,nak buat ape,ape yang ade dalam kotak aku ni..so kalo takde orang pon takkan aku nak pakse dorang tgk n bace blog aku kan...so aku pakai tulis jer..kalo ade orang sudi menjengah blog aku ni terima kasih banyak2 laa....tak komen pon takpe...huhuhuh..tergelak sendiri aku....ape-ape pon hidup kalau di catatkan akan manis jugak di akhir nya nnti..kita akan nampak perjalan hidup sendiri...that's fact...ape pon pastikan hidup kene bebas and selesa..kalau hidup kaye raye tapi tak bebas and tak selesa buat ape.......Zaassss.....

politik - Johor bakal di tawan pakatan??

Aku lebih selesa mengambil pendekatan mesra rakyat dalam hal ni.Negeri Johor ni,aku pernah tinggal di sana dan mencari makan di sana.Ape yang aku nampak memang banyak jugak laa pembangunan yang di lakukan oleh pihaik pentadbiran negeri Johor atau lebih detail nye pihak barisan nasional.Ade jugak asas nya jika pihak pembakang nak tawan negeri ni.Bagi aku,aku lebih suka kalo pihak yang ada sekarang ni memerintah sebab nampak kemajuan nya.So,jika pihak pembangkang nak tawan negeri Johor ni memerlukan satu manifesto atau agenda yang dapat membuka mata rakyat.Dan ia nya juga dapat mengubah nasib rakyat ke arah yang lebih baik dari yang ade sekarang.Ape pon jika penghijrahan rakyat ke parti pembangkang akan lebih memakmurkan atau meningkat kan lagi taraf hidup yang memang dah sempit ni ke arah yang lebih bagus itu pon aku sokong.Ape pon Rakyat didahulukan dulu...Hidup rakyat!!!!!!!!!
Aku sebagai rakyat Malaysia akan menyokong tindakan dari mana-man pihak selagi ia nya ke arah kebaikan ke atas rakyat itu sendiri.Rakyat itu termasuk Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan etc.
ZAssssssssssssssssssssssssssss!!!!

Agama - Halal dan haram


Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." (Hadis Riwayat Nasak)... smoga Allah mmberi hidayah kpd beliau..baim ali prlu minta maaf kt semua pngundi Pas d'pasir mas dan letak jawatan sbgai wakil rakyat...dia hnya mer0sakn pemikiran rakyat dgn semngt kebangsaan yg mmbabi buta... sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tidak akan memasuki Syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api Neraka lebih utama baginya." (Riwayat Al-Imam Ahmad)

Monday, June 13, 2011

kehidupan - memulakan hidup baru

Hidup baru aku pun bermula..aku akan memulakan dengan mengukuhkan asas dalam diri aku sendiri iaitu ilmu..selepas tu target aku ialah kewangan...semoga perjalanan aku yang baru ni akan terus memacu diri ke arah yang lebih baik..aku hanya merancang..Allah yang tentukan...gud luck to my self...aku akan mulakan dengan senyuman...
besar gile aku senyum..lantak laaa...Zaassssss!!!!!

Agama - sekadar renungan bersama...

sumber : mohdkhairudin-salam.blogspot.com

Berkata benarlah, biarpun pahit.

Pembaca sekalian, saya ingin mengajak antum semua untuk sama2 kita menilai diri.Adakah kita pada saat dan ketika ini berkata benar pada kebenaran?Atau pun kita berpaling dari kebenaran setelah kita mengetahui sesuatu kebenaran itu? Kadang kala kita berasa malu dan takut untuk menyatakan kebenaran samada pada keluarga, sahabat sendiri, pihak pengurusan, pemerintah dan sebagainya.Ingatlah sahabat sekalian,kita perlu berani menyatakan kebenaran terhadap banyak perkara.Apabila kita melihat berlaku kebatilan, kemungkaran, dan pencampuran antara perkara yang haq dan yang batil,kita perlu terus menyatakan kebenaran.Meskipun kita tahu risiko yang akan kita hadapi.Tetapi ingatlah, jika kita mahukan kebaikan manusia dengan kemurkaan Allah,nescaya celakalah kita,Tetapi,jika kita mahukan kebaikan dan rahmat Allah dengan mengundang kemurkaan Manusia,berbahagialah kita. Sentiasalah menegakkan kebenaran walaupun diri kita dihimpit kesusahan didunia.Dicemuh dan dihina,di pandang serong dan sebagainya.Tetapi kita tetap teguh berdiri menyatakan kebenaran.Nilailah segala sesuatu itu dari kaca mata Islam.Kerana sesungguhnya ISlam itu sangat lengkap dan syumul. Janganlah kita cepat berpatah semangat dalam memperjuangkan kebenaran. Dan bergantunglah sepenuhnya kepada Allah !!! Percayalah akan janji-janjinya, berdoalah meminta Dia berlembut dengan kita meskipun kita pernah melalaikannya.


yang baik itu daripada Allah,yang buruk itu daripada diri saya sendiri

sukan - Ayuhh Harimau Malaya!!!


Kat bawah ni senarai jadual yang aku nak sangat tengok Harimau Malaya ni lawan...Selamat berjuang...harimau tidak akan memberi jalan mudah untuk pasukan handalan dunia...Bangsa Malaysia pantang dicabar!!!!!Ayuhh buktikan.....

13 Julai 2011 - Malaysia Vs Chealsea
16 Julai 2011 - Malaysia Vs Liverpool
21 Julai 2011 - Malaysia Vs Arsenal

politik - Ape nih gado2...kita sama2 satu negara tak mau gado2 laa...


Ape kes PERKASA nak lawan plak dengan perhimpunan BERSIH oleh PAS nih...cube duk semeja bincang...bagus ker kalo buat..kenape nak buat...kalo tak buat nak buat macam mane plak...kalo nak buat camne nak buat dengan aman...aiseyyyy,sudah besar panjang pon nak gado2...rakyat tengok tarak syok wooooo....lu olang mau kene gelak kaa sama rakyat yang tengok....aku sendiri tengok pon cam budak2....huhhhhh....Mane yang bagus sokong..tak bagus kasi duduk dalam poket diam2 sudah laaaaa.....Haiyaaaaaaa!!!!!!
 cait...die punya nasi die makan..hangpa punya nasi hangpa makan..apa salah korang makan sama2....Apaaa laaaa....Zaaaaaaaaaaaaaaa

kehidupan - Harus tabah menerima dugaan..

Aku kene t.Aku kene tabah mengharungi semua ni.Aku kene kuat...kalo aku tak kuat aku akan jatuh..macam mane dengan mase depan aku...anggaplah ini semua hanya ujian atau dugaan dariNya..Semoga insan2 itu akan tetap tabah..jangan kenali lagi insan seperti aku...Aku hanya lah insan biasa...punya banyak kelemahan...Aku doa kan insan2 itu akan tetap kuat...salam dari aku...
Kepada-Nya aku bersujud....

hiburan - Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani??

Aku akui memang aku jeles hahahah...ape nak buat Lisa surihani dah suke kat Yusry..Moga perkenalan terus sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat...Aku no komen gak pasal bab ni sebab dorang nampak secocok....muahhhhh tuk Lisa Surihani..... :D
Memang macam burung pipit dan burung pipit gak..same padan laa katekan......Zasssssssss

kehidupan - tak semestinya perjalanan itu harus lurus....


Dalam kita meniti arus kehidupan ni,kita seringkali berhenti di persimpangan,mane yang di pilih..setiap pilihan dan simpangan tu ade jalan cerite nye..dengan bengkok dan bukit bukau nye yang harus kite lewati..mungkin ni hanye secebis satu persimpangan yang harus aku lalui...yang harus aku tempuhi..kadang2 memang berat untuk membuat satu keputusan tapi aku akan buat mengikut keperluan dan kesenangan untuk semua pihak..yang perit kadang hanya di permulaan setelah membuat pilihan..setelah itu akan terus dilupakan atau hanya menoleh sekejap dan harus terus pandang ke depan...aku wajib membuat keputusan ini.maaf atas segalanya..Semoga kita memilih simpang yang akan diredhai olehNya...Dan semoga simpang yang kita pilih akan kurang bukit bukau nya..semoga kurang laa bengkok nya...KepadaMu sahaja aku berserah...Dan aku harus terus pandang ke depan demi mencapai ape yang aku ingini...semoga kalian juga dapat memilih dengan tepat didalam persimpangan hidup dan lebih diberkati Nya...Amin.....Salam.

kehidupan - Inilah hujung nyer...Semoga semuanya diberkati oleh NYA..

No komen ape2...aku hanya mampu istighfar byk2...semoga perjalanan hidup aku akan lebih diberkati...
Semoga aku akan lebih bertaqwa dan lebih mendekatiNya..Amin...

kehidupan - beban dipikul atas kesilapan lalu....

Ermm..aku tau aku ade buat salah..sume yang terjadi sume salah aku...aku tau dan tak perlu nak bgtau aku...cume sekarg aku nak tau ape aku nak buat...ape next step aku..aku bebetul bingung and tak bersedia nak menghadapi sume..camne aku nak explain kalo aku tak bersedia...camne aku mengadap dulu-dulu...sume tu bende yang lepas..sekarang bende yang baru...ape aku nak buat..aku perlukan satu motivasi tentang ape aku nak buat...beban nih memang berat..tapi sume salah aku sendiri..so aku kene pikul..aku harus bertanggungjawap ke atas diri aku sendiri n semua orang....Ermmmm,ape erk aku nak buat????

kehidupan - kusut masai

adehh kusut masi aku di buatnye pagi-pagi bute ni....

kehidupan - Memang jadi jutawan muda laa minah nih...

Muda-muda dah jadi kaye...saman jangan tak saman....


Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta

ASHLEY ALFORD


ST. LOUIS, Missouri - Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.
Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.
"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.
Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.
Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.
Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.
Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.
Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan. - Agensi

Zasssssss!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 12, 2011

hiburan - apehal PEKIDA nak saman pulak ni??nak publisiti murahan ker??

Terkejut beruk gak laa baca pasal Pekida nak saman-saman nih..korang bace bawah bih...aku rembat kat blog beautifulnara.com.Zasssss...


Pekida Mahu Saman Syamsul & Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit

pekida saman kl gangster
Sila jangan gelak kerana ini perkara serius. Pekida dilaporkan ingin menyaman dua pengarah filem kongsi gelap iaitu Syamsul (KL Gangster) dan Farid Kamil (Kongsi) kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan di dalam pertubuhan mereka. Maknanya menerusi kedua-dua filem ini, rahsia Pekida bukan lagi rahsia. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata:-
Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri
Abang Nara tak tahu sama ada boleh saman atau tidak atas kes ini sebab Finas telah pun meluluskan tayangan filem Kongsi dan KL Gangster. Disebabkan Abang Nara bukan lawyer maka Abang Nara pun tak tahulah bab-bab perundangan ini. Mungkin hal ini boleh dibincangkan dari hati ke hati antara pihak-pihak yang terbabit. Jangan ada benci (bak lagu Casey).
Sesungguhnya Abang Nara respek dengan kata-kata Yusof Haslam yang menunjukkan ketegasan dan kemachoannya:-
Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam. Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan. Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini,
Akhir kata, Abang Nara dah pergi tengok filem KL Gangster semalam. Daripada 5 bintang, Abang Nara bagi 4 bintang. Nantikan review lengkap filem KL Gangster petang nanti. Sekian pesanan daripada Abang Long Nara Kampung Kerinchi.

sukan - tahniah pasukan terengganu memenangi piala FA

Tahniah kat pasukat terengganu sebab menang Piala FA malam tadi...aku memang suke dengan pasukan terengganu ni...ade laa sebab die hehehe....Tak lupe gak kat pasukan kelantan walaupun kalah bagi aku dua-dua pasukan memang bagus main malam tadi..terhibur aku...
Tahniah kedua-dua pasukan aku ucapkan!!!

politik - Malaysia berjaya menarik minat Kazakhstan untuk perjanjian ekonomi dan pembangunan.8 Perjanjian jumlah keseluruhan.

Setelah membaca artikel di malaysiakini.com berkenaan kejayaan Najib memeterai perjanjian ekonomi dan pembangunan aku bangga gak laa...Bagus gak laa Najib ni bawak masuk pelabur luar...Tapi Dalam negara ni harga melambung naik aper cer...tak kire laa 80 perjanjian sekali pon aku nak harga barang2 ni turun...bile nak turun balik ni wahai Kerajaan????/
Zassss.....bab hapuskan 2 tol diselangor memang aku sokong jugak..Gud Job pada orang yang berkenaan...

Saturday, June 11, 2011

(politik) baru baca..secara peribadi aku pon tak setuju cara camni nak serang...

sumber dari albanjarionline.blogspot.com

Video seks Mat Sabu di Ampang??



'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu
sumber : Malaysiakini
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya. Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama." Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang". Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu. Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti. Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.
Ermmm.....entah laa...meluat laa pasal seks ni...dah macam bukan dalam kelambu punye hal dah..macam dah open sgt2.... 

(politik) Analisis kehidupan rakyat jelata oleh aku...

Aku tak pon dianugerahkan kerja untuk membuat analisis ni tapi aku dah tengok secara langsung and tak langsung akibat nye kenaikan harga barangan asas ni....kesimpulannya :

  1. diri sendiri dah terpakse potong duit belanja
  2. curi mase yang kosong untuk cari duit lebih
  3. kedai makanan or restoran mamak bertambah untung
  4. sebab dah potong duit belanja minyak kete dah kurang so rase nye patut beli moto
  5. golongan atasan bertambah kaye
  6. petronas untung lebih rm200bilion
  7. malam2 kene pikir untuk meneruskan kehidupan untuk besoknye
  8. kuasa membeli dah mengecil.Harge yang same tiap2 bulan aku bayar kat pasar raye tapi barang kurang
  9. student kene cari keje part time.(aku sendiri tengok)
  10. menyekat semua keperluan bagi diri aku.Diingatkan sekali lagi KEPERLUAN bukannye kehendak.
  11. kat television byk sangat pak-pak menteri bgtau pasal subsidi.
  12. kes ragut bertambah
  13. rakyat kumpul barang2 lusuh tuk dijual semula kat kedai besi buruk sebb duit dah kurang.
  14. kerajaan hold dulu harge minyak naik sebab dikatakan pilihanraya dah dekat so takut hilang undi.
  15. projek tugu 1MALAYSIA still nak diteruskan walau pon saat genting dengan harge barang naik.
  16. PENDEK KATA SUME NAIK LAA...AKU PON TERSEPIT GAK NIH....KALO BUKAN KERAJAAN UNTUK MEMBERI BANTUAN KEPADA RAKYAT APA GUNA KERAJAAN.KITA MEMILIH PEMIMPIN UNTUK MEMBANTU RAKYAT.BUKAN SURUH KITA BERDIKARI SENDIRI..KALO CAMTU TAKYAH LA AKU PILIH KORANG...
SALAH TETAP SALAH....AKU TETAP DENGAN PENDIRIAN AKU....ZZZAAAASS!!!!!!

(kehidupan) adehhhh...

korang tau tak harge astro naikkan charge sebanyak rm15....korang tau tak nasi kerabu dah rm6........gilerrr laaaa.....Arrggghhhhh

Thursday, June 9, 2011

(kerja) kerja yang tak kerja

kerja aku nih ade mase2 jer yang sibuk...awal project and ending die..kat tgh2 tuh memang ade mase renggang laa...so aku dah terpikir nak buat kerja ape untuk menambahkan pendapatan aku yang ciput ni..harga barang sume dah mahal..so aku rase memang perlu aku cari kerja part time ni...yer laa mane nak simpan duit lagi..nak bayar itu ini..nak makan lagi....huhhhh,memang perit gak nak harung nih...aku nak tanye kat pakcik google jap kalo ade kerja2 part time..kalo forex tuh aku stil tak yakin lagi..so pendam dulu...kalo dah mantop baru aku berani ber'taruh'..orait...
selagi bernafas kerja...kerja....dan kerja......

(politik) erkkk...betul ker ni??biar laa mahkamah tentukan,tapi mahkamah ni bole cayer ker???

sumber malayisakini.com

Pengarah Ditamas akui berurusan dengan Dr Khir

Pengarah Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa beliau pernah berurusan terus dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

NONEShamsuddin, yang memiliki beberapa syarikat berkaitan pembinaan dan pembangunan hartanah, berkata beliau kerap berjumpa dengan Mohamad Khir kerana urusan kerja, dan sebagai seorang ahli perniagaan, beliau ada memperkenalkan syarikatnya, cadangan serta perkembangan kerja yang dijalankan oleh syarikatnya.

Katanya antara projek yang dijalankan adalah pembangunan hartanah untuk mendirikan rumah kediaman di Bandar Baru Bangi menerui syarikat miliknya, Roniaga Sdn Bhd.

"Projek-projek tersebut berjalan lancar. Terdapat tiga fasa kesemuanya dan Fasa 1 dan kedua telah siap, manakala kerja-kerja fasa ketiga sedang berjalan," katanya yang mengenali Dr Mohamad Khir sejak 2000.

NONEBeliau adalah saksi kedua pihak pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Mempunyai hubungan
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

NONEMahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin lalu melepas dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Mohamad Khir berhubung tuduhan itu.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad, ahli perniagaan itu berkata beliau ada membuat lanjutan permohonan berhubung projek yang tidak dapat disiapkan kepada Mohamad Khir yang merupakan Menteri Besar ketika itu.

"Saya ada membuat permohonan lanjutan masa secara bersurat dan dialamatkan kepada Pengurus Besar PKNS ketika itu dan juga telah nyatakan sebab-sebab permohonan. Saya menghantar surat itu dengan cara menghubungi dan diserahkan sendiri kepada Datuk Seri Khir Toyo," katanya.

Menjawab soalan mengenai dua lot tanah dan sebuah rumah yang didakwa dibeli oleh Mohamad Khir daripada beliau pada harga murah, Shamsuddin berkata harta itu adalah milik Ketua Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad, Saiful Aznir Shahabudin.

khir toyo mansion 060709 08Katanya beliau mengetahui Saiful Aznir berhasrat menjual hartanah tersebut daripada seorang kawan, Datuk Sumadi Ismail.

"Saya dan Sumadi ada melawat rumah tersebut dan Saiful Aznir menawarkan mahu menjual hartanah itu RM7 juta. Saya rasa ia terlalu mahal," katanya.
Terlalu mahal

Terdahulu, saksi pendakwaan pertama, Saiful Aznir memberitahu mahkamah bahawa dua lot tanah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 itu, dijual oleh beliau kepada Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada Disember 2004.

Beliau berkata pembayaran itu adalah untuk Lot 8 dan 10, masing-masing dijual pada harga RM4.3 juta dan RM700,000.

Katanya pembayaran RM1.5 juta lagi adalah untuk binaan seperti gazebo, trek joging, air pancut, kolam renang dan kolam ikan serta perabot.

Saiful Aznir berkata sebelum beliau menjual tanah berkenaan kepada Shamsuddin, Mohamad Khir dan Zahrah, ada melawat ke rumahnya di Lot 8 dan meninjau kawasan itu antara 10 dan 15 minit sebelum beredar selepas bertanya berapa harga yang ditawarkan.

khir toyo mansion 060709 07Katanya apabila dimaklumkan harga yang ditawarkannya RM7 juta, Mohamad Khir berkata ia terlalu mahal.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki disambung pukul 9 pagi esok.

Mohamad Khir diwakili peguam M Athimulan.

Aper citerrr ni??????

Wednesday, June 8, 2011

(forex) langit tidak selalunye cerah..kadang-kadang taufan kat tengah laut...

pepehal pon layan result terbaru aku kat atas nih...setakat ni aku still xpueh hati lagi sbb tak capai target...ermmm....camne laa nak kasi best???

Tuesday, June 7, 2011

(kehidupan) hati aku yang merintih...

ntah kenape aku rase cam hati aku sayu and sedih jer bile aku dengar adik aku yang blom kawen lagi tuu nak beli rumah...aduhhh...yang aku dah lame keje pon stil dok umah sewa lagi die dah nak beli umah..betapa mudah nye perjalanan hidup die..yang aku nih masih lagi merangkak mencari asas untuk memperkukuhkan lagi kewangan aku...memang dunia ni ibarat roda,kejap di atas kejap dibawah..aku sekarang nih kat bawah laa ni...tgh nak mendaki dan tak tahu bile lagi aku nak sampai ke puncak...bile yer???

(kehidupan) dibelenggu masalah diri..

aku tak tau laa kalo orang lain..aku pon manusia biase..aku punye keinginan...aku punye perasaan..aku punye nafsu..ape yg orang lain punye sebagai seorang manusia aku pon ade..cume taraf keinginan tuh yg membezakan..setiap manusia punye masalah diri..trmasuk gak aku..aku tak tau nak huraikan camne masalah diri aku nih..cume yang aku cakap aku cume berserah kepada Dia...dengan harapan untuk mengeluarkan aku dari belenggu ini...buat mase skrg aku masih mampu menanggung dugaan ni..cume aku tak tau sampai bile aku mmpu bertaham..semoga Tuhan membuka aku jalan untuk aku melalui nye...aminnn....

(kerja) poning den..

giler laa..pagi2 lagi dah 26 miskol aku tgk...huhhh..ari yang busy ari nih...camne pon hadapi dengan senyuman :D...
pheeewitttt...

(Kehidupan) Mengire2 duit nak makan.Bende asas 'MAKAN'

Aku nih bukannye gaji besar sgt..aku ade keluarge nak kene tanggung lagi...tambah plak skang byk harge barang naik..bab tu aku rase sume orang tau...skang nih aku nak makan kat kedai pon aku pikir 10 kali beb..yer laa kang terlebih bajet kang kat umah tuh nak makan ape plak..memang laa ade isteri yang membantu tapi tanggungjawap tu aku kene gak bagi beb..kat kedai mane2 pon tepi jalan ker,mamak ker ape2 laa sume dah naik...adehhhhh...mane nak nak cari duit tambah...skang nih kalo pi nak makan aku akan kire dulu berape agak2..kalo terlebih tak yah...skrg bab makan sepuluh ringgit sehari memang tak cukup..minyak lagi..tol..barang2 lagi...ape laa hai nasib...harap2 kerajaan akan lebih sensitif terhadap keperluan rakyat..memang harge minyak naik tapi itulah tugas kerajaan kene jage kebajikan rakyat...so ari nih aku amik keputusan tak makan pon...bajet bajet bajet.....huhhhhhh

(Politik) Rakyat merasai kesan kenaikan harga barang...AKU PUN TERASA GILERRR...

Aku amik dari malaysiakini.com.

Harga Naik : Rakyat mula mengeluh.
Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

NONEPengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

NONEMahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

NONETarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.

NONENamun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.
Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.
Mahu tukar kerajaan

“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

NONEKeadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.
Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.
NONELebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.
'Kerjaaan juga perlu berjimat'
Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.

NONE“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.

“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.
Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.